Sabtu, 10 Ogos 2013

Tanyalah Ustaz

BISMILAHIR RAHMANIR RAHIM..

Tanyalah Ustaz/Ustazah, rancangan yg bagus untuk ditonton. Bukan ea saya buka ruang menanya di sini. Bukan. Kekadang bagus rancangan begini, eh bukan kekadang tapi amat amat bagus cuma sayanglah ramai yg sukar nak luang masa melihat dan menonton. Jangan ditanya kenapa kerana anda lebih tahu cuma rancangan ini bagus sebagai satu pengisian rohani pagi dan mendengar pendapat serta ulasan daripada para ustaz dan ustazah yg berbeza setiap minggu.

 
 ( Laki laki dan pompuan )

[Bukan Ustaz/Ustazah, tak berhak menjawab soalan?]

Cuba selak Al Quran yg sudah lengkap Allah mengurniakan kepada Nabi Muhammad sebagai mukjizat tinggalkan pada kita. Cuba singkap hadith hadith juga dari Nabi Muhammad ( selawatlah sikit). Ada tak ayat atau tertulis "Kau bukan Ustaz/bukan Ustazah maka tidak boleh menjawab perihal hukum agama yg kau tahu?" ada tak? Yang ada..

Allah sendiri mengingatkan kita dalam firmanNya : 


"Dan jangan kamu berani mengatakan terhadap apa yang dikatakan oleh lidah-lidah kamu dengan dusta; bahwa ini halal dan ini haram, supaya kamu berbuat dusta atas (nama) Allah, sesungguhnya orang-orang yang berani berbuat dusta atas (nama) Allah tidak akan dapat bahagia." ( Surah an-Nahl: 116)

Mahu lagi ?


Berkata Imam Syafie ra :

" Kamu lebih alim tentang hadith dan ilmu rijal dari aku (katanya kepada Imam Ahmad ibn Hanbal) maka jika sesuatu hadith itu sahih maka beritahulah aku tentangnya…"
(rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya
"
( Kitab Adabul Syafi'ie", m/s 94).

[ Saya tak kata ]

Jika orang bertanya kita sesuatu yg kita tahu maka jawablah seadanya, contoh berkaitan puasa atau sebagainya cuma kita pula jangan tak tahu menjawab soalan berkaitan hukum agama seakan akan tahu. Kita bukan nak tunggu jadi Ustaz/Ustazah baru nak belajar agama. Hukum dan jawapan bagi sesuatu soalan itu sedia ada namun kita cuma sebarkan dan pastikan apa yg kita jawab itu betul dari segi hukum dan syariat bukan betul daripada logik akal. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular