Jumaat, 11 Jun 2010

Awak, Tolong Saya Boleh? (Belajar Dari Idola - Muhammad s.a.w.)

( Tolong-Menolong Membuahkan "Cinta" )

Kenali "tolong-menolong"
Dari Abi Burdah, daripada Abi Musa, katanya: Sabda Nabi S.A.W.: Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka."
 
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith di atas, Nabi s.a.w. memuji sikap tolong menolong, bantu membantu serta perasaan mengambil berat sesama antara satu sama lain. Baginda s.a.w. memuji sikap yang ditunjukkan oleh kaum al-Asy`ariyin yang jamin mnejamin kebajikan sesama mereka. MaksudSesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada merekaialah menggambarkan redhanya Nabi Muhammad s.a.w. dengan tindakan mereka. Betapa yang mereka lakukan menepati ketaatan kepada Allah.

Konsep Mudah  "tolong-menolong"

Sejenak berfikir.. Bagaimana sebenarnya mudah atau senang konsep "tolong-menolong". Mungkin semudah "  A B C ". Konsepnya ada tiga iaitu :


1.    Hulurkan Tangan Ikhlaskan Diri

Bagaimana konsep yang pertama ini. Konsepnya begini; permulaan orang yang mengucapkan kata "Awak, Tolong Saya Boleh?" kita harus mindsetkan diri kita yang sebenarnya bila orang minta bantuan pada kita maka dia memberi kita membuat pahala dengan free walaupun tahan pahala itu biar menjadi urusan Allah. Seterusnya hadirkan sifat ikhlas dalam diri. Jika kita mahu tolong cakap "mahu" dan tolonglah hingga mission pertolongan itu berjaya. Jika kita tidak mampu atau kita juga sibuk dengan urusan kita maka berterus teranglah.. Jangan sesekali cakap "mahu" tapi hanya "acuh tak acuh" sahaja. Hal ini penting kerana banyak peristiwa yang menyebabkan ini salah satu punca renggangnya satu ikatan persahabatan.

2.   Hulurkan Tangan  Membebankan Lagi

Konsep kedua pula begini; konsepnya tidak jauh dari yang pertama tadi cuma bila kita menghulurkan bantuan pastikan kita benar- benar "sure" nak membantu. Misal kata dalam proses pertolongan itu ada aral melintang, maka cepat cepat kita maklumkan pada si peminta tolong atau kita cuba fikirkan alternatif lain agar kawan kita yang minta tolong itu sepanjang urusan pertolongannya itu berjalan dengan lancar. Jika kita benar tidak tahu akan sesuatu maka berterus terang sahaja lebih baik daripada menipu.

Contoh : ~
Biasa bukan orang menanya pada kita jalan ke sesuatu tempat dan pasti kita tak keberatan menolongnya. Tapi harus tahu bahawa jangan menipu dan jika tidak tahu maka berterus-terang sahaja tidak tahu. Jangan kerana malu berterus-terang sampai kita menipu. Dan jika orang menanya tahu yang kita menipu maka "sure" punya sumpah serapah keluar dari mulutnya yang memang tak sedap di dengar oleh telinga. (Minta jauh)

3.  Hulurkan Tangan Ringankan Beban

Ini konsep yang benar. Hulurkan Tangan Ringankan Beban. Jika kita ikhlas menolong orang, pasti kita disenangi dan didoai juga insya-Allah kita lulus "pahala" yang Allah janjikan dan kita sebenarnya dah mengamalkan sifat Rasulullah yang di sepanjang hayatnya suka menolong. 

Kalaulah tolong menolong sesama puak diizinkan dan dipuji oleh Rasulullah s.a.w. demi kebajikan terutamanya ketika waktu susah dan terdesak, tentulah tolong-menolong sesama muslim dalam keadaan Islam dimusuh dan ditindas lebih dituntut. Bahkan tolong menolong, bantu membantu dan jamin-menjamin sesama muslim di dalam perkara makruf atau kebaikan adalah merupakan tuntutan al-ukhuwwah al-Islamiyyah (persaudaraan Islam). Seseorang muslim sentiasa berusaha membantu saudara muslimnya yang lain. Sabda Nabi s.a.w.:

Bandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lain.” 

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular