Jumaat, 23 Januari 2015

BAHAGIAN DAN MASA BELIAU

 

NAUNGAN pemerintahan bumi Arab Saudi dan dunia amnya tersentak dengan berita kemangkatan Raja Abdullah Abdulaziz pada usia 90 tahun akibat penyakit pneumonia. Putera pertama daripada salah seorang isteri Raja Abdulaziz Abd ar-Rahman Al Saud yang lebih dikenali dengan gelaran Ibn Saud itu dilahirkan di Riyadh pada 1 Ogos 1924.

Almarhum menerima pendidikan awal di Mahkamah Diraja Arab Saudi. Menerima pengaruh daripada bapanya yang merupakan pengasas pemerintahan moden Arab Saudi pada tahun 1932, baginda merupakan anak ke-13 daripada 45 orang anak Raja Abdulaziz yang bertekad mahu membina kembali kehormatan agama Islam, sejarah dan warisan di negara itu.

INFO : KOSMO ONLINE





Al Fatihah Raja Arab Saudi Almarhum Raja Abdullah. Ketika semua mahu menjadikan Donald Trumps idola atas kekayaan dan keotakkan perniagaan beliau dan ketika Bapa Pembangunan Dr M di lihat hebat dengan kepimpinan beliau dgn membawa malaysia ke arah wawasan 2020 saya mengkagumi beliau yakni Almarhum Raja Abdullah. Raja Abdullah pernah digelar raja kesayangan rakyat. Saya pernah jejak kaki di dua kota suci makkah dan madinah sebelum ini yang masih segar diingatan saya di kedai jualan pun ada tertampal poster barangkali gambar Almarhum diluar pintu masuk "Raja kesayangan rakyat". Al Fatihah Almarhum Raja. Syukur pada Allah ada Raja yg sudah mengerahkan tulang empat kerat beliau selama ini menjaga dua kota suci ini. Dimaklumkan Putera Mahkota Salman pemerintah Arab Saudi yg baharu.. Salam Takziah..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular