Ahad, 4 November 2012

Makan Apel Ludah Biji Betik

 

(MACAM MANALAH NAK MASUK LUBANG APPLE TU?)
Bismillahir Rahmannir Rahimm..

Bismilillah..

Kenapa tajuk tu lain je. Takpe, asalkan lain tu orang tertarik nak baca. Insya-Allah, Ana akan beri Umpphh ummphh punya walaupun ada yang kata apalah ditulis tu. Saja nak panjangkan cerita. Kenapa makan buah apel tapi ludah biji betik. kenapa kamu kamu agaknya?
 
Ini kerana kita macam tulah. Kita makan apel tapi ludah biji betik. Kita belajar agama tapi bila kita nasihat orang kita nasihatkan apa yg kita belajar cuma apa yg kita amal tu tak seperti kita belajar. Ajaran sesat ke? Bukanlah. Kita tak amal apa yg kita belajar. Nauzubilillah. 
 
Surah at-Taubah Ayat 22

"Dan tidaklah patut orang-orang mukmin itu semuanya pergi berperang. Mengapa sebagian daripada mereka tidak pergi untuk memperdalamkan pengetahuan agama mereka untuk memberi peringatan kepada kaum mereka sesudah kembali agar mereka dapat menjaga diri"

Ayat ini diturunkan oleh Allah untuk menegur para sahabat Rasulullah S.A.W yang terlalu mencintai syahid hinggakan setiap mereka sentiasa mahu berada di barisan hadapan dalam saf peperangan. Hinggakan yang akan tinggal cuma munafikin.

Tetapi ayat ini tidak bermaksud selain daripada belajar agama, semuanya teruk dan sia-sia. Tidak begitu. Allah menyeru kepada kesederhanaan. Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W menyeru kepada 'balance'.
 
Insya-Allah kita sepatutnya macam tu.. BALANCE bukan lebihkan dunia walaupun di dalam DADA ilmu agama ada.. Wa'Allahualam.. :))
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular