Jumaat, 28 April 2017

PERJALANAN



Assalamualaikum dan bismillah..

Israq mikraj, walaupun setiap tahun sambut atau peringati namun sikap & kita sendiri tetap di takuk yg lama. Bila Nabi diisraqkan semalaman, nabi lihat syurga neraka, nabi dapat perintah solat tapi itulah yang kita selalu leka, leka akan solat, mahu syurga tapi buat perkara on the way ke neraka.

Blogger dengar masih ramai meragui kisah nabi dijalankan bukan nabi berjalan ea? Nabi dijalankan dari masjidil aqsa ke sidratulmutaha' dalam satu malam. Pagi tu blogger dengar dari radio pasal semut pergi Landon, cerita semut pergi Landon ni popular di kalangan budak dan remaja sekarang. Entahlah, saya baru tahu juga kisah ni (semut ke London).

 Semut ni masuk dalam kod tuan dia, kebetulan tuan dia ada makan malam kat londan, terbanglah tuan dia ke London pakai baju kod pergi makan malam. Orang kayakan, makan malam je kat London. Lepas sejam dia kena balik, dia baliklah. Dia gantunglah baju kod dia, semut tadi berceritalah pada kawan dia, yang dia pergi london semalam. Memanglah kawan dia tak percaya. Serupa kisahnya, bila waktu Nabi beritahu dia dari mekah ke palestin pastu naik ke langit Allah masa tu hanya orang beriman sahaja yakin dan percaya. Begitu juga  semut itu dijalankan bukan berjalan. Semut tu tumpang naik baju kod tuan dia ke london, kalau semut tu jalan ke london nak keluar ke pintu rumah pun mahu setengah hari masanya. 

Ayuh, kita ceritakan kisah israq mikraq Rasulullah pada anak dari kecil lagi, perkuatkan kepercayaan mereka dgn beriman dengan alam ghaib dan tanamkan sikap nabi seoramg intigreti yg tinggi sampai berkembangnya Islam pada hari no keseluruh perlusuk dunia.

Khamis, 20 April 2017

TIADA


ASSALAMUALAIKUM DAN BISMILILLAH

Ustazah Nurhafizah Musa, ustazah yang lemah lembut tutur katanya, boleh memujuk hati yang gelisah dan berdosa tatkala mendengar kalam ilmu ustazah. Pagi jumaat ini, dengarlah radio ikim tak pasti tajuknya tapi ustazah sebut biarlah apabila kita dihadapkan kepada kematian nanti yang datang bila bila masa saat itu kita redha. Ini bukan pasal mati yang pasti sahaja tapi mati yang diredhai. Kita redha menerima mati, Allah redha menerima kita. 

Mana milik kita, puas dah persoalan ini kita tanya & ulang. Mana ada milik kita, semua Allah punya sudah pun kita tahu tapi mengapa kita seolah olah mengejar dunia seolah olah, ni aku nak bawa nanti, itu aku mahu miliki nanti. Orang ada aku mesti ada, aku tak dapat, orang lain tak boleh dapat. 

Dengar kata Ustazah Hafizah pun kurang sihat, ada masalah jantung kalau tak silap dan masih berubat, kalam ilmu ustazah bagaikan daeiah yang datang dan akan pergi. Apabila ustazah bercerita tentang redhanya kita akan mati & Allah redha kematian kita maka itu mati yang dinanti, yang paling baik. 

Seperti hati kita redha dgn ujian, tidak memberontak, tidak melatah malah sabar. Seperti anak yang masuk darjah 1 redhanya dia ke sekolah, mula seisi pembelajaran, makan bekal & minuman di sediakan serta pulang ikut waktu ditetapkan, maka redhalah dgn mati yang akan datang dan lengkapkan diri dgn ilmu redha itu.

AKU MENULIS






 ASSALAMUALAIKUM DAN BISMILLAH


Ada senyum, sikit senyum, adik senyum, Ana senyum, ada senyumlah. Kalau scroll, lagi scroll, bawah lagi, ya bawah lagi, scroll habis putar di bawah ruang blog saya ada 'Post yang kerap dibaca atau direview. Anda dapat lihat kiraan 1 hingga 10 yang selalu direview. Kadang-kadang ada masa saya sendiri pun baca balik berdasarkan tajuk dan ada juga sudah lupa apa yang dinukilkan sepanjang beberapa tahun ini. Al maklumlah berblogger tanpa profit sudah masuk tahun ke 8, kalau punya anaj sudah 8 tahun dijaga dan dibelai.

Maka bacalah, mulalah pelbagai rasa ada. Dua rasa sahaja sebenarnya, masa menulis rasanya Allah sahaja yang tahun dan bila baca balik bagaimana pula. Rasa nak ketawa, rasa ada kekurangan ramuan dalam penulisan, rasa kekurangan diri, rasa syiok sendiri pun ada, rasa paling tak patut ada rasa yakni rasa kebodohan diri apabila baca penulisan sendiri.

Tajamkan mata pena itu?Ketipan kunci papan board dan apa yang saya sendiri nukilkan dalam blog berlampuneon ini saya sendiri terasa dan merasa impaknya daripada apa yang saya nukilkan selama bertahun tahun. Ada yang hanya memperdulikan perasaan saya sahaja, ada yang menangkan sesetengah pihak, ada yang tegas sangat, ada yang merepek dan sebagainya. 

Astafirullah, sesungguhnya saya menulis bukan kerana mahu nama disebut, bukan kerana mahukan blog direview secara total, minta jauh juga kalau menulis kerana tidak puas hati dan marah. Semoga Allah ampunkan saya kerana saya menulis kerana lampuneon semua dan Allah semata mata. Wa'Allahu'Alam..

 

Selasa, 18 April 2017

PERKARA DI BENCI ALLAH

 ASSALAMUALAIKUM & BISMILLAH


 

Telah menceritakan kepada kami Katsiir bin ‘Ubaid, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Khaalid, dari Mu’arrif bin Waashil, dari Muhaarib bin Ditsaar, dari Ibnu ‘Umar -radhiyallaahu ‘anhuma- dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda, “Perkara halal yang dibenci Allah Ta’ala adalah thalaq (perceraian).” riwayat Abu Daud

 
Maaf tajuk agak bukan biasa biasa. Innalillah dan banyakkan bersabar terutama golongan hawa yakni bekas isteri dan janda. Namun benda atau perkara ni semua harus tahu dan ada sedikit ilmu mengenainya.

Jangan silap akal menafsir golongan ini sama ada bekas isteri mahupun janda, bukan bermakna mereka bukan wanita baik baik dan segelintirnya kematian suami dan automatik cerai.

6 hak isteri selepas bercerai


Jumaat, 14 April 2017

PETUA GIGI


Assalamualaikum & bismillah

Baca je tajuk orang spot dah, blogger ni bawa masuk petua pulak dalam blog dia. Dah tiada modellah tu nak cerita, nak buat ramai (orang pp kata nak meriah) lah tu, bila orang nak tahu pasal gigi pergi cari blog dia. Apalah blogger ni. 

Sabarlah, suka dan nak tahu sambung baca, kalau tak suka tak nak tahu tekan X teruskan senang. Dah tengah bulan dah ni post bulan April baru dua, bukan kejar garisan mati tapi biar tulis ada isi, bukan mengata atau keji tapi untuk tambah bekalan sendiri nanti. 

Tadi pagi, lepak sekejap perkena nasi kerabu dgn teh tarik, sembanglah dengan pak cik ku sangka baru dalam 50 an adalah 53 tahun macam tu rupanya dah nak 75 tahun dah. Rambut hitam uban halus je, muka Hitam manis kedut sikit je, badan tegap bukan sado, Gigi tersusun cantik. 

Buka perbualan dia suruh teka umur dia, aku fikir juga, dia kata dia 75 tahun, aku jawab macam baru 52 53 tahun, dia khabar kat aku benda nak jaga pasal kesihatan ni luas. 75 tahun depan dia nescafe tarik tu, dia penyakit lain tiada cuma ada sikit masalah jantung, tu pun dah okey 5 tahun lepas.

Dia ajar aku kalau nak gigi tahan, gigi kuat dalam usia skrg hingga usia emas nanti. Gempal garam, gempal tangan kita sendiri, mamoh (kunyah garam) tu. Buat tiga kali, tiga hari setiap pagi sebelum gosok gigi, pastilah sebelum minum air & makan. Mamoh garam tu, rasa masin dia nak hilang, luah (luek). 

Aku tak cuba pun lagi, tapi nanti nak cuba juga. Kena cuba dulu baru tahu

MENANTI SUDAH LAMA




 ASSALAMUALAIKUM


Aku dah serik berkawan dengan orang yang namanya Muda bin Mubin. Pernah bini dia tepon suruh aku anta si Muda ni ke hospital tapi bini aku yang angkat sebab... Eh? Silap tempat cerita ni.. Kisah muda ni lain kalilah. Ini kolum 'menanti sudah lama'. 

Apa sebenarnya anda menanti atau menunggu masa ni? Cuba jawab dalam hati. Ada diantara anda menunggu mati atau menunggu sesuatu yang pasti, atau anda menunggu sesuatu yang tak pasti tapi ianya sesuatu yang dirancang. Contoh, cuti sekolah nak balik kampung maka anda menunggu [tanda kalander] sampai masanya sampai. 

Menunggu itu mungkin sesuatu yang indah atau mungkin sesuatu yang payah. Menunggu cuti balik kampung itu indah, menunggu yang dirancang itu indah, menunggu bus datang itu payah, menunggu gaji masuk bila sampai masa itu indah, menunggu saat diijab qabul itu indah. Maka nasihat saya jika anda menunggu sesuatu yang indah (perkara baik) maka banyakkan berdoa semoga ianya diiringi dengan barokah & rahmat. 

Selamat menjadi penunggu..

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular