Firman Allah S.W.T. :
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan " Kami Telah Beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "
(Surah Al-Ankabut 2-3)
Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah yang Esa.. Ana masih diuji dan Allah menegur Ana.. Allah masih beri kesakitan kepada Ana sebagai kafarah dosa-dosa Ana.. Ya Allah Sembuhkanlah diriku.. Daku ingin kembali mencari ilmu dan mengamalkannya dan serta menyampaikan kepada mereka yang perlu.
September 14. Waktu itu berlalu dengan pantasnya. Masa itu, kemalangan berlaku. Motosikalku (CCH 1289) tayar belakangnya meletup.. Aku hilang kawalan maka aku terbabas dan cedera di lengan kiriku, lutut kiriku, pinggang kananku, serta bahu kananku patah. Allah mengujiku setakat itu. Walhal, keadaan motosikalku rim belakang bengkok, tayar pecah dan helmet kanan retak..
Bersyukur aku, Allah takdirkanku memakai helmet time itu, kalau tidak pasti kepalaku sudah retak dan otakku bergegar hebat. Allah menegur kesilapanku. Sakit itu kafarah. Semua Allah beri Dia akan ambil. Cuma cepat atau lambat.
Allah bersumpah dengan masa. Masa sihat kita, kurangnya kita manfaat kepada agama Allah maka Allah datangkan sakit dan menguji kita supaya Dia suruh kita kenangan masa yang lapang dahulu dan suruh kita bersyukur.
Hari ini, aku dirumah.. Keadaanku makin pulih. Bahuku masih sakit.. Namun tiada terbatas apa pun. Semuanya masih aku pertanggungjawankan.. Solatku, ibadahku, dakwahku dan segala perkara baik aku lakukakn niatnya kerana Allah.. Ya Allah permudahkan urusanku dan segala umat Islam.. Jangan pesongkan hati hati kami setelah kau memberi hidayah kepada kami.. Allahuma saidina Muhammad Wa ala Alihi Muhammad..
''Tidak ada muslim yang ditimpa kesusahan, kesakitan yang berlanjutan, kerisauan, kesedihan, kecederaan atau kekhuatiran ataupun oleh duri yang mencucuknya melainkan Allah akan menjadikannya ganti rugi bagi dosa-dosanya.''
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Wa'Allahu'alam..
Assalamualaikum....
BalasPadamkepada ustaz shah...
SyafakAllah buat ustaz..saya turut simpati keadaan menimpa ustaz.moga moga ustaz sentiasa sabar atas ujian yang menimpa ini...semoga ustaz cepat sembuh..may Allah bless ur life.(n_n)
Waalaikumusalam.. Syukran kyo mendoakan Ana =)
BalasPadam