Khamis, 28 Mac 2013

Bukan Nak Politikkan

Bismillahir rahmanir rahim..

Assalamualaikum w.b.t.


Hari ini lain sikit. Menulis dalam keadaan cuaca yg panas dan keadaan suasana perbincangan yg agak PANAS. Kejap saya upload satu gambar..  


Nampak tak? Jarang berlaku benda ni kan.. Yalah saya pun baru pertama kali mengundi tahun ni jadi tak berapa nak tahu pasal ni. Tapi ini fenomena benda baru yg kita dapat lihat. Sedar tak sedar hari ini, tarikh ni (N9) dibubar secara automatik nya.. Coretan blog ini akan diingat sampai bila bila dan ofcoz jika saya masih panjang umur dan anda masih lagi panjang umur membacanya dan dunia belum kiamat masa tu..

Cuma yg jadi kerisauannya bagaiamankah negeri negeri ini selepas dibubarkan secara automatik? Benar, saya juga tahu negeri sementara ini akan dipegang oleh Menteri Besar dan 10 orang exco sementara yg dilantik tanpa ada lagi ini negeri milik siapa sama ada kerajaan atau bukan kerajaa tapi apa nasib negeri negeri ini? Sama sama kita nantikan..

# Desas desus mengatakan piliharaya (PRU) ke - 13 jatuh pada 27 May 2013.
 

Isnin, 25 Mac 2013

PRU Pertama 1955


Bismillahir rahmanir rahim..

Selamat merasai bahang pilihan raya.. Eh, mestilah.. Ini kali pertama blogger Lampuneon mengundi ni.. Tapi persoalannya? Bila nak BUBAR? Capek blogger Lampuneon tunggu.. Apa apa pun video di atas menarik untuk ditonton..Selamat menonton.. Doakan parlimen di bubar secepat mungkin.. Nak jalankan tanggungjawab sebagai PENGUNDI aja sebenarnya.. :))

Wasalamualaikum w.b.r.

Sabtu, 23 Mac 2013

Wahai orang-orang yg beriman

Bismillahir Rahmanir Rahim..


Firman Allah : "Wahai orang-orang yg beriman! Rukuklah,sujudlah, dan sembahlah Tuhanmu; dan berbuatlah kebaikan, agar kamu beruntung"

(Surah Al-Hajj ayat 77)

 Rasulullah s.a.w. bersabda :

 "Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku solat

(Bukhari dan Muslim)

Allah menyeru hanya orang beriman sahaja untuk solat maka orang yg mendirikan solat itu orang yg beriman Insya-Allah..

1)Jika Engkau hendak berdiri untuk solat maka sempurnakanlah wudhu' kemudian menghadapkanlah ke kiblah lalu bertakbirlah.(Bukhari dan Muslim)

2)Berdiri (Al-Baqarah 238),Diperbolehkan Solat duduk jika sakit atau kesulitan berdiri (Bukhari,Abu Daud,Ahmad)

3)Pahala orang yang duduk, separuh dari solat orang yang berdiri (Bukhari, Abu Daud, Ahmad)

4)Diperbolehkan juga solat sambil duduk di atas perahu (Al-Bazzar, Daruqutni)

5)Jika imam solat dengan duduk kerana sakit,maka makmum wajib solat dengan duduk walaupun mereka mampu berdiri (Bukhari dan Muslim)


Akhirnya nak tanya ni... Dah solat ke belum?

Isnin, 11 Mac 2013

Namanya..


Buku Lama Tapi Cover Baru, Belum Baca Maknanya Barulah..

 
BIODATA PAHROL MOHAMAD JUOI
Pahrol Mohamad Juoi dilahirkan di Ipoh, Perak pada 20 hb. Mei 1961. Memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.

Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.

Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd.



Sabtu, 9 Mac 2013

Akan Datang!!

Bismillahir Rahmanir Rahim..


Shamril bin Mohd Salleh merupakan salah seorang anggota kumpulan Kamikaze yang merupakan kumpulan penyanyi Malaysia. Dikenali sebagai Sham Kamikaze, dia kini bertugas sebagai pensyarah muzik di Akademi Seni Kebangsaan .Sham Kamikaze merupakan seorang musician yang unggul yang menjadi rebutan dan jemputan sebagai pemain muzik jemputan di banyak ‘event’ yang besar seperti konsert yang dianjurkan oleh Astro dan lain-lain. 

Namun kebelakangan ini kita kurang mendengar berita mengenai Sham di kaca tv.Sham kini dikatakan telah mendalami agama islam yang berguru dengan Ustaz Asri, katanya beliau sudah lama mengikuti ajaran yang diajar oleh Ustaz Asri melalui blognya. Ustaz Asri yang merupakan Mufti Perlis yang dahulunya dikaitkan dengan kontroversi ajarannya yang dikatakan menyimpang. Namun telah terbukti ajaran Ustaz Asri adalah benar, cuma jika dikaitkan dengan kebiasaan kita di Malaysia sahaja yang tidak biasa dengan ajaran Ustaz Asri yang dikatakan songsang itu. namun bukan kontroversi itu yang kita nak cerita. 

Kini didalam Fan page facebooknya juga beliau memberi pengajaran dan nasihat  serta mengajak peminatnya melakukan perkara baik, beliau juga memasukkan ajaran agama dan potongan ayat Al-quran. Tidak seperti update beliau yang terdahulu, kini Sham telah banyak berubah kepada keagamaan.

Alhamdulillah, melihat positif perubahan Artis termasuklah hamba Allah ini Shamril Salleh atau nama samarannya Sham Kamikaze.

 

Buku yang telah siap sejak tahun lalu sedang menunggu giliran untuk 'terjun' ke pasaran. Salah satu design akan dipilih berdasarkan undian pembaca. Jangan lupa beli nanti. :) Mungkin akan dijual di PBAKL 2013 nanti.. :))



Selasa, 5 Mac 2013

Rezekiku..

Bismillahir rahmanir rahim..

Ana merancang, kami merancang dan perancangan Allah selalu terbaik.. Alhamdulillah.. Usia pernikahan kami hampir setahun. Kami diijab Qabul pada hari Jumaat malam bersamaan 8.6.2012.. Selepas akad nikah, hujan turun dengan lebatnya di bumi Kluang Johor..


 
(Malam akad Nikah) 
 
 
Alhamdulillah, pernikahan atas dasar perkenalan dua bulan. Tunang sebulan dan nikah selepas sebulan bertunang dan ini hasilnya cinta lepas nikah.. Alhamdulillah.. Tak mahu bercerita hal peribadi banyak banyak.. Ana menanti kelahiran cahaya mata pertama tak lama lagi.. Alhamdulillah, rezeki Allah walaupun awal.. :)) 
 
Doakan kami :))



Sabtu, 2 Mac 2013

Lahad Datu DiCeroboh


Bismillahir rahmanir rahim..

JUMAAT 1/3/2013

Laporan serangan berdarah terhadap penceroboh di lahad datu yang mengorbankan beberapa orang termasuk pasukan keselamatan Malaysia telah disebarkan di media-media masa dikala ini.

Malaysiakini melaporkan Polis telah mengesahkan dua anggota komando Polis Diraja Malaysia terkorban manakala 12 penceroboh bersenjata dari selatan Filipina maut dalam insiden tembakan membabitkan kedua-dua pihak di Kampung Tanduo di Lahad Datu hari ini.

Apa yang menghairankan dalam krisis yang berlaku ini apabila kenyataan Presiden Benigno Aquino menyatakan Filipina sedang mencari siapa yang sebenarnya mengirimkan ratusan orang Sulu ke Lahad Datu, Sabah. Ini kerana, biaya untuk menyewa kapal feri demi mengirimkan mereka tidak murah dan kerajaan Filipina dimaklumkan ada dana besar yang membiayai mereka dari Tawi-Tawi ke Sabah.
Dari mana dana itu? Dari siapa? begitulah antara kenyataan Presiden Benigno Aquino seperti dilapor viva.co.id. Beliau juga mempersoalkan kesahihan Jamalul Kiram III sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.

Tetapi persoalan yang berlegar-legar dikalangan rakyat Malaysia termasuk dari warga tentera sendiri ialah kenapa terlalu mudah penceroboh memasuki Malaysia padahal Angkatan laut Malaysia mempunyai peralatan canggih.

Menurut Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid,perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.Kita ada bot laju, CB90 (combat boat)

Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas.“Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis.Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri.

Kalau dianalisis dari pengalaman dulu ia seakan hampir sama keadaannya dengan peristiwa Al-Maunah di sauk dikala hampirnya PRU.Adakah ini semua
ntuk manfaat politik.dilihat kembali peristiwa Al-maunah yang kejadiannya Tidak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.

Persoalan besar yang perlu dijawap kerajaan ialah bagaimana kumpulan bersenjata ini boleh mendarat di Pantai Tg Labian, mara jauh ke Kg Tandou dan berkampung di sana. Mereka menyusup berjalan kaki dengan skala yang sebesar ratusan askar malah Malah menurut Philippine Daily Inquirer memetik Danny Virtudazo (Pimpinan Kanan Negeri Palawan) berkata. beberapa bot telah mendarat di Sabah dengan seramai kira-kira 1,500 lelaki, tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak tahu di mana mereka berada. Bagaimana ini tidak dapat dikesan? Atau ia sebenarnya sandiwara untuk simpati pilihanraya?

Oleh yang demikian adakah mungkin kerajaan UMNO menyembunyikan fakta sebenar yang tidak mahu rakyat mengetahuinya??

Al-fatihah dan Tahziah kepada keluarga Anggota yang terkorban Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46.Semoga Roh mereka ditempatkan bersama orang yang dipilih oleh Allah swt untuk bersama dengan para syuhada.

# Mcm mcm versi cerita sebenarnya.. Apa apa pun semoga semua selamat..


Jumaat, 1 Mac 2013

AKU DAN KAMU



BISMILILLAHIR RAHAMIR RAHIM

Sedia atau Tidak...

Kita semua bakal jenazah..



Jadual UAI Bulan Mac



JOM PAKAT PAKAT PI..

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular