Memaparkan catatan dengan label Itu aku tahu... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Itu aku tahu... Papar semua catatan

Jumaat, 1 Mac 2013

AKU DAN KAMU



BISMILILLAHIR RAHAMIR RAHIM

Sedia atau Tidak...

Kita semua bakal jenazah..



Khamis, 11 Ogos 2011

Astafirullah..

 

Mengetahui perkara itu.. Berat dan serabut fikiran.. Namun hadirnya ramadhan kurangkan sedikit bebanannya.. Anda rasa apa apabila ramadhan menyinggah? Pasti ada rasa menganggap ianya ramadhan terakhir? Pastinya aku juga begitu.. Merasakan begitu dan mahunya aku lakukan terbaik dalam ramadhan ini.. Namun sakit dan musibah yang Allah berikan itu sebenarnya buat kita lebih matang.. 

Astafirullah pelbagai yang dihadapi tahun ini.. Perit dan bahagia.. Bagaimana kalau kita menjadi 'ego untuk menjaga hati kita'? Yalah, kita tahu ragam orang disekeliling kita. Ada yang mengambil kesempatan atas kita dan tetiba membenci kita.. Asam dan garam hidup, perit dan jerit hidup ini perlu dihadapi tapi sejauh mana kita mampu. Sejauh mana kita mampu tanggung, sejauh mana kita sanggup hadapi.. Semalam Ana faham tentang jodoh.. Jodoh itu seperti rezeki.. Rezeki perlu dicari.. Dapat tak dapat itu lain cerita yang penting kita usaha.. Ana berusaha untuk jodoh.. Namun entahlah.. Mungkin belum lagi masanya.. Pelbagai halangan dan peristiwa.. Ana belum lagi temui jodoh yang sesuai walaupun Ana dah berusaha.. Ana masih selamanya pegang bahawa 'Allah tidak akan beri apa yang kita minta tetapi Dia akan beri apa yang kita perlu'.. Insya-Allah, carilah ketenangan diri untuk semakin bertenang buat hari hari akan datang.. Risau itu perlu tapi ada hadnya..

Isnin, 13 Jun 2011

Ayat-Ayat Cinta Bercerita

 

" Desir pasir di padang tandus
Segar sang pemikiran hati
Terkisah ku di antara "

" Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud  "

Bagaimana ayat-ayat cinta bercerita.. Kuatnya debaran hati.. Cinta yang Ilahi utuskan
menyentuh debaran hati.. Menyentuh cinta ayat-ayatnya berbisik bagai hembusan udara
yang nyaman.. Bercerita bagaikan menulis mengunakan buluh perindu yang merdu.. 

 Jika wujudnya penyatuan dua hati dalam perbicaraan cinta menuju Allah serta  
    redhanya pasti rasa cinta ayatnya bercerita bergitu indah.. Harus berterima kasih kepada 
Dia yang menanamkan sekelumit cinta yang berhak membenarkan manusia berkasih sayang
dalam panduan serta ujiannya..

  Terima kasih cinta kerana melewati hati hati manusia..                                                                 




Isnin, 23 Mei 2011

Kurus ke Sihat ?

 

Sihat ke kurus ? Sihat ke kurus? Sihat ke kurus ? Fobiakan.. Ada orang kurus tapi banyak penyakit antaranya mesti ada penyakit kekurangan darah putih atau kekurangan darah merah yang mengakibatkan sering pengsan juga kebiasaanya orang yang kurus ni kurang dan ada yang tidak gemarkan sayur.. Ada juga orang gemuk dan sekarang nak jaga hati kita sebut obesiti.. Sebut obesti semua tahu terlebih berat badan atau bahasa kasarnya gemuk atau tembam serta debap.. Ada orang suka sedikit gemuk untuk nampak macho dan segak.. Ada orang suka kurus tapi adakah kurus itu sihat atau gemuk itu sihat?

Konflik diri sebenarnya gemuk atau kurus? Kalau kurus ramai tahu caranya kekalkan berat badan dan makan seperti biasa dan kalau gemuk kurangkan makan dan jawapannya diet. Diet macam mana? Diet tak makan.. Diet sampai ada yang tak makan nasi berhari hari.. Diet yang tak menyihatkan.. Yang menyiksakan perut dan menyakitkan kepala..

Ketahuilah apa itu diet? Diet itu bukan tak makan dan diet itu bukan meremehkan makanan.. Diet itu bukan tak makan tapi makan makanan yang seimbang. Dan bukan diet itu tak sentuh nasi tapi ambil makanan seperti nasi, daging dan ayam dalam kuantiti yang sedikit supaya badan kita tetap ada kandungan lemak yang sikit, kolestrol yang sedikit dan protien serta zat besi yang sesuai dengan tumbesaran diri kita.. Jika ini semua tidak kita titik beratkan cuba lihatlah disekeliling kita budak budak usia yang belum cukup matang sudah nampak obesitinya dan tidak kurang pula ada yang kekurangan berat badan..

Bagi diri kita siapa yang menjaga kesihatan diri kita? Jawapannya kita.. Kita yang memilih untuk makan apa dan kita yang memilih untuk kurus tapi sihat atau sebaliknya dan kita juga memiliih gemuk tapi sihat atau sebaliknya.. Pada ibu bapa kawal pemakanan anak anak anda.. Jangan ajar menu makanan anak anak yang utama fast food sebaliknya ajar anak anak makan dirumah yang kita masak kerana itu lebih baik cuma kita pula yang kawal apa kita masak dan kuantitinya.. Selamat memilih..

Khamis, 3 Februari 2011

Tiada Lebih Indah


Tika dulu.. Pernah sekali aku melakukan apa sahaja yang biasa orang buat untuk capai ketenangan.. Mereka kata ada yang pergi ke tempat tinggi mereka menjerit.. Ada yang kata melapangkan fikiran boleh mengecapi ketenangan.. Ada yang mengajarku agar intim dengan buku kerana aku akan dapat dua dalam satu yakni ilmu dan manfaatnya.. Pernah ketika dahulu aku melakar impian (hajat) bertunjangkan 7 frasa (Hajat) kalau tak silap aku masa tu aku masih dalam angan-angan menjadi dewasa.. Masa itu hanya 7 frasa (Hajat) itu aku ingin kecapi, itu yang aku tanamkan dan itu yang Allah beri aku sebagai hajat yang aku rasa bahagia, yang akau rasa aku kenal siapa aku di sisi aku, di sisi orang-orang yang aku sayang dan di sisi pengcipta Yang Maha Agung dan Esa. 

Masa deras berlalu, untuk sesuatu yang baru sukar untuk aku bersedia. Hatiku merintih kosong. Sepatutnya aku gembira tapi aku lebih murung. Bukan bermakna tidak bersyukur, namun kehidupanku di sini memerlukan aku kuat berdiri. Memerlukan aku kuat untuk melangkah. Lebih memerlukan aku untuk kuat mengenggam apa yang telah aku capai dan melepaskan apa yang bukan menjadi rezekiku. Hati berpuing merintih sedih melihat masalah manusia seagamaku, makin dicanang makin memikirkan dirinya bagus dan membuktikan mereka sahaja yang bagus dengan menonjolkan sesuatu yang menyakitkan mata apabila melihat. Bila melihat keadaan ini terasa mahu cepat meninggalkan tanah tumpah dosa golonganku.. Yang mustahil kini semuanya berlaku.. Yang berlaku pula tidak lagi pelik di mata mata mereka.

Tak guna berkata lagi, tak guna mengungkil kata lagi, tak guna memperingat melalui mata pena lagi apabila sudah menjadi kebiasaan yang biadap maka nafsu mendahului akal merosakkan hati. Zaman dan era ini sudah banyak melahirkan bijak pandai tapi jauh sekali jika dikataka mereka dikalangan ornag berfikir kerana mereka tidak pernah mengunakan akal fikiran  untuk membenteng diri malah mencipta aib diri pula (nazak).. 

Entahlah.. Tiada yang lebih indah aku rasakan rutin harian yang aku lengkapi bersama orang-orang yang aku sayang.. Matang tak matang aku buat terpulanglah pada mereka menilai.. Tiada lebih indah apabila melakukan sesuatu yang menyeronokkan  tanpa berkaitan dengan mencipta dosa, melalaikan diri dan menyalahi.. Susah untuk menjadi diri ini tapi senang jika kita sudah tahu apa yang serasi dalam diri.. 

P/S : Surat khabarlah perkara yang paling saya benci nak baca. Bukan surat khabar tapi Surat khabar derita. Surat khabar saksi dan bukti bangsaku musnah.. (Kecapi bahagia yang dicipta kerana Ilahi lebih bermakna)  - Nanti saya cuba jelaskan hajat yang saya telah saya akan capai yang membuatkan saya kata tiada yang indah ( Nantilah kot)

Ahad, 31 Oktober 2010

Sudahkan Apa Yang Sudah Dimulakan (Tenaga Sekuat Badang)


Hidup bermusim 

Musim peperiksaan macam musim buah buahan.. TIba masanya perubahan 360 pasti akan dilakukan.. Jika semalam kita menyaksikan Perlawanan akhir bola sepak di antara kelantan dan N9. Bahangnya bak "Pisang Goreng Panas" tapi kena fahamlah menjadi kebiasaan apabila perkara bermusim ini tak tahan lama, paling lama pun dua minggu ke tiga minggu je.. (Lapuk di hujan lekang di panas)

Di sini tidak berniat nak menyentuh musim lain selain musim peperiksaan.. Musim yang biasanya pelajar akan berubahan 360 itu pun bagi yang ada kesedaran.. Kebiasaanya bila tiba musim ini, pelajar ibarat magnet menarik semua rasa yang ada.. Menarik semuanya positif dan negatif.. Ada yang seimbang, ada yang berat sebelah dan ada yang melebihi satu sama lain.. 

Ramai yang berpendapat persediaan jasmani dan rohani penting menempuhi musim ini.. Musim ini tak sama dengan musim durian yang juga memerlukan persediaan jasmani dan rohani dimana nak pergi memetik buah durian perlukan tenaga dan menghabiskan durian memerlukan ketahanan badan kalau silap langkah boleh demam.. 

Bagaimana menghadapi Musim Peperikasaan?

Bagaimana?? Setiap orang tak sama, berbeza cara dan kaedah persediaannya menghadapi peperiksaan. Ada yang study sampai pukul 2 3 pagi, ada yang tidur awal agar dapat bangun sepertiga malam untuk beribadah dan mengulangkaji pelajaran. Ada juga yang di awalnya sudah mengulangkaji dan ada yang last minute baru nak mengadap nota tahan daripada last minute baru nak cari nota.. Heee.. Tak berniat nak tuding jari pada sesiapa tapi inilah realiti yang perlu kita sedar.. Setiap orang berbeza dan setiap orang ada ragamnya.. Kenelah Tenaga Sekuat Badang..

Perkongsian Di Sini

Ingin konsi bersama sedikit mesej dari sahabat berkaintan dengan exam :

Mesej ini kiasan daripada jadual waktu (hayati)

Salam w.b.t.
Hurm..~
Ble puase, zakat, aurat ad dlil2 tersendiri,
Ble cine, india, asli bnyk sgt etnik ny,
Ble grkn dkwah t'tbe jek  tkow hri ke 3 exam,
Ble dlm klas ustz soleh s0kmo t'ngntok2,
Ble nota HR trase cm x lngkp,
Ble hindu,kristian,budda ad mcm2 nme ktab kne hafal,
Ble tme klaz ustz pian bnyk ktawe dri blajO,
Ble kaunseling kne ingt die ny teOri2,
Ble nsbh kwngan t'tkow2 die ny jln kre,
Ble surah Waqiah n Jumaah stil t'kapai2..

Ha, mle r hdp dlm ktakutan,kglisan n krisauan.. Cm'ne ek..
Hurm.. Awk,awk n awk.. Hlal kn sgale2 ny, n sorie sgt2 fi ad slh slp
slme m'gnli dri nie ea.. :-(
K,watever pn, smoge sgle ilmu yng kte dpt, m'perolehi kberktn driNya 
N all d best 4 fnal nie.. Doa kn, kjyaan b'sme..huhu,
k with a lots of saranghae, miss melur ^^".

Ini yang sebenar buat kawan kawan yang ada kaitan 

   - Jadual Exam -

- Halaqah & Usrah (i)
8.30 Du

- Amali Dakwah (s)
8.30 DK5

- Gerakan DakWah Masyarakat Muslim (r)
2.30 DK5

- PPDakwah (j)
8.30 DK5

- PSM (S)
2.30 DK5
----------------

- P. Agama (i)
8.30 DK5

- B. Arab (s)
2.30 DU

- Kauseling (r)
2.30 DK5

- P. Kewangan (k)
2.30 DK5

- Qiraat & hafazan (j)
3.00 DK5

Haaaaaa... Sekian..

Selasa, 3 November 2009

Jangan mengeluh.. La Tahzan Ina'Allaha Ma'ana




Release your stress out!!!


Layar yang teguh mampu memagar angin kencang, Nakhoda berhati besar tidak akan tewas di tengah gelombang, Tanpa cabaran seseorang tidak akan menjadi kuat, Tanpa halangan seseorang tidak akan menjadi hebat..

Wahai diriku..
Penat bukan? Duduk dahulu dan ambil beberapa nafas yang panjang. Jangan pusing kepala dengan masalah yang tidak mampu diselesaikan. Kau berhak mendapat waktu rehat kerana kau juga manusia biasa. Kau bukan manusia super yang boleh buat segala-galanya. ..Kau dan aku.. kita semua manusia biasa sahaja. Jangan risau kalau orang kata kita lemah, kita kurang dan kita tak cukup teror. Sebab kata-kata itu ialah bukti bahawa kita ialah manusia.

(kau bukan super.. kau bukan star.. kalau digabungi engkau bukan superstar...)

Wahai hati..

Aku meluangkan masa untuk menulis nukilan rahsia ini agar kita kembali kepda hakikat sebenar seorang Hamba Allah. Kita bekerja kerana Allah adalah untuk pahala dan keabadian syurga. Tiada yang selain-Nya. Kerja kita bukan bermatlamatkan kesempurnaan, kemenangan besar, pujian melata atau keuntungan berganda. Kita cuma mencari PAHALA. Dia mana ada pahala, di situ kita pergi. Sekalipun gagal melaksanakannya dengan sempurna, sekurang-kurangnya kita tahu pahal tetap ada untuk kerja itu. Jika kita sedar hakikat itu, bererti kita ialah orang yang mengerti hakikat kerjadian manusia..

Wahai hatiku.. jangan lumpuh semangat dalam mencari pahala.. kerana semangat seorang muslim itu tidak pernah lumpuh dalam mencari pahala.. melainkan dia sudah mengubah niatnya untuk mencari sesuatu yang lain. Bangunlah.. bekerjalah.. kerana duduk sahaja atau mengalah itu bukan sifat kita. Dan pastikanya kita tidak mahu memilih jalan untuk berdiam diri dan putus asa.

Ingat..


Bukan kita yang menetukan siapa bakal menjadi pemimpin masa depan. Kita tidak tahu.. kerana itu hanya seorang penyeru (daie) atau pun "muballigh".. Hidayah dan kesedaran serta takdir itu semuanya milik Allah. Kita hanya bekerja dengan bakat dan kemahiran yang ada dalam diri kita. Kita hanya bekerja kerana kita mampu melakukannya. Soal kejayaan dan hasil, itu bukan ditangan kita. Soal masa depan itu kita serahkan segala kepada Allah..

Oleh itu.. jangan bersedih.. janganlah bermurung.. jangan tertunduk dan berasa terpinggir.. itu bukan tugas kita sekarang.. Itu bukan perkara yang sesuai untuk kita buat sekarang. Yang perlu kita lakukan sekarang ialah.. tunjukkan kepada Allah bahawa kita ialah hambaNya yang sedia diuji dan akan terus berdiri. Kita akan tunjukkan kepada Allah bahawa kita termasuk dalam kalangan hamba-Nya yang ikhlas dan tidak pernah mengharapkan ganjaran duniawi. Kita ialah hamba yang bekerja untuk-Nya dan bertawakal kepada-Nya..

Wahai hatiku.. Sebelum itu.. jika kau penat.. Tidurlah dahulu.. Jika kau berasa walah, berehatlah seketika.. Tetapi jangan kecewa dan jangan mengalah. menangis dalam berjuang itu adalah lebih baik daripada tersenyum dalam ketewasan.. Dan aku menyakini kau ialah seorang yang tahu memilih apa-apa yang terbaik. Kau ialah pemimpin untuk diri aku.. Setiap keputusan yang Kau pilih.. Wajar dihormati..

Titik!





Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular