Isnin, 23 Mei 2011

Kurus ke Sihat ?

 

Sihat ke kurus ? Sihat ke kurus? Sihat ke kurus ? Fobiakan.. Ada orang kurus tapi banyak penyakit antaranya mesti ada penyakit kekurangan darah putih atau kekurangan darah merah yang mengakibatkan sering pengsan juga kebiasaanya orang yang kurus ni kurang dan ada yang tidak gemarkan sayur.. Ada juga orang gemuk dan sekarang nak jaga hati kita sebut obesiti.. Sebut obesti semua tahu terlebih berat badan atau bahasa kasarnya gemuk atau tembam serta debap.. Ada orang suka sedikit gemuk untuk nampak macho dan segak.. Ada orang suka kurus tapi adakah kurus itu sihat atau gemuk itu sihat?

Konflik diri sebenarnya gemuk atau kurus? Kalau kurus ramai tahu caranya kekalkan berat badan dan makan seperti biasa dan kalau gemuk kurangkan makan dan jawapannya diet. Diet macam mana? Diet tak makan.. Diet sampai ada yang tak makan nasi berhari hari.. Diet yang tak menyihatkan.. Yang menyiksakan perut dan menyakitkan kepala..

Ketahuilah apa itu diet? Diet itu bukan tak makan dan diet itu bukan meremehkan makanan.. Diet itu bukan tak makan tapi makan makanan yang seimbang. Dan bukan diet itu tak sentuh nasi tapi ambil makanan seperti nasi, daging dan ayam dalam kuantiti yang sedikit supaya badan kita tetap ada kandungan lemak yang sikit, kolestrol yang sedikit dan protien serta zat besi yang sesuai dengan tumbesaran diri kita.. Jika ini semua tidak kita titik beratkan cuba lihatlah disekeliling kita budak budak usia yang belum cukup matang sudah nampak obesitinya dan tidak kurang pula ada yang kekurangan berat badan..

Bagi diri kita siapa yang menjaga kesihatan diri kita? Jawapannya kita.. Kita yang memilih untuk makan apa dan kita yang memilih untuk kurus tapi sihat atau sebaliknya dan kita juga memiliih gemuk tapi sihat atau sebaliknya.. Pada ibu bapa kawal pemakanan anak anak anda.. Jangan ajar menu makanan anak anak yang utama fast food sebaliknya ajar anak anak makan dirumah yang kita masak kerana itu lebih baik cuma kita pula yang kawal apa kita masak dan kuantitinya.. Selamat memilih..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular