Kita sedar siapa diri kita sebenarnya.. Kita hanyalah dipinjam dan hidup ini kita tahu ada kalanya kita memberi dan adakalanya kita kene menerima.. Anda suka menolong orang? Terharu dan kesian apabila kita lalu di laluan berjalan kaki ada yang meminta minta.. Juga kekadang kawan kita minta bantuan kita dan jika kita menolak kita rasa kesian dan jika kita menolong pula ada masanya kita ikhlas kerana kelapangan dan ada masanya kita kurang ikhlas kerana kesibukan. Nak tak nak kena bantu.. Dan adakalanya pula kita bantu orang sampai orang dah set muka kita.. Kalau nak bantuan yang express sahaja orang itu akan cari kita.
Bila itu terjadi maka kita dah mula rasa nak atau tak mahu je menolong. Saat itu ikhlas bukan nombor satu dan yang nombor satu kita fikir negatif ada yang ambil kesempatan atas kita. Bagaikan Di Sana Hanyalah Menanti dan Sampai Bila Pun Tak Pasti.. Maka tolonglah orang ikut kemampuan.. Berpada pada katanya.. Sikit takpe asalkan tersulam ikhlas.. Ikhlaslah.. Sama ada memberi atau menerima dua dua kita kene berada dalam keadaan itu. Jangan terlalu memberi dan jangan asyik menerima sahaja.. Ingat tu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan