(Mamaku Ratu Hatiku tersayang 44 Umur Tahun Ni)
Sekecil tapak tangan lembut ibu menyentuh lembut kulit putih halusku. Tatkala suara tangisan pertama kedengaran, wajahmu ibu terburai senyuman yang tak dapat disembunyi lagi diiringi tangisan merangkulku kemas tidak sedikit pun kuat kerana tahunya aku masih lembut masih tulang-temulangku lemah walau saling bertautan. Hanya dengan insan bergelar ibu aku berasa selamat. Lahir tanpa pengertian tentang siapa, apa, bagaimana dan juga kenapa? Tiada siapa yang tunjuk dan tiada siapa yang bicarakan namun insan bergelar ibu itu menerimaku seadanya. Tangisanku disapunya. Senyumanku disambutnya. Tiada sembunyi lagi. Tiada cekerama lagi. Nasibku baik diterima dan diserahkan bagi laungan azan pertamaku ditelinga mungil yang tidak mengerti namun didikan pertama itu membuatku kukuh hingga kini berkalimahkan Tuhan Yang Esa tanpa ragu dan terus memenggangnya kuat dan kukuh.
Tiada seindah senyuman terukir di raut wajahmu ibu apabila kejayaan demi kejayaan aku rangkulkan buatmu ibu. Setiap yang aku lakukan mendapat senyuman ikhlas darimu ibu cukup aku mengerti tiada makna hidupku tanpamu ibu. Namun kini umur dewasaku membataskan ruang aku bersamamu ibu. Sikit pun tidak kurasa aku jauh darimu ibu. Sehingga aku kini dewasa, kini aku mahu membina hidup, tidak jemu kau ada disisiku. Ibu susah aku luahkan padamu. Sesuci sayang buatmu ibu dan seharapku pada redhamu ibu itu yang selalu aku mohon dan hanya aku mahu. Doakan ibu selamat aku di dunia dan doakan aku agar aku di antara yang laen mendoakanmu kerana ingin aku menjadi anak yang soleh di jangkaanmu dan jangkaan-Nya. Ibu, harimu, detikmu hadirlah di sisiku selalu..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan