Isnin, 16 Mei 2011

Seronok Menulis Belog?

 

Seronok rapatkan diri dalam penulisan blog dan ada sesetengah orang tulis belog? Ana penulis blog setahun jagung lagi.. Baru nak masuk dua tahun.. Ana tak layak dipuji jauh pula nak dikeji.. Jika ada penulisan Ana buat blogger sekian terasa harap dapat dihadam dan menegur dengan teguran membina.. Tulis blog ni ibarat menulis catatan setahun.. Kalau benar kehabisan idea menulis cuba tulis tentang perayaan atau sambutan yang bakal kita sambut dan yang telah disambut. Itu pun sudah cukup. Ada yang lain pula menulis pada dirinya.. Kegiatan dirinya dan pelbagai lagi ketidakpuashati atau kegembiraan yang dialaminya.. Ada yang kata private dan ada yang kata buat suka suka sahaja namun hakikatnya inilah perjalanan blog. Ada blog untuk santapan ilmu dan ada yang perkongsiaan kisah semata mata.

Tiada niat nak menyalahkan dan mengata jauh sekali nak ajar apa yang benar atau tidak juga melarang apa yang hendak blogger semua menulis.. Terma dan syarat untuk jadi seorang blogger pun tak meletakkan syarat demikian.. Cuma nak titik beratkan soal kisah kisah yang dicerita. Harap tiadalah bercambah blog yang menulis cerita 18sx yang direka reka.. Juga harap tak bercambah cerita cerita luahan hati yang kekadang bukan biasa biasa.. Kekadang jelas nampak keaibannya.. Seperti dikatakan tadi blogger setahun jagung nak menegur.. Namun harap peringatan itu kita ambil bersama.. Ada yang buat duit dengan blog.. Ada juga yang jadi penulis dengan menulis blog.. Ada yang sebarkan hal hal agama dengan blog. Bagi Ana sendiri jujurnya Ana bersifat kontemporari.. Seperti blog buka yang Ana wujudkan Ana berniat menarik minat membaca rakyat malaysia.. Menulis blog salah satu cara Ana melancarkan penulisan Ana dan insya-Allah jika ada rezeki Ana ingin menerbitkan sebuah novel.. Selamat Membaca dan Salam Ziarah..

P/S : Bukan senang nak jadi senang.. Bukan angan-angan tapi impikan dan usahakan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular