Selasa, 6 April 2010

Bukan Tujuan Mengajar Tapi Hanya Nasihat (Jadikan Ia Sesuatu Yang Berharga)


Hargai Cinta Itu

Manusia, engkau derhaka kepada Allah S.W.T dan sekaligus menaruh cinta kepada-Nya. Ini adalah sesuatu yang mustahil. Apabila engkau benar-benar mencintai-Nya, pasti engkau taati semua perintah-Nya. Sesungguhnya orang menaruh cinta tentulah bersedia mentaati perintah orang yang dicintainya. Dia telah dikirimkan nikmat-Nya kepadamu setiap saat. Dan tidak ada rasa syukur yang engkau panjatkan kepada-Nya.

Aku Cintamu Wanita

Semua orang menyenangi insan yang bernama wanita, tetapi mereka berkata : "Mencintai wanita adalah awal sebuah derita". Salah sebenarnya tidak begitu. Bukan wanita yang membuat derita, tetapi mencintai wanita yang tidak mencintaimu yang akan menciptakan rasa derita buatmu.

Berkesankah Senda Gurau Jika Tidak Punya Cinta ?

(Yaqut Al-Hamawi meriwayatkan dari Ibn Umar Al-Syafi’i; dia mengatakan bahawa Abu Abdillah Al-Syafi’i pernah menikahkan seorang wanita Quraisy di Makkah. Kemudian Al-Syafi’i pernah bersenda gurau dengan Isterinya itu dan mengatakan :

" Di antara malapetaka yang sangat dahsyat adalah jika kamu mencintai wanita atau lelaki yang tidak mencintai kamu. Ia akan selalu berpaling daripadamu. Meskipun kamu menungguinya dengan penuh kesabaran, ia tidak akan mengendahkanmu".

Membalas Kebaikan Dengan Kejahatan

Malapetaka paling besar adalah bila kau berbuat baik pada seseorang padahal dia mendoakanmu dan merancangmu didedahkan kepada celaka dan binasa. Juga bila kau mencintai seseorang yang sedang mencintai orang lain atau jika kau mengharap kebaikan seseorang, tetapi justeru orang itu berharap agar kita celaka atau binasa.

Belajar Mencintai Orang-Orang Yang Soleh

Aku mencintai orang-orang yang soleh tanpa membezakan yang mana lebih dan yang kurang, meskipun aku belum termasuk golongan mereka. Aku tetap berharap semoga aku mendapat syafaat daripada mereka kurniaan Allah. Aku juga membenci orang-orang yang derhaka meskipun sebenarnya, tidak mustahil aku pun termasuk golongan mereka.

Aku Menghormati Imam Abu Hanifah

Abu Hanifah pemimpin kaum Muslim telah menghiasi negera Kufah ini berserta penduduknya. Dia jelaskan masalah hukum, hadis, dan fikah, bagaikan ayat-ayat Al-Quran yang terkumpul dalam satu mushaf. Tidak ada seorang pun yang mampu menandinginya, baik di timur dan di barat mahupun di Kufah. Semoga dia selalu mendapatkan rahmat Allah S.W.T. selama kitabnya masih dibaca. Aku juga menghormati Imam imam lain yang digelar Imam Mazhab.

Khulafa’ Arasyidin Zaman Sahabat r.a.

Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah S.W.T., dan aku yakin bahawa hidup setelah mati pasti ada.

Boleh sahaja terjadi iman lepas dari hati, kerana iman kadang bertambah dan kadang berkurang. (Pegangan Ahlul Sunnah Wal-Jamaah)

Saidina Abu Bakar Khalifah Allah S.W.T., dan Saidina Umar bin Khaththab amat gigih melakukan kebaikan.

Aku percaya bahawa Saidina Uthman orang yang utama dan Saidina Ali bin Abi Thalib k.w.j. mememiliki keutamaannya sendiri.

Mereka adalah para pemimpin umat yang patut teladani dan diikuti. Celakalah orang yang mengingkari mereka.


Cinta Kepada Ali, Hassan dan Hussien dan Fatimah Az-Zahra

Di tengah kumpulan yang  ramai, sering aku sebut nama Ali bin Abi Thalib, kedua puteranya, dan Fatimah Az-Zahra yang suci. Lalu ramai orang yang mengatakan bahawa hal itu berlebihan. Selain itu, ucapan mulut orang menyebut aku dikalangan ahli rafidhi. Aku berserah kepada Allah S.W.T. daripada orang-orang yang memberi penilaian seperti itu. Mereka mengecap seseorang sebagai rafidhi hanya kerana mencinta Fatimah.

Cintai Keluarga Nabi dan Khalifah Yang Lurus

Jika kita menghormati Ali, maka dianggap rafidhi oleh orang-orang bodoh. Dan jika aku sebut kelebihan Abu Bakar, maka aku disebut sebagai nashibi. Aku ingin selalu menyandang gelar rafidhi dan nashibi kerana aku mencintai mereka di jiwa ragaku sepanjang nyawaku.

Mecintai Keluarga Nabi

Wahai musafir, berhentilah di Mina. Berteriaklah engkau di tempat yang paling tinggi pada waktu pagi ketika jemaah haji membanjiri Mina bagai ombak Sungai Eurat tatkala banjir.

Jika mencintai keluarga Muhammad digolongan sebagai rafidhi, maka hendaklah Al-Quran dan hadith menyaksikanku bahawa aku termasuk golongan rafidhi.

Mencintai Keluarga Rasulullah s.a.w. Adalah Wajib

Wahai keluarga Rasul! Mencintai kalian wajib hukumnya menurut Al-Quran. Kami bangga dengan kalian. Orang yang tidak membaca selawat untuk kalian, tidak akan mendapat rahmat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular