Jumaat, 2 April 2010

Berilah Salam.. Berjabatlah Tangan..

[Pastikan Dengan Yang Halal Sahaja]

BERJABATLAH TANGAN

Berjabat tangan sesama Muslim merupakan amalan yang disunnahkan. Bahkan selalu dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. saat baginda bertemu dengan para sahabatnya. Selain sunnah, berjabat tangan atau bersalam-salaman ini boleh menghapuskan dosa kedua pihak yang mengamalkannya.

Sabda Rasulullah s.a.w :
"Jika dua orang muslim bersalaman, kedua tapak tangan mereka tidak akan terpisah, kecuali telah mendapat keampunan keduanya"
(Hadis Riwayat At-Tabrani)
Maka, oleh disebabkan itulah mengapa adab-adab yang sering dianggap remeh ini perlu dititikberatkan. Bukan hanya memperoleh pahala bersalam malah memartabatkan sunnah Rasulullah dan bahkan meraikan kekuatan Ukhwah boleh diraih. 
MENGUCAP SALAM SEBELUM BERJABAT TANGAN & BERJABAT KERANA ALLAH
Rasulullah s.a.w bersabda :
"Tidaklah bagi dua orang muslim yang bertemu, hingga salah satu dari mereka mengucapkan salam dan berjabat tangan , dan tidak berjabat kecuali kerana Allah S.W.T maka keduanya tidak berpisah kecuali setelah keduanya diampunkan."
(Riwayat Ahmad)
Telah disebutkan dalam hadis di atas, bahawa berjabat tangan kerana Allah akan mewujudkan rasa persaudaraan sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturahim yang baru, sudah lama atau yang sedang terjalin.
GENGGAM ERAT
Dari Ya'kub bin Sufyan r.a., bahawa Rasulullah tidak memalingkan pandangan dari pihak yang berjabat tangan dengan beliau sehinggalah ia berlalu pergi meninggalkan baginda.
(Riwayat Al-Tarmizi)
MENAMPAKKAN RASA KECINTAAN SAAT BERJABAT TANGAN
Beberapa Ulama berpendapat bahawa seseorang itu sangat dianjurkan menggerak-gerakkan tangan saat berjabat tangan. Perbuatan ini bertujuan untuk menampakkan rasa kecintaan terhadap pihak yang diajak untuk bersalaman.
LARANGAN BERJABAT TANGAN DENGAN ORANG BUKAN MAHRAM
Jumhur Ulama berpendapat bahawa berjabat tangan dengan orang berlainan jantina adalah dilarang. Sepertimana yang pernah dinyatakan di dalam sebuah hadith bahawa Aisyah r.a. pernah berkata :
"Demi Allah, tidak ada wanita yang menyentuh tangan Rasulullah s.a.w saat baiat.."
 (Riwayat Al-Bukhari)
Wa'Allahu'alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular