Khamis, 29 April 2010

Orang Kafir vs Seorang Muslim ( Al-Mujadalah)


Seorang lelaki berdebat dengan sekumpulan orang yang tidak mengakui kewujudan Allah S.W.T dan menyatakan alam semesta ini terjadi secara semula jadi. Setelah lama berdebat, lelaki itu meminta agar perdebatan itu diakhiri dan meminta ia disambung pada waktu yang lain.  Dia juga meminta agar beberapa orang saksi diundang agar mereka menilai pendapat siapakah yang paling benar.

Setelah tiba waktu yang dijanjikan, lelaki itu tidak datang dan ramai hadir mula mencemuhnya. Sekian lama menunggu, akhirnya lelaki itu tiba lantas berkata " Maafkan saya sebab terlewat. Bagaimanapun saya mempunyai alasan mengapa saya lambat. Kamu semua tahu saya tinggal di hujung bandar ini. Antara tempat tinggal saya dan tempat ini, ada sebuah sungai. Saya terpaksa menaiki perahu untuk menyeberang dan sampai disini. Tetapi tadi, tidak ada perahu yang boleh membawa saya ke sini, sebab itulah saya terlambat."

Orang Kafir bertanya : " Bagaimana kamu boleh sampai di sini jika kamu tidak menggunakan perahu? "

Jawab lelaki itu : " Semasa tercari-cari perahu untuk dinaiki, tiba-tiba sekeping papan terapung di sungai terhenti di hadapan saya. Kemudian datang lagi beberapa keping lain, melekat sendiri. Lepas itu, dari dalam sungai itu datang pula beberapa utas tali yang mengikat papan-papan tersebut membentuk sampan kecil. Orang-orang di tepi sungai itu tiba-tiba melemparkan gam untuk menutupi rongga-rongga papan sehingga menjadi kukuh dan tidak dimasuki air. Akhirnya saya dapat menyeberang sungai dengan menggunakan sampan yang terjadi dengan sendirinya."

Mendengar kata-kata lelaki itu, orang kafir itu berang: " Celaka kamu, adakah kamu cuba memperbodohkan kami? "

Perkara ini mustahil terjadi. Jawab lelaki itu : " kalau begitu, kamu semua juga bodoh dan rugi kerana tidak mahu menggunakan akal. Kamu menolak kejadian kapal kecil dengan semula jadi, tetapi mahu menegaskan alam yang besar boleh wujud dengan sendiri tanpa ada yang menciptanya. Apakah yang lebih sukar untuk dipercayai : Terjadi alam semesta secara semula jadi atau terbina sebuah sampan secara semula jadi?  " 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular