Sabtu, 3 April 2010

Pemikiran Strategik Dalam Sampaikan Dakwah

[Gambar Hiasan Sahaja]

Persiapan Mental

        "Muhasabah diri, tanya diri kita. Adakahkah kita sudah mampu dan tujuan apa yang mendorong kita untuk terjun ke dalam bidang Dakwah ini memerlukan hujah. Seorang bakal pendakwah itu perlu memahami peranannya dalam bidang dakwah dan perlu tahu bahawa bidang dakwah ini tidak pernah menjanjikan kita kesenangan, kemewahan dan keyakinan sebaliknya sentiasanya sentiasa mengajar kita bersabar apabila dicemuh, dicaci atau dihina. Perlu difahami kita adalah penerus dakwah para Nabi dan Rasul yakni berdakwah menyampaikan seruan Allah S.W.T. Tanamkan dalam pemikiran kita dalam tugas menyampaikan seruan Islam ini adalah sampaikan seruan Allah pada semua sebagai satu jihad yang memerlukan pergorbanan. Wahai bakal-bakal Pendakwah sekalian ingatlah bidang ini tiada menjanjikan ganjaran yang diharapkan kecuali untuk menyedarkan orang ramai tentang ajaran-ajaran Allah dan para Rasul. Usah gentir dengan celaan duniawi dan isinya kerana berpeganglah bahawa celaan Allah lebih hebat daripada celaan manusia. Bekalan kita hanyalah Al-Quran dan As-Sunnah serta seruan iman dan rasa tanggungjawab kepada Allah yang menjadi insipari dan motivasi yang menyeret kita kegelanggang Dakwah yang bakal ditentang dengan cabaran dan dugaan. Kesenangan & kebahagian yang diperolehi hasil daripada aktiviti dakwah oleh pendakwah terhadap aktivitinya bukanlah kebahagian yang zahir sahaja, malah adalah kebahagiaan & kesenangan yang rasa dalam hati telah puas"

Persiapan Bahan Dakwah

Kandungan atau material yang hendak disampaikan bergantung kepada keadaan, status dan masyarakat yang hendak dilakukan itu. Jadi bagaimana kita berhadapan dengan :

Golongan Intelek

Penceramah/memberi ceramah mestilah sesuai dengan peningkatan pengetahuan dan daya intelek mereka.

Mengemukakan contoh  atau pandangan yang sesuai dengan daya imaginasi mereka

Menguatkan hujah-hujah dengan pandangan dan pendapat ulama yang muktabar, ahli fiqir dan falsafah Islam.

Memberikan petikan hujah-hujah disertakan pandangan al-Quran dan hadith yang membezakan orang berilmu atau tidak berilmu.


Firman Allah dalam Surah Al-Jumaah Ayat 5 :

"Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, Kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim."

Golongan Sederhana

Bakal Daei perlu berhati-hati kerana kebiasaanya dia akan mengakui dirinya serba tahu.
Perlu juga pilih bahan yang sesuai, tidak terlalu tinggi standartnya, tidak terlalu rendah kerana golongan ini lebih kritis.

Bila ada kesilapan sedikit yang dilakukan secara sengaja atau tidak oleh kita maka Para daei perlu akur jika anda penyebab golongan ini kurang menghargai.

Kekadang golongan ini angkuh apabila kita tidak dapat menjawab beberapa soalan yang diutarakan oleh mereka.

Utamakan bahan ceramah berkaitan dengan beberapa bahan yang boleh mendorong mereka untuk beramal dan bertambah ilmu pengetahuan


Golongan Rendah

Kebiasaannya apabila bakal daei berhadapan dengan golongan ini maka para daei kurang mengetahui tahap pemikiran mereka dengan itu dengan mudahnya kita menyampaikan dakwah. Biasanya mereka mudah menerima dan menolak apa yang disaran.

Tetapi bakal daei perlulah menyediakan bahan yang banyak sedikit untuk menghadapi golongan ini.

Bahan yang disyorkan ia berita gembira yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya yang beriman dan bertaqwa.

Namun begitu, kita perlualah berhati-hati apabila menegur kesalahan mereka kerana golongan ini mudah terasa dengan teguran kita


Golongan in terbahagi kepada dua : -

Golongan mudah terima

- Mereka akan teliti siapa yang berkata dan apa ucapannya
- Mereka mudah percaya dengan cakap orang yang terkenal
- Lebih utamakan guru mereka (Hitam katanya maka hitamlah)
- Tak terima pengajaran orang lain
- Mereka tak akan analisis semula apa yang diterimanya


- Mereka ini golongan yang tidak tahu tapi berlagak tahu
- Pendekatan  yang perlu dicari : -

  a) Sentuh Emosinya
  b) Ajar dengan lengkap dan tegur dengan hikmah jika salah

Golongan Kaya

- Golongan ini menganggap dirinya lebih baik daripada orang lain

- Langkah dekatinya :

Puji kekayaan dia dengan selitkan ayat-ayat Al-Quran & hadith serta nyatakan kebolehan orang kaya di sisi Allah seperti Abdul Rahman Bin Auf.

Tetapi perlu berhati hati dengan pesanan yang disampaikan supaya perasaannya tidak tersentuh

Selitkan sedikit sentuhan kemanusiaan

Beri ancaman dari Allah kepada orang orang yang bakhil

Berikan contoh teladan seperti Azab Allah kepada Qarun


Wa'Allahu'Alam..

P/S : Bercita-citalah menjadi daei.. Tekno-daei pun tidak mengapa asalkan tanggungjawab kita sebagai kekhalifan di muka bumi terlaksana.. Insya-Allah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular