Ahad, 18 April 2010

Surat Berantai.. Dulu Kertas Sekarang Siber Beb (Aku Rantai Ko Karang)

(Surat + Rantai = Surat Berantai)

Contoh Rantaian Surat/tulisan

"Ini adalah benar.Sila baca sehingga habis dan tolong sebarkan kepada seberapa banyak orang Islam yang boleh...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad s.a.w iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia).Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah s.a.w.Selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

(a)isteri tidak mendengar kata suami.

(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.

(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI

(a) Berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad S.a.w.

(b) Bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.

(c) Bersembahyanglah

(d) berzakat - jangan ditinggalkan.

(e) Menunaikan Fardhu haji - Bila berkemampuan.

(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.

HURAIAN..

Wa'Allahu'alam sama ada ini benar atau tidak.. Tapi walaubagaimanapun nasihatnya mantap dan bagus. Seruannya memenuhi rukun Iman dan taat ibu bapa seperti surah Luqman menceritakan nasihat Luqman Hakim kepada Anaknya. Di minta sebarkan seperti mana umat Islam menyebarkan salam, nasihat dan belajar serta mengajar. Tapi yang buruknya dan 'syirik' nya apabila di akhir surat itu ada kalimah seperti ini : ~

Contoh Akibat Tidak Menyebarkan Surat Berantai Ini

1. seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatat sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.

2. Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.

HURAIAN..

Ana rasa dah beribu kali Ana terima surat layang tu.. Tapi setakat Ana hidup hari ini tiada pun musibah yang dikatakan itu..(Bukan cakap besar tapi yakin yang baik dan buruk itu Allah tentukan) Ana tak mahu kita semua menjadi syirik melayani surat layang dan mempercayai surat layang yang dari mana puncanya dan tujuan apa di sebarkan. Dari tahun 2008 hingga 2010 masih sama isinya masih bodoh orang yang mempercayainya.. 

Ana berserah kepada Allah 100%.. Allah yang selayaknya memberi musibah dan kebahagiaan pada hambanya.. Hanya Dia tempat kembali, hanya Dia tempat bergantung nasib, hanya Dia tempat berdoa, hanya Dia tempat mengadu dan menyimpuh memohon keampunan.

Wahai penyampai surat layang.. Bertaubatlah.. Janganlah kau menjadi perantaraan syirik mempercayai sesuatu yang bertentangan dengan Islam.. Aku reda Allah itu Tuhanku, Nabi Muhammad itu persuruh Allah dan Dia Nabiku, Aku reda Al-Quran itu kitabku dan Aku reda hidup dan matiku hanya Allah tentukan.. Jangan mempermainkan Nama Allah dan Rasulullah.

APA ITU SYIRIK ?

Syirik bererti menyekutukan atau menyarikatkan. Syirik itu bermaksud menyekutukan Allah S.W.T dengan sesuatu yang lain. Para 'Ulama membahagikan syirik kepada dua iaitu Syirik akhbar dan Syirik asghar.

Syirik akhbar (besar) ialah menyekutukan Allah secara terang-terangan sama ada  dengan perkataan dan perbuatan seperti menyembah sesuatu dan mempercayai sesuatu kerana Allah serta menyamakan kuasa Allah dengan Kuasa Makhluk.

Syirik asghar (kecil) ialah menyekutukan Allah secara tidak sedar seperti bersumpah selain Allah seperti nama wali, ulama, pembesar, nenek moyang dan sebagainya serta melakukan riak.

Sesungguhnya mengamalkan syirik suatu dosa yang besar yang tidak diampunkani Allah dan mendapat azab pedih dari Allah S.W.T.

Firman Allah :

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. barangsiapa yang mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia Telah berbuat dosa yang besar."
(Surah An-Nisa 4:48)

Firman Allah :

Dan (Ingatlah) ketika Luqman Berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar".
(Surah Luqman 31 : 13)


Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis Qudsi :"Allah ta'ala telah berfirman : Barang siapa yang berbuat sesuatu perbuatan menyekutukan Aku dengan yang lain, maka amalannya itu akan kembali disekutukan itu dan Aku bersih daripadanya"

(Hadis Riwayat Muslim dan Ibnu Majjah)

BERAMAL SELAIN MENCAPAI KEREDAAN ALLAH

Setiap amal itu bergantung dengan niat.(Sila klik di sini untuk perincian Hadith ini) Oleh itu seorang beramal selain dari untuk mencapai keredaan Allah akan menyebabkan kemurkaan Allah dan ditolak atau terhapusnya amal dan sia-sia.

Firman Allah S.W.T.

"Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali Hanya (menyembah) nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu membuat-buatnya. Allah tidak menurunkan suatu keteranganpun tentang nama-nama itu. Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. dia Telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
(Surah Yusuf 12 :40)


Rasulullah bersabda dalam Hadis Qudsi :"Hai manusia!. Beramallah kamu semua dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Kerana sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali dikerjakan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah."

(Hadis Riwayat Al-Bazzar dari Adh-Dhahak)

Wa'Allahu'alam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular