Memaparkan catatan dengan label Aku berpesan pada aku dan kamu... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aku berpesan pada aku dan kamu... Papar semua catatan

Sabtu, 8 September 2018

SEMPURNAKAN



ASSALAMUALAIKUM DAN BISMILLLAH

Alhamdulillah. Bersua lagi mata pena hujung jari, blog cara menyampaikan yang sudah hampir dilupakan. Mohon maaf jika perbahasan dan penulisan ada menyinggung mana mana pihak yang tidak berniat sedikit pun lancang serta keras. Apa khabar semua? Harapnya semua berada dalam keadaan terbaik, diperelokkan iman, dimantapkan akidah dan bahagia di sisi orang tersayang, mereka pun sayang kamu.

“Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?” Baginda menjawab : “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (HR Ahmad).

Dalam hadith Nabi ditanya perihal mencuri dalam solat namun jika solat kita tidak lagi kita mencuri sendiri dalam solat kita perlu menyermpurnakan solat dengan melahirkan sifat kusyuk. Bagaimana? Saya mendengar di satu stesyen radio seorang ustaz menyenaraikan perkara berikut. Solat perlulah ditempat yg tanpa gangguan yakni bukan depan televisyen,bukan tempat anak anak bermain dan berlari, solat dengan berpakaian bersih, sebolehnya mandi dan bersugi dahulu sebelum solat. Juga jangan solat apabila perut dalam keadaan lapar. 

Jika perhubungan manusia itu kasih sayang, pengantaraannya itu talian komunikasi, maka perhubungan manusia dan Tuhanya yakni Allah S.W.T itu solat maka sempurnakanlah, perelokkanya dengan kebaikan dan keyakinan.

Ahad, 15 April 2018

HAK MEMILIH


Assalamualaikum dan Bismillah..

Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan dalam semua hal hal yang baik insyaAllah. Bulan April penuh dengan kejutan. Menghitung hari bulan depan menyambut Ramadhan. Dan bagi rakyat Malaysia disamping Ramadhan disambut. Pilihan Raya Umum juga bakal menjelang pada awal bulan Mei.Tanggungjawab dan tugas yang berat bakal diletakkan atas bahu setiap rakyat Malaysia untuk memilih. 

 Memilih ni macam nak pilih pasangan hidup kita. Ibu bapa kita tidak dapat memilih. Begitu juga Ibu bapa kita tidak boleh memilih kita. Tapi pemimpin ini rakyat yang pilih. Macam kita lelaki atau wanita memilih calon suami atau calon isteri. Bukan untuk 5 tahun sahaja tapi untuk sepanjang hayat. Tertarik dengan pandangan seorang teman. Bila sampai masanya jodoh akan menemui kita dan bergitu juga apabila tiba tarikh dinanti kita akan mengundi dan memilih maka usah bergaduh dan berusahalah..

Ahad, 1 April 2018

TUAN



Apabila kita diberi rezeki memiliki ibu dan ayah yang berusia 60 tahun++...

Kita tak boleh lagi mengharapkan masakannya tp kita kena usaha utk memasak, menyediakan apa saja kegemarannya...

Bukan lagi mengharap jasanya tp berjasa untuknya...

Bukan masa utk kita menunggu pemberiannya tp kena byk memberi padanya...

Bukan lagi mengharapkan pengorbananya tp  sentiasa berkorban untuknya...

Bukan lagi mengharapkan/menunggu bukti kasih sayangnya pada kita tp kita kena buktikan betapa sayangnya kita padanya...

Bukan lagi tunggu khabar berita darinya tp sentiasa bertanya khabar padanya...
Bukan tunggu dia datang ziarah kita tp kita kena usaha utk ziarahinya...

dan 

Bukan lagi untuk kita katakan yang BUKAN-BUKAN padanya
... bukankah dialah org yg perlu kita taat selepas Allah dan rasul.

Rabu, 3 Januari 2018

MARILAH 2018






Assalamualaikum, bismillah. 2018 sudah 3 hari hari ini. Selamat bertemu kembali. Awal awal ni biasanya muqadimah. Macam kita baca buku, selepas kulit buku, kata penghantar pengarang, muqadimah barulah isi kandungan. Muqadimah 2018 kalau di tempat blogger hujan, dari 2017 hujan sampailah 2018. Ada beberapa tempat sudah dinaiki air.


Orang kita suka dan pandai bergurau, selalunya kalau masuk tahun masihi baru je,pandainya mereka kata budak budak 88,89,90'an bukanlah muda lagi. Kalau ada lahir 88, anda sudah 31 tahun, 89 - 30 tahun, 90 - 28 tahun. Begitulah seterusnya. Blogger pun bukan muda lagi, dah beranak, pinak belum lagi. InsyaAllah, blogger akan sambung menulis lagi, nak tidur sunnah kejap sebelum masuknya waktu Zuhur. :) wsalam..

Ahad, 20 Ogos 2017

ALLAH MAHA BESAR

ASSALAMUALAIKUM DAN BISMILLAH



Di sebalik kegembiran menyambut kelahiran baru, keluarga blogger diuji dengan sedikit ujian. Allah bersabarlah. Sebelum kelahiran si kecil, seminggu sebelum tu isteri kena deman campak. Isteri bersalin 4 hari awal dari tarikh dijangka, hari ni sudah 12 hari umur bayi, bayi pula kena deman campak. Bayi kena masuk hospital semula selepas hanya seminggu bersama kami. Anak blogger yang kedua dah beransur pulih namun anak blogger yang pertama baru 4 hari kena demam campak. Allah maha besar. Moga blogger sekeluarga dapat sabar dan bersyukur dengan ujianNya.

Jumaat, 28 Julai 2017

MATI



Kata Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani, mati itu bukan pengakhiran, bahkan mati itu permulaan hidup kita. Bersediakah kamu? Mati itu bukan pilihan, namun cara kamu mati itu kamu boleh memilih. Nak mati semasa berbuat dosa ke? Atau nak mati semasa sedang lakukan amalan baik. Hidup itu peluang, Allah beri peluang untuk kita hidup untuk menghadapi mati. Mati itu hidup selepas. Seiring dengan Allah beri hidup, Allah beri peringatan. Allah beri Al-Quran sebagai panduan, kuliyah yang diajar, takirah yang diulang ulang. 

Tapi disebalik peringatan, manusia sering ingkar. Minum arak tak lagi rasa memabukkan, tak solat tak rasa kekurangan apa apa dalam hidup. Bebas, seolah olah dia hidup dia hidupkan diri dia. Seolah olah Allah tiada. Dia tak memerlukan Allah. Sampailah dia sakit, dia tecungap cungap memikirkan hidup dia hingga kini dia merasai mati.

Nabi muhammad terdengar pengakuan bapa saudara baginda mengatakan, wahai Muhammad, aku mengaku syurga itu benar, neraka itu benar, Islam itu benar, ajaran agama kau bawa benar tapi aku tetap tak boleh beriman. Terduduk Nabi muhammad bila dengan pengakuan bapa saudara baginda. Luruh hati baginda. Penceritaan lain, baginda pernah mendoakan bahawa hidupkan aku didunia dengan keadaan miskin, matikan aku di dunia dengan keadaan miskin dan tempatkan aku di akhirat nanti dengan orang miskin. Sebab apa begitu, orang miskin Allah tak banyak soal diakhirat. Misal kata, jika Allah tanya orang miskin, kasut kamu ada, tiada hanya ada selipar. JIka tanya orang kata, kasut kamu ada? Ada, sebut segala jenama kasut itu.

Ahad, 23 Julai 2017

BUAYA

ASSALAMUALAIKUM DAN BISMILLAH




Tajuk BUAYA. Buaya ada ni? Orang nyanyi lagu AYAM, pastu lagu RAYA, pastu lagu MAKAN. Blogger bukan nak nyanyi lagu BUAYA tau. Nilah kisahnya blogger nak cerita. Jika anda penyokong pasukan bola sepak Sarawak, pastu bila blogger sebut buaya kitak akan sebut bujang senang. Itu jolokkan bagi pasukan bola sepak Sarawak yaitu BUJANG SENANG.

Buaya ni bila sebut, lelaki akan jadi sensitif. Sebab apa, lelaki akan dituduh buaya jika melayan banyak perempuan. Kurang pasti melayan macam mana, sama ada sudah berkahwin tapi masih berkawan dengan perempuan, atau pun jika bujang tapi rapat dengan ramai perempuan. atau bagaimana jika bercinta dengan ramai perempuan sekali gus. Blogger pun kurang arif bab satu ni. 

Buaya yang lain terkenal di Melaka. Siap ada TAMAN BUAYA lagi. Dulu masa kecil selalu juga melawat ke negeri Melaka melihat buaya. Cuma kali terakhir berkunjung, tak seindah dulu. Mungkin banyak tarikan lain di Melaka agaknya.

Rabu, 21 Jun 2017

LAYAN DRAMA SANGAT

Assalamualaikum dan Bismillah.



Alamak! Blogger layan drama ke? Blogger ajak tengok dramalah. Blogger nak membebel pasal drama ke? Blogger ni nak kempen drama dia dah tengoklah tu. Eh, sabar. Baik baik, semua orang ada facebook dan instagramkan? Baik, blogger pun ada facebook (jangan kecam), insyaAllah guna facebook ke jalan yang betul. Nak kata di sini, ramai sangat dikalangan rakan-rakan tak berjumpa di mukabuku muat turun status dia pasal drama. Drama apa tak pasti tapi kerana drama maka bolehlah kita kenal 2 peratus % perangai dia macam mana. 

Sebenarnya seeloknya dan semoleknya biarlah apa yang kita lihat mengunakan mata benda benda yang kurang faedah ini hanya lalu di mata dan dibersihkan dengan air wudhuk. Tidak perlu pula tangan menjadi saksi hemburan kata kata menulis melalui mata pena ketidakpuashati kita dengan mencarut, mengata apatah lagi setiap hari mengerutkan orang yang membaca dengan perkara negatif yang hanya lakonan. Benar pun di dunia realiti ada berlaku namun ketahuilah, cukup hanya dimata dan dipengajarankan. Blogger pun tengok filem & layan drama tapi kita Islamkan, apa apa terbataslah. Cuba jauhi fitnah apabila mengambil sedikit hiburan. InsyaAllah. Kalau kita tak mau jaga diri kita, siapa nak jaga kita? Fikirlah.

Rabu, 31 Mei 2017

PUASAKAN


aSSalamualaikum dan bismillah..

Alhamdulillah, 5 Ramadhan sudah.Cepat betul masa berlalu. Dulunya kita menanti, sekarang kita sudah menerima dan berada dalamnya. Saya cakap kat pembaca semua jika kita menulis atau mencoret apa apa tentang ramadhan pasti oprang akan berhenti mengatur langkah  dan meluangkan masa membaca.Terima kasih luangkan masa membaca. Eh, belum habis lagi.

Ramadhan terutamanya dinantikan oleh semua bangsa yang beraama Islam, bangsa yang bukan beragama Islam juga turut menghormati bangsa yang beragama Islam yang berpuasa. Namun kerana puasakan. Kita gagal memperjuangkan erti sebenar puasa. Erti sebenar? Betul, ramai puasa penuh tapi solat tidak cukup, ramai puasa penuh tapi aurat tidak tutup dan ramai yang boleh berpuasa penuh tapi puasa dijadikan alasan. Bagaimana anda? 

BIla ramadhan belum muncul, kita mengira, kita menghitung kedatangan ramadhan. Berjanji jika bertemu atau ramadhan terakhir singgah kita akan kagum sehabisnya, menerima, melayan tetamu ini dgn sebaiknya. Tapi setelah beberapa hari beliau berkunjung, beliau ajak bersahur pun malas, beliau ajak berterawih apatah lagi malah beliau pula disalahkan dan beliau pula dijadikan asbab ke atas sesuatu. Kurang proaktif semasa berkerja alasannya puasakan. Mengantuk dan lesu alasannya puasakan. Astafirullah,berubahnya. Bila ramadhan datang, syaitan dan iblis diikat kemas tapi nafsu masih ada. Didiklah nafsu dengan semangat dan amalan ramadhan..

Ahad, 21 Mei 2017

SEBUAH KISAH


Assalamualaikum dan bismillah..

Seorang jejaka yang tidak lulus ujian masuk universiti, dinikahkan oleh orang tuanya dengan seorang gadis pingitan di pekan dan ada pertalian. Untuk memberi nafkah kepada isterinya, dia mencuba menjadi guru sekolah tadika dan mulai mengajar. Oleh sebab tidak mempunyai kelulusan latihan mengajar, belum sampai satu minggu dia sudah diberhentikan.

Setibanya di rumah, si isteri cuba menenangkannya dengan berkata: "Banyak ilmu dalam kepala, ada orang yang boleh menuangkannya, dan ada pula yang tidak. Tidak perlulah bersedih kerana hal ini. Mungkin ada pekerjaan lain yang lebih sesuai sedang menanti."

Kemudian dia mencuba pula pekerjaan lain, namun dipecat juga kerana tidak cekap. Si isteri merenung wajah suaminya seraya berkata: "Kecekapan seseorang itu berbeda, orang lain sudah bekerja beberapa tahun lamanya, abang hanya lepasan sekolah; bagaimana boleh jadi cekap?"
Dia mencuba lagi dengan pelbagai pekerjaan lain, namun tidak ada satu pun yang berhasil; semuanya gagal di tengah jalan.

Namun demikian, setiap kali dia pulang dengan patah semangat, si isteri yang setia terus sahaja memberikan kata-kata perangsang; dan tidak pernah sedikit pun mengeluh.

Bila sudah berumur 30-an dan punya anak kecil 3 orang, dia mulai mendapat berkat sedikit demi sedikit melalui bakatnya berbahasa; dan menjadi seorang pembimbing di Pusat Ehsan.Kemudian dia membuka kedai kecil-kecilan menjual alat-alat bantu bagi orang-orang cacat, serta berhasil pula membesarkan kedai tersebut.Akhirnya dia menjadi pembekal tetap bagi peralatan orang cacat. Dan maju, serta memiliki kekayaan yang bertapak dari kedainya itu.

Suatu hari, dia yang sekarang sudah berjaya, bertanya kepada isterinya: "Kenapakah ketika dulu masa depanku sedang suram, adik tetap begitu percaya padaku?"

Jawab si isteri sangat sederhana: "Sebidang tanah yang tidak sesuai ditanami gandum, boleh dicuba untuk ditanami kacang. Jika kacang pun juga tidak boleh tumbuh dengan baik, dicuba lagi tanami buah-buahan. Jika buah-buahan pun juga tidak boleh tumbuh, maka semaikanlah dengan bibit gandum hitam, pasti akan berbunga, kerana pada sebidang tanah itu pasti ada bibit yang sesuai untuknya; dan boleh menghasilkan tanaman yang bersesuaian pula."

Mendengar penjelasan si isteri, menitislah air dari kelopak matanya kerana rasa terharu.... Keyakinan yang kuat, serta ketabahan dan kasih sayang si isteri, bagaikan sebutir bibit hitam yang harum lagi unggul.

Prestasi dirinya adalah berkat keajaiban bibit unggul yang kukuh hingga tumbuh kembang jadi kenyataan.Di dunia ini tidak ada seorang pun yang menjadi sekadar sampah merempat, akan tetapi seseorang itu hanya tidak berada di tempat yang tepat dan berkat.


Selasa, 9 Mei 2017

HALIM SUDAH QANAAH PULA

 

Assalamualakim dan bismillah. 

Qana’ah adalah sikap rela menerima dan merasa cukup atas hasil yang diusahakannya serta menjauhkan diri dari dari rasa tidak puas dan perasaan kurang. Orang yang memiliki sifat qana’ah memiliki pendirian bahwa apa yang diperoleh atau yang ada didirinya adalah kehendak Allah. Seorang muslim yang memiliki sifat qana’ah akan selalu berlapang dada, berhati tenteram, merasa kaya dan berkecukupan, dan bebas dari keserakahan.

Seperti dihuraikan pada posting lepas HALIM lebih kepada sifat sabar yang perlu ada pada seorang ketua keluarga yakni bapa atau ayah. Sifat Qan'ah juga perlu diresap dalam diri seorang ketua keluarga yakni ayah atau bapa tadi dalam memgemudi dan menghadapi isteri dan anak anak terutamanya. Kalau setiap kali saya mendengar ceramah atau kata kata Ustazah Nurhafizah Musa. Ustazah sering mengajar dan memberi peringatan kepada kita yakni ketua keluarga ni sebagai fungsi penting dalam keberkesanan dan berjayanya sebuah ummah didik dan dibentuk. Saya nak kongsi satu dosa yang Ustazah ajar kepada pendengar secara umumnya :

"Wahai Allah/ Ya Allah, sebagaimana aku ini hambaMU, Anak-anak dan isteri-isteriku juga hambaMu, Pimpinlah hatiku dan hati-hati anak-anak dan isteri-isteriku untuk tetap beriman kepadaMU. Perbaikilah akhlak kami dan perbuatan kami. Ampunilah dosa dosa kami."

Selasa, 18 April 2017

PERKARA DI BENCI ALLAH

 ASSALAMUALAIKUM & BISMILLAH


 

Telah menceritakan kepada kami Katsiir bin ‘Ubaid, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Khaalid, dari Mu’arrif bin Waashil, dari Muhaarib bin Ditsaar, dari Ibnu ‘Umar -radhiyallaahu ‘anhuma- dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda, “Perkara halal yang dibenci Allah Ta’ala adalah thalaq (perceraian).” riwayat Abu Daud

 
Maaf tajuk agak bukan biasa biasa. Innalillah dan banyakkan bersabar terutama golongan hawa yakni bekas isteri dan janda. Namun benda atau perkara ni semua harus tahu dan ada sedikit ilmu mengenainya.

Jangan silap akal menafsir golongan ini sama ada bekas isteri mahupun janda, bukan bermakna mereka bukan wanita baik baik dan segelintirnya kematian suami dan automatik cerai.

6 hak isteri selepas bercerai


Jumaat, 14 April 2017

PETUA GIGI


Assalamualaikum & bismillah

Baca je tajuk orang spot dah, blogger ni bawa masuk petua pulak dalam blog dia. Dah tiada modellah tu nak cerita, nak buat ramai (orang pp kata nak meriah) lah tu, bila orang nak tahu pasal gigi pergi cari blog dia. Apalah blogger ni. 

Sabarlah, suka dan nak tahu sambung baca, kalau tak suka tak nak tahu tekan X teruskan senang. Dah tengah bulan dah ni post bulan April baru dua, bukan kejar garisan mati tapi biar tulis ada isi, bukan mengata atau keji tapi untuk tambah bekalan sendiri nanti. 

Tadi pagi, lepak sekejap perkena nasi kerabu dgn teh tarik, sembanglah dengan pak cik ku sangka baru dalam 50 an adalah 53 tahun macam tu rupanya dah nak 75 tahun dah. Rambut hitam uban halus je, muka Hitam manis kedut sikit je, badan tegap bukan sado, Gigi tersusun cantik. 

Buka perbualan dia suruh teka umur dia, aku fikir juga, dia kata dia 75 tahun, aku jawab macam baru 52 53 tahun, dia khabar kat aku benda nak jaga pasal kesihatan ni luas. 75 tahun depan dia nescafe tarik tu, dia penyakit lain tiada cuma ada sikit masalah jantung, tu pun dah okey 5 tahun lepas.

Dia ajar aku kalau nak gigi tahan, gigi kuat dalam usia skrg hingga usia emas nanti. Gempal garam, gempal tangan kita sendiri, mamoh (kunyah garam) tu. Buat tiga kali, tiga hari setiap pagi sebelum gosok gigi, pastilah sebelum minum air & makan. Mamoh garam tu, rasa masin dia nak hilang, luah (luek). 

Aku tak cuba pun lagi, tapi nanti nak cuba juga. Kena cuba dulu baru tahu

Rabu, 1 Februari 2017

PERMULAAN FEBUARI

ASSALAMUALAIKUM & BISMILILLAH



PERMULAAN FERBUARI, alhamdulillah syukur masih lagi tangan boleh menaip kata kata syukur dan menyapa anda semua. Khaifa haluka/i? Alhamdulillah, Ana bikhair. Saja membuka perbualan dan perbicaraan di awal febuari. 1 febuari hari ini, tarikh yang istimewa sebenarnya setiap tahun kerana lahirlah seorang bonda yakni ibu kandungku di dunia pada 50 tahun dahulu. 27 tahun aku digelar anaknya dan setiap tahun pasti ada rancangan dan isbat untuk melakukan sesuatu pada tarikh istimewa ini. 

Syukur dan taatilah ibu dan bapa semasa usianya. Islam juga mengajar keduanya yang wajib ditaati selepas Allah dan Rasul ialah ibu bapa. Jika syurgamu dibawah telapak kaki ibu, ayah pula perintismu kesyurga. Jika masih ada salah satu atau keduanya maka jagalah mereka sebaiknya.

 

Isnin, 22 Ogos 2016

ASTAFIRULLAH

 

Assalamualaikum & Bismillah 

Lampuneonku bersinar. Inilah lampuneon. Yang panjang itu lampu kalimantan. Astafirullah 'alazim. Sejak dua menjak ni banyak sangat musibah kita dengar dan rasai. Sama ada menghadapi kita bahkan menimpa orang lain. Dunia hampir ke penghujungnya dan manusia rasa leka nak bertaubat. Manusia sibuk dengan scroll segala macam media sosial, Facebooknya, instagramnya, whatsappnya, telegramnya tak jauh juga dengan perkara baru yang mengamatkan juga isi dunia yakni pokemon go. Semua ni jatuh haram jika melalaikan, melewatkan apa yang patut diawalkan, mengabaikan apa yang patut disahut dan sebagainya. Betulkan? [MENGAKU SAHAJA]



Astafirullah, Moga kita kerap sebut dan sebut, ulang dan ulangi semoga kita sedar kita dalam melakukan dosa maka bertaubatlah kepada Allah. [ASTAFIRULLAH].

Ahad, 27 Mac 2016

REMEH DAN SUSAHKAN



Assalamualaikum & Bismillahir Rahmanir Rahim.. Buat susah susah sahaja pulangkan bekal siap ada isi lagi. Saya ikhlas akak, pulang bekal kosong pun tidak mengapa. Susah susah sesuai digunakan apabila ada perasaan tidak berharap apa apa pembalasan, tetapi jika diberi mahu juga merasa dan dikira rezeki. Disituasi ini ramai yang meremehkan sebenarnya soal kemesraan jiran tetangga, tidak pernah atau senang sebut jarang sangat jika jiran sebelah memberi sesuatu dalam bentuk bekal atau bekas kita pulangkan bekal atau bekas yang sama tapi dengan keadaan kosong, semestinya pasti ada isi. Tapi perkara ini sudah diremehkan atau masih ada cuma jarang jarang sangat.  

 

Saya dinasihati supaya berkata yang positif dahulu baru menyambung dengan yang negatif seperti  perkataan Amal Makruf Nahi Mungkar, ajak perkara baik dahulu barulah mencegah. Jadi, Perkahwinan itu sesuatu yang Nabi kata sesiapa menolak perkahwinan dia bukan umatku, dan bukanlah hendak menumpang kisah gaduh akibat tidak cukup wang hantaran namun sebenarnya jika panduan cara Nabi ajar mendirikan rumah tangga diutamakan maka tidak berlaku perkara sunnah hendak di susah susahkan kerana ada yang bahagia hingga kini dengan hantaran yang tak seberapa. Islam sendiri tidak menekankan soal hantaran tapi memuliakan seorang wanita (bakal isteri/ pengantin) dengan mas kahwin. Jika perkara soal hantaran sudah jadi masalah maka semasa langsung untuk bergelar suami isteri atau berikutnya juga bakal terjadinya masalah. Wa'Allahualam, susah nak berkata seolah olah menghukum tapi inilah yang menjauhkan jodoh sesiapa sahaja jika hal duniawi diambil seolah olah tertera rukun akad nikah jika tidak dibuat. Renung renungilah..
 

Selasa, 22 Mac 2016

Kena Marah

Assalamualaikum. Aduh, kena marah. Memang sedikit panas sekarang ni. Ini mengakibatkan nak naik angin sahaja selain rasa haus dan lapar.Suhu siang hampir 40.5 c' dan malam pula 29 c'. Alamatnya kipas sama ada kipas dinding atau kipas syiling kalau setakat 10, 10 lah dia putarkan punat tunjuk arah. Klasik sungguh kipas dinding rumah lampuneon, tapi tidaklah tapi 5 sahaja kalau sampai 10, kalau sampai sepuluh orang kata itu klasik tapi menipu. 



Mohon izin minta maaf jika tak keberatan nak tanya harapnya jika sesiapa membaca secara langsung atau tidak langsung jangan ada benci sesama kita. Yalah mana tahu, kita ni sebut nama orang sahaja, dia ni menyampah aku. Nama si polan ni tak suka aku. Nama si pulina ni gedik sangat. Ada sahaja perkara yang tidak kena pada orang lain, di mata kita orang lain sahaja ada belang negetifnya. Sebenarnya diri kita ni banyak molekul molekul negetif (-ve). Mohon maaf, jangan terasa. Perasa ada sedikit panas dan pedas di sini.

 

Haaa.. Maroh... Maroh.. Bakaq laptop!!!
 
 

Sabtu, 10 Januari 2015

BAJU OREN


BISMILLAH..
 
Kopiah atas kepala, cakap perihal agama. Ustaz, memang sah ustaz. Ilmu tinggi. Kaler baju tak kisah asalkan bukan pelangi. Orang tidak mendengar apa dikatakannya. Orang sibuk tengok baju dia yang pelangi. Pelangi tujuh warna tu. Kenapa nak pertikai si baju oren tu? Ini penyakit orang kita. Bila coretkan sesuatu sama ada dengan pena atau pena elektronik pastu di hujungnya mencalit nama penama yang menyatakan hal itu.


Contoh : Haram makan telur penyu kalau telur penyu tu tak bayar - UAI.
 
Haram? Bahaya. Haram sebab makan tak bayar. Betullah tu. Calitan nama belakang tu bermaksud ANDA BERTANGGUNGJAWAB DENGAN APA ANDA KATA. Betul, bila soalan bertubi tubi di utarakan senang sahaja jawapan kita, tanyalah individu itu ini yang penting aku lari/aku tidak terlibat/aku tak sabit perihal ini. Aku kongsikan sahaja, mana tahu benar atau tidak. Oh, kejamnya jawabnya. Kejam kejam kejam.

Perihal lain kata kata itu sebenarnya dari anda tapi melebalkan / mencalitkan nama anda sebenar seperti EN. MAIL atau nama samaran yang ada beri sendiri seperti BAJU OREN. Oh baru terkupas tajuk BAJU OREN. Patutlah tajuk nak nampak gempak/terkini/sensasi. Semua ini nak dapat perhatian. Tidak patut betul. Tidak mengapalah semoga apa kita lakukan dapat memberi sendiri nasihat buat diri kita sendiri atau semua. 

 

Ini masam adakala manis bergantung bagaimana dan cara kita pilih untuk menasihati seseorang. Bagaimana cara kita itulah usaha kita. Ada yang memilih untuk diam namun sia sia diamnya kerana tidak terlaksana konsep amal makruf dan nahi mungkar. Fikir fikirkanlah. Selamat beramal. :)



Selasa, 6 Januari 2015

QUDEWAH HASANAH


ASSALAMUALAIKUM. CORETAN PERIBADI. RENUNGKAN.
 
Firman Allah :
Maksudnya : “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah Al-Ahzab ayat 21).
Bulan ini bulan Rabiul Awal, bulan Maulidur-Rasul, bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW. Maka setiap 12 Rabiul Awal akan disambut dan diingati kelahiran baginda.

Maaf menegur sahabat semua. Ketidaksukaan, marah dan segalanya mohon maaf. Segala viral atau gimmik mahupun membentuk redhaanNya. Apa kita mahu ialah REDHA ALLAH namun bagaimana jika tidak melalui qudwah hasanah Nabi Muhammad. 

Tidak mahu menyentuh lamaran jenis melutut gaya barat di lokasi, pentas dan hal hal bersangkut pautan maksiat segalanya bagaimana mungkin redha Allah dicapai. Serupa jika Nabi pesan tunang di rahsiakan nikah dihebahkan sebagusnya tidak perlu menayang detik detik simbolik sanding sebelum nikah mahupun sekecik hal melakukan maksiat hati bersama seperti tag bersama di lokasi sama dan segala hal diviral / dihebah / di umum / ditayang / dimahu baca khayalak ramai dgn harapan SWEET nya padahal baru tunangan bahkan jika sudah nikah harus dikurangkan atau jangan FBkan rumah tangga. Namun gagal terlaksananya hari hari kita dengan mengikut QUDEWAH HASANAH NABI kita ni sebenarnya. Agak jauh semuanya. Sepatutnya jika kita sayang Nabi kita, sekecil hal kita ikut dan sebesar hal pun kita ikut. 

Allah pesan mahu RedhaKu maka ikutlah suruhanKu yakni kekasihnya Rasulullah s.a.w. Maulid baru sahaja berlalu namun maksiat pun mahu dilakukan. Astafirullah. Moga sama sama menasihati, lihat sahaja benci dalam hati atau melarang dgn perbuatan agar amal makruf nahi mungkar. InsyaAllah. 

Mula dengan redha, ditengahnya redha, InsyaAllah akhirnya redha. :)


Ahad, 4 Januari 2015

MISKIN. BURUK. CACAT.

 (GAMBAR HANYA ILUSTRASI)

Bismillah & Assalamualaikum w.b.r.

Pandanglah orang yg kurang mampu pada kita baru rasa syukur, rasa kehambaan akan merasap di jiwa dan perbuatan. 

Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim, 7)
 
Kebiasaannya, bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan; apa yang kita akan lakukan?
BERSYUKUR!

Ya, itulah yang seharusnya.

Tapi… bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang bersyukur?

Saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpan ujian. Mungkin dalam 100% hanya 5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian.
Sedarkah kita… beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.

Fiman Allah SWT:

“Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan; merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa – memelihara dirinya dari kejahatan.” (Surah Al-Baqarah, 177)

Saya pasti kalian mesti pernah dengar kata-kata ini:

“After every storm there is a rainbow.”

Selepas setiap guruh, adanya pelangi.

Walau apa juga ujian yang diturunkan, kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Allah.

Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat, asalkan hidup mendapat berkat.

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular