Assalamualaikum & Bismillahir Rahmanir Rahim.. Buat susah susah sahaja pulangkan bekal siap ada isi lagi. Saya ikhlas akak, pulang bekal kosong pun tidak mengapa. Susah susah sesuai digunakan apabila ada perasaan tidak berharap apa apa pembalasan, tetapi jika diberi mahu juga merasa dan dikira rezeki. Disituasi ini ramai yang meremehkan sebenarnya soal kemesraan jiran tetangga, tidak pernah atau senang sebut jarang sangat jika jiran sebelah memberi sesuatu dalam bentuk bekal atau bekas kita pulangkan bekal atau bekas yang sama tapi dengan keadaan kosong, semestinya pasti ada isi. Tapi perkara ini sudah diremehkan atau masih ada cuma jarang jarang sangat.
Saya dinasihati supaya berkata yang positif dahulu baru menyambung dengan yang negatif seperti perkataan Amal Makruf Nahi Mungkar, ajak perkara baik dahulu barulah mencegah. Jadi, Perkahwinan itu sesuatu yang Nabi kata sesiapa menolak perkahwinan dia bukan umatku, dan bukanlah hendak menumpang kisah gaduh akibat tidak cukup wang hantaran namun sebenarnya jika panduan cara Nabi ajar mendirikan rumah tangga diutamakan maka tidak berlaku perkara sunnah hendak di susah susahkan kerana ada yang bahagia hingga kini dengan hantaran yang tak seberapa. Islam sendiri tidak menekankan soal hantaran tapi memuliakan seorang wanita (bakal isteri/ pengantin) dengan mas kahwin. Jika perkara soal hantaran sudah jadi masalah maka semasa langsung untuk bergelar suami isteri atau berikutnya juga bakal terjadinya masalah. Wa'Allahualam, susah nak berkata seolah olah menghukum tapi inilah yang menjauhkan jodoh sesiapa sahaja jika hal duniawi diambil seolah olah tertera rukun akad nikah jika tidak dibuat. Renung renungilah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan