Sabtu, 22 September 2018

PERKARA BIASA



BISMILLAH DAN ASSALAMUALAIKUM

Alhamdulillah jari jemari masih memetik kekunci. Dulu ibu saya pesan, jangan sibuk ratib kekunci papan board dan kekunci aplikasi sahaja. Sesekali amik tasbih zikir tahmid, tasbih dan tahlil. JIka dulu diawal kemunculan saya ramai yang kenal saya meminati bahan bacaan selain cerita cerita atau buku buku motivasi saya meminati novel novel Islamik dan cinta. Masih dibenak pemikiran saya dinasihati jangan terlalu sibuk meneleah buku buku dunia, neleahlah buku buku akhirat.AL -Quran tu jangan simpan dirak sahaja.


Mungkin kata ibu itu doa dan dah ditinggalkan buku buku dunia.Diketepikan jari jemari memetik kekunci walhal sekali sekala memetik melepas kerinduan dan melempar idea idea dengan menulis dan memberi anda baca. Dalam  hidup perkara akan berulang, kita dahulu anak, kita kita ibu dan bapa, kita dahulu ibu dan bapa kini kita masih begitu cuma sudah menjadi nenek dan seterusnya. 

Apa perkara biasa tentang anda? Perkara biasa kalau kita selalu buat akan jadi biasa. Itulah kalau dulu dulu faham bahawasanya jangan biasa kan benda benda yang bukan bukan, nanti akan menganggapnya ianya biasa dan selalu lakukan.  Aku sudah biasa!!

Sabtu, 8 September 2018

SEMPURNAKAN



ASSALAMUALAIKUM DAN BISMILLLAH

Alhamdulillah. Bersua lagi mata pena hujung jari, blog cara menyampaikan yang sudah hampir dilupakan. Mohon maaf jika perbahasan dan penulisan ada menyinggung mana mana pihak yang tidak berniat sedikit pun lancang serta keras. Apa khabar semua? Harapnya semua berada dalam keadaan terbaik, diperelokkan iman, dimantapkan akidah dan bahagia di sisi orang tersayang, mereka pun sayang kamu.

“Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?” Baginda menjawab : “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (HR Ahmad).

Dalam hadith Nabi ditanya perihal mencuri dalam solat namun jika solat kita tidak lagi kita mencuri sendiri dalam solat kita perlu menyermpurnakan solat dengan melahirkan sifat kusyuk. Bagaimana? Saya mendengar di satu stesyen radio seorang ustaz menyenaraikan perkara berikut. Solat perlulah ditempat yg tanpa gangguan yakni bukan depan televisyen,bukan tempat anak anak bermain dan berlari, solat dengan berpakaian bersih, sebolehnya mandi dan bersugi dahulu sebelum solat. Juga jangan solat apabila perut dalam keadaan lapar. 

Jika perhubungan manusia itu kasih sayang, pengantaraannya itu talian komunikasi, maka perhubungan manusia dan Tuhanya yakni Allah S.W.T itu solat maka sempurnakanlah, perelokkanya dengan kebaikan dan keyakinan.

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular