Isnin, 25 Jun 2012

Kubelajar Makna Rewang

 

Apa maksud rewang sebenarnya? Rewang ni bahasa jawa, rewang bermaksud macam kerja-kerja tolong-menolong supaya majlis berjalan lancar. Kerja rewang termasuklah seperti bantu membasuh pinggan, memasak, bancuh air, angkat hidangan, dan lain-lain. Kebiasaannya asal ada kenduri belah-belah jiran terdekat je, mesti semua budak-budak kena balik kampung.

Kenduri walimatuurus dan kenduri sambut menantu saya yang lepas baru saya kenal pentingnya semangat rewang yg ada pada setiap individu. Semangat itu dari awal hinggalah akhir. Alhamdulillah, susah nak jumpa mcm tu. Kita rewang selalunya time time tertentu sahaja. Misalnya :

- Kerja Kahwin
- Buat bubur asyura
- Sembelihan dan akikah
- Masa maulud Nabi s.a.w.
- Masa orang baru masuk rumah
- Masa orang nak pergi umrah atau haji

Semangat rewang ni semangat yg sangat releven yakni semangat kerjasama dan boleh merapatkan silaturahim bersama ahli keluarga. Alhamdulillah.. Teruskan perkara baik.. :))

Sabtu, 9 Jun 2012

Hadiah Paling Berharga

 (Hantaran balasan dari pihak perempuan)

Assalamualaikum..  Lama menyepi.. Cuti buat persediaan pernikahan kot.. Alhamdulillah.. Ana dan isteri selamat diijab Qabulkan pada 8.6 (Jumaat Malam Di Kluang, Johor)..

 

Doakan Kami Bahagia Hingga Syurga.. Insya-Allah Ana akan kembali aktif menulis.. <3


Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular