Apa maksud rewang sebenarnya? Rewang ni bahasa jawa,
rewang bermaksud macam kerja-kerja tolong-menolong supaya majlis
berjalan lancar. Kerja rewang termasuklah seperti bantu membasuh
pinggan, memasak, bancuh air, angkat hidangan, dan lain-lain. Kebiasaannya asal ada kenduri belah-belah jiran terdekat je, mesti semua budak-budak kena balik
kampung.
Kenduri walimatuurus dan kenduri sambut menantu saya yang lepas baru saya kenal pentingnya semangat rewang yg ada pada setiap individu. Semangat itu dari awal hinggalah akhir. Alhamdulillah, susah nak jumpa mcm tu. Kita rewang selalunya time time tertentu sahaja. Misalnya :
- Kerja Kahwin
- Buat bubur asyura
- Sembelihan dan akikah
- Masa maulud Nabi s.a.w.
- Masa orang baru masuk rumah
- Masa orang nak pergi umrah atau haji
Semangat rewang ni semangat yg sangat releven yakni semangat kerjasama dan boleh merapatkan silaturahim bersama ahli keluarga. Alhamdulillah.. Teruskan perkara baik.. :))
Tiada ulasan:
Catat Ulasan