Assalamualaikum, bismillah. 2018 sudah 3 hari hari ini.
Selamat bertemu kembali. Awal awal ni biasanya muqadimah. Macam kita
baca buku, selepas kulit buku, kata penghantar pengarang, muqadimah
barulah isi kandungan. Muqadimah 2018 kalau di tempat blogger hujan,
dari 2017 hujan sampailah 2018. Ada beberapa tempat sudah dinaiki air.
Orang kita suka dan pandai bergurau, selalunya kalau masuk
tahun masihi baru je,pandainya mereka kata budak budak 88,89,90'an
bukanlah muda lagi. Kalau ada lahir 88, anda sudah 31 tahun, 89 - 30
tahun, 90 - 28 tahun. Begitulah seterusnya. Blogger pun bukan muda lagi,
dah beranak, pinak belum lagi. InsyaAllah, blogger akan sambung menulis
lagi, nak tidur sunnah kejap sebelum masuknya waktu Zuhur. :) wsalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan