Assalamualaikum dan bismillah..
Seorang jejaka yang tidak lulus ujian masuk universiti, dinikahkan 
oleh orang tuanya dengan seorang gadis pingitan di pekan dan ada 
pertalian. Untuk memberi nafkah kepada isterinya, dia mencuba 
menjadi guru sekolah tadika dan mulai mengajar. Oleh sebab tidak 
mempunyai kelulusan latihan mengajar, belum sampai satu minggu dia sudah
 diberhentikan.
 Setibanya di rumah, si isteri cuba menenangkannya
 dengan berkata: "Banyak ilmu dalam kepala, ada orang yang boleh 
menuangkannya, dan ada pula yang tidak. Tidak perlulah bersedih kerana 
hal ini. Mungkin ada pekerjaan lain yang lebih sesuai sedang menanti."
 Kemudian dia mencuba pula pekerjaan lain, namun dipecat juga kerana tidak cekap. Si isteri merenung wajah suaminya seraya berkata: "Kecekapan seseorang 
itu berbeda, orang lain sudah bekerja beberapa tahun lamanya, abang 
hanya lepasan sekolah; bagaimana boleh jadi cekap?"
 Dia mencuba lagi dengan pelbagai pekerjaan lain, namun tidak ada satu pun yang berhasil; semuanya gagal di tengah jalan.
 Namun demikian, setiap kali dia pulang dengan patah semangat, si isteri
 yang setia terus sahaja memberikan kata-kata perangsang; dan tidak 
pernah sedikit pun mengeluh.
Bila sudah berumur 30-an dan punya anak kecil 3 orang, dia mulai 
mendapat berkat sedikit demi sedikit melalui bakatnya berbahasa; dan 
menjadi seorang pembimbing di Pusat Ehsan.Kemudian dia membuka 
kedai kecil-kecilan menjual alat-alat bantu bagi orang-orang cacat, 
serta berhasil pula membesarkan kedai tersebut.Akhirnya dia 
menjadi pembekal tetap bagi peralatan orang cacat. Dan maju, serta 
memiliki kekayaan yang bertapak dari kedainya itu.
 Suatu hari, 
dia yang sekarang sudah berjaya, bertanya kepada isterinya: "Kenapakah 
ketika dulu masa depanku sedang suram, adik tetap begitu percaya 
padaku?"
Jawab si isteri sangat sederhana: "Sebidang tanah yang 
tidak sesuai ditanami gandum, boleh dicuba untuk ditanami kacang. Jika 
kacang pun juga tidak boleh tumbuh dengan baik, dicuba lagi tanami 
buah-buahan. Jika buah-buahan pun juga tidak boleh tumbuh, maka 
semaikanlah dengan bibit gandum hitam, pasti akan berbunga, kerana pada 
sebidang tanah itu pasti ada bibit yang sesuai untuknya; dan boleh 
menghasilkan tanaman yang bersesuaian pula."
 Mendengar penjelasan
 si isteri, menitislah air dari kelopak matanya kerana rasa terharu.... 
Keyakinan yang kuat, serta ketabahan dan kasih sayang si isteri, 
bagaikan sebutir bibit hitam yang harum lagi unggul.
Prestasi dirinya adalah berkat keajaiban bibit unggul yang kukuh hingga tumbuh kembang jadi kenyataan.Di dunia ini tidak ada seorang pun yang menjadi sekadar sampah 
merempat, akan tetapi seseorang itu hanya tidak berada di tempat yang 
tepat dan berkat.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan