Sabtu, 14 Julai 2012

Bukan Untuk Bangga


Pertama kalinya, bila menyebut Rasulullah. Alahai, rindunya.. Laukana bainana ya habib? Anda Rasulullah masih ada.. Jika Rasullah masih ada.. Jadi manusiakah kita? Kita selalu kata andai Rasulullah masih ada bersama kita, kita akan jadi baik, akan jadi lebih taat agama, lebih baik agamanya.. Itu kata mereka..

Rasulullah kata dalam hadithnya, Rasulullah kata umatnya yg tak pernah melihat beliau lagi baginda sayang dan kasihi.. Juga Abu Bakar Al-Siddiq pernah berkata, jika engkau beriman kepada Nabi Allah (Rasulullah), ketahuilah oleh kau Rasulullah telah meninggal lalu berimanlah kepada Allah semata-mata..

Saya suka, bila kita kata kita kata rindu Rasulullah, kita ikut sunnahnya sehari harian.. Mcm mana? Kita buat semua yg kita mampu semuanya sandarannya berdasarkan sunnah Rasulullah dan dapat gapai redha Allah.. Saya tak suka, seolah olah kita menyalahkan Rasulullah yg Beliau juga manusia cuma Allah utuskan Beliau sebagai utusan Islam buat kita. Ada yg menyalahkan bila Rasulullah tiada,manusia dah tak stabil.. Tolong sangat jangan salahkan Baginda..

Saya tak mau juga bila ada dikalangan kawan saya (semestinya golongan Adam) mcm saya melakukan Sunnah Rasulullah untuk buat orang bangga kat kita.. Misalnya,janggut yg disimpan untuk tunjuk dirinya hensem, bukan kerana nak amalkan sunnah Rasulullah.. Ya Rabbi, betulkan niat sahabatku...

P/S :  Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. (sallahualaihiwassalam)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular