Sepucuk surat terselit kemas di sebuah novel " Pemilik Cintaku selain Allah dan Rasul " lalu lembaran itu dibuku dan dibaca serta dihayati :
Kehadapan isteriku yg kunikahi kerana Allah : -
"Isteriku,daku mengingatimu yg sebenarnya satu pun perkara, kamu wahai isteriku tidak boleh membantah kata-kataku melainkan apa yg menjadi suruhanku itu dalamnya terdapat larangan Allah dan kemungkaran oleh Allah S.W.T. Tapi itulah isteriku, telah aku longgarkan kepadamu banyak perkara dan tidak mahu terlalu menekan agar kamu bijak dan faham bermain dgn situasi dan tanggungjawabmu sebagai seorang isteri".
"Isteriku yg kucintai kerana Allah, saban hari kita bersama mendengar kuliyah Ustaz mahupun Ustazah dan kesukaanmu Ustaz Azhar Idrus (UAI) tentang tanggungjawab kita bersama kerana dirimu isteriku dan aku suamimu dan tanggungjawab itu menekan perihalmu menjaga keperluan suamimu dan aku memenuhi keperluanmu.. Isteriku, tanpa suruhanku bukan bermakna tak perlu atau tidak payah kerana 'suruhan' bukanlah menjadi satu ucapanku yg mereka anggap kuasa 'vector' bahkan daku suamimu mahu dirimu isteriku memahami tugasmu menyediakan keperluanku tanpa perkataan 'suruhan' dariku.."
"Diakhirnya isteriku, insya-Allah penemanku disyurga.. Syurga dibawah tapak kakiku suamiku,bantulah daku agar syurga itu masih berhak dibawah tapak kakiku yakni suamimu wahai isteriku. Sekian..."
PS : Pesanan ini Ana suratkan agar anda dapat yg tersirat disebalik 'surat' yg tersurat..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan