Kekadang manusia ini meragam dengan pelbagai ragam
Ke mana arah tuju dia menuju
Selok belok yang berliku tiada siapa dapat meramal ia berlalu
Mengejar detik menjauhi masa tak terucap kaku..
Manusia sering alpa sering leka
Sering mencari apa yang tiada tak menghargai setelah ia tiada
Teriak memanggil penat lelah mencari
Bila sudah ada dibuang tak berfikir dengan waras
Kenapa manusia begini di tinggal dengan kebiadapan diri tak terucap...
Tuju ke mana arah tujumu berlalu
Waras mana kewarasanmu dihitung
Tuju kewarasanmu bersatu agar terucap kenapa kebiadapanmu
Menjawab kenapa keangkuhan dan kebongkakkanmu wujud
Menghitung kenapa kau pamer kehebatanmu merendahkan lainya
Mempersoalkan masa yang rugi akibat ketidakewarasanmu..
Kembali kau waraskan dirimu
Menjawab, menghitung dan mempersoalkan dirimu
Mengoyahkan keangkuhanmu dan ucapkan tuju dirimu
Di situ kau merasa tenang idaman kalbu dan kembalilah
Kembalilah Dirimu Berfikiran Waras..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan