Sabtu, 31 Disember 2011

Ajak Allah Berbincang

 

Awak, kalau saya ada dua tawaran ke universiti yang mana bagus ea? UXX ke UXXX di XXX? Aku nak beli kereta ni? Kau rasa jenama apa okey? Sporty ke biasa je? Forte Kia best gak, Honda Civic power loo... Mak mak, kalau udin jadi lawyer best tak? Ke mak nak udin jadi guru? Dah dah cukup cukup semua..

Boleh sebenarnya kalau kita minta pandangan orang dalam segala hal pun.. Walaupun dalam, bab makan, tak kisah sebenarnya. Cuma Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. menganjurkan kita istikhoroh sebelum membuat keputusan atau kita tersepit dalam membuat keputusan. Apa maknanya tu, maknanya kita ajak Allah berbincang sekali. Benar, jangan marah. Agak kasar bunyinya 'ajak Allah berbincang'. Namun dalam bahasa lainnya dahulukan istikhoroh daripada minta pendapat orang.. Insya-Allah ea? sama sama kita berpesan sesama kita..

Waktu Solat Istikharah

Sebelum ini juga ada menyatakan masa solat istikharah ini pada bila-bila masa sahaja kerana solat istikharah ini tidak ditetapkan hanya waktu tertentu sahaja. Waktu yang terbaik melakukannya adalah pada 2/3 malam iaitu sekitar jam 2  pagi atau 3 pagi. Ini kerana ketika ini, selain semua orang sudah melelapkan mata di buai mimpi, tambahan pula keadaan sekeliling sudah pun mulai tenang, kita boleh memberi konsentrasi dalam mengerjakan solat sunat istiharah ini.
 

Niatnya Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Bacaan Rakaat Pertama

Surah Al-Fatihah
Surah Al-Kafirun (atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik)

Bacaan Rakaat Kedua

Surah Al-Fatihah
Surah Al-Ikhlas (atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik)


Doa solat Istikhoroh


 
Bermaksud:

Ya Allah, aku memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kekuasaanMu juga aku memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusanku ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikalau di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.
   - Semoga kita hadirkan Allah dalam perbincangan kita

P/S : Ana pernah diajar buat istikhoroh sebelum tidur yakni solat sunnat Istikhoroh sebelum tidur pastu terus baca doa tidur, tidur.. Jangan berkata apa apa atau buat apa apa selepas solat yakni terus tidur..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular