Isnin, 5 Disember 2011

Menjawab Persoalan

 

Pertamanya Ana diadapkan satu persoalan : "Apakah kebaikan (fadhilat) puasa 10 Muharram?"

Sebelum Ana menjawab dengan panjang lebar, Ana ingin mengingatkan diri Ana dan antum mahupun Antuna sekalian bahawa apabila datang perkhabaran (ilmu) melalui Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah serta para sahabat tentang sesuatu kebaikan walapun sunat serta sangat dituntut untuk kita lakukan waspadalah daripada bertanya apakah kebaikan mahupun fadhilat melakukan ini dan itu walhal bertanyalah kenapa perlu melakukan amalan ini dan amalan itu.. Ana risau kita terlalu mahu melakukan sesuatu kerana mengharapkan fadhilat semata mata dan juga amat khuatir ada yang melakukan dan memilih hanya melakukan amalan amalan tertentu berdasar fadhilat ini dan itu walhal kerdil sangat sebenarnya segala nikmat limpah dan kurnia Allah dah beri banyak kat kita.. Bah kata lagu "Rabbani - Mana milik kita?" Tiada pun semua milik Allah.. Benarkan? Jadi lakukan dengan ikhlas tanpa bertanya fadhilatnya.. Semoga kita tergolong dari orang orang yg bersyukur dan Kami dengar serta kami patuh...

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w bersabda,
 
Puasa yang paling utama sesudah puasa Ramadlan adalah puasa pada Syahrullah (bulan Allah) Muharram. Sedangkan shalat malam merupakan shalat yang paling utama sesudah shalat fardhu.” 

(Hadith Riwayat Muslim)

Hadits ini menganjurkan supaya kita memperbanyak puasa pada bulan Muharram bukan seluruhnya.

Puasa ‘Asyura

Pada umumnya dianjurkan untuk memperbanyak puasa pada bulan Muharram ini. Hanya saja perhatian khusus Syariat tertuju pada satu hari, yaitu hari ‘Asyura. Berpuasa pada hari tersebut bisa menghapuskan dosa setahun yang lalu.

Rasulullah s.a.w bersabda :

Puasa hari ‘Asyura, sungguh aku berharap kepada Allah agar menghapuskan dosa setahun yang telah lalu. 

(Hadith Riwayat Muslim)

Bilakah Hari ‘Asyura Itu?

Hari ‘Asyura adalah hari kesepuluh dari bulan Muharram.

‘Asyura adalah hari kesepuluh dari bulan Muharram. Ini merupakan pendapat Sa’id bun Musayyib dan al-Hasan al-Bashri yang sesuai dengan riwayat dari Ibnu ‘Abbas, “Rasullah s.a.w memerintahkan berpuasa pada hari ‘Asyura, hari kesepuluh dari bulan Muharram.” 

(Hadith Riwayat. al-Tirmidzi, beliau menyatakan hadits tersebut hasan shahih)

Diriwayatkan dalam Shahihain, dari Ibnu ‘Abbas, Ibnu Umar, dan Asiyah bahwa Nabi s.a.w telah berpuasa ‘Asyura dan memerintahkan untuk berpuasa padanya.

Ibnu Abbas r.a. pernah menceritakan tentang puasa Nabi s.a.w

Aku tidak penah melihat Nabi s.a.w bersemangat puasa pada suatu hari yang lebih beliau utamakan atas selainnya kecuali pada hari ini, yaitu hari ‘Asyura dan pada satu bulan ini, yakni bulan Ramadhan.” 

(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya: Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik di mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. 
 
Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini. Puasa 3 dari setiap bulan sejak dari Ramadan ke Ramadan berikutnya dianggap berpuasa setahun penuh. Sedangkan puasa hari Arafah pahalanya di sisi Allah akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya. Adapun puasa hari Asyura, pahalanya di sisi Allah dapat menghapuskan dosa setahun sebelumnya.
 
Wa'Allahu ta'aalam..
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular