Membincangkan tentang sesuatu yang sudah lama ada namun baru di ambil berat dan di angkat tinggikan perkara ini.. Degree kesalahan merupakan titik ukur sehari dalam hidup kita sama ada kita banyak buat salah atau kita banyak buat kebaikan..Umpama waffle atau sebuah kek yang bulat atau senang kata carta pai yang bulat berapa peratus yang kita penuhi dengan ibadah dan berbuat ketaatan, kerja, makan dan minum, riadah, berbuat dosa dan lain lain..
Cuba lakar satu degree kehidupan ada setiap hari.. Kebanyak manusia sekarang tidak menjalani tugas sebagai seorang manusia malah mereka cuba ambil alih tugas Allah S.W.T. Bagaimana tu? Ana bawakan satu contoh, contohnya tugas manusia berusaha untuk berjaya tapi hamba Allah ni lakukan tugas Allah mahu berjaya tapi tak mahu berusaha malah membuat helah untuk berjaya seperti meniru, memberi dan menghulur (rasuah), melakukan riba dan sebagainya.. Hamba Allah ini bukan mahu berusaha untuk berjaya malah dia kata dia akan pastikan berjaya tak kisahlah dia potong jalan orang dalam kata lain dia cuba mengubah takdir dalam balasannya tempias musibah pada orang lain.. Baginya dia merangkul kerjayaan bagi dirinya namun dia tak peduli apa pun terjadi pada orang lain..
Itu pentingnya degree kehidupan mana tahu kita ada termakan dengan hak orang lain.. Kita ada buat perkara yang tak patut kita buat dalam sehari.. Degree kehidupan merupakan muhasabah diri seperti yang kita lakukan sebelum kita tidur atau cara cara yang lain... Wa'Allahu'alam...
Assalamualaikum,
BalasPadamSyukran untuk peringatan.
Semak amalan kebaikan yang dilakukan sekurang - kurangnya 3 kali. Awal tengah dan akhir. Jika tersasar diawal, maka istighfar begitulah seterusnya sehingga dipenghujung amalan. Kemudian, bersangka baiklah dengan Allah bahawa amalan yang kita lakukan tadi Allah terima.
(^-^)y
"Hidup itu agama"