Apa ke pelik sangat tajuknya.. Kasar pula tu beraku dan berengkau ni.. Mana taknya tajuk memainkan peranan yang penting dalam segala hal.. Akhbar laris kerana apa kerana tajuknya laris, novel, majalah dan apa pun bahan media cetak lain kerana laku dan laris sebabnya tajuknya yang mengancam atau lebih sesuai sensasi bukan panas dari pembakar tapi segar dari sumber ladang..
Aku engkau saya tafsirkan bahawa aku itu kata ganti diri bagi saya sama ada lelaki atau perempuan atau seorang merujuk kepada diri kita dan engkau itu merujuk pada diri awak, kamu, dia bagi lelaki dan dia bagi perempuan.. Kenapa frasa aku dan engkau.. Kerana mudahnya aku engkau yang terecetus idea di minda ini bahawa aku merujuk kepada seseorang selalu mendatangi kita sama ada memberi teguran dan nasihat barangkali dia berpegang kepada kalam Allah yang menyebut berpesan pesan kepada kebaikan/ kebenaran dan diungkapkan supaya dalam masa kita berpesan itu perlu ada kesabaran dalam diri (aku) seseorang itu.
Manakala engkau merujuk kepada orang yang menerima nasihat itu diibaratkan kawan, teman, Abang adik, kakak Abang, sesiapa sahaja lebih tepat dikatakan saudara/i seIslam, semuslimin/mah atau seagama..
Aku Engkau = Kita yang berada dalam frasa aku ini sering menasihati orang orang yang berada disekeliling kita yang merujuk kepada engkau agar berubah atau memberi peringatan kepada salah silah atau kealphaan yang biasa membuat salah.. Biasanya ia merujuk kepada nasihat yang agar penting untuk mengelakkan engkau berterusan membuat salah atau engkau berubah..
Namun Engkau Engkau merujuk kepada diri si penerima nasihat atau teguran dan dirinya sendiri sama ada mahu atau tidak mendengar. mengkaji dan meneliti nasihat yang aku (diri kita) menasihati tinggal lagi diri engkau engkau memulakan langkah pertama untuk berubah atau tidak mengendahkannya..
Benar, amat benar.. Kubur masing masing di situ baru boleh Engkau engkau atau aku aku kerana pada waktu itu tiada yang dapat menolongmu melain 3 perkara yakni : Doa anak yang soleh, Ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah yang engkau buat sewaktu di dunia.. Juga tiga yang menghantarmu ke liat lahat.. Yaitu, keluarga, harta dan amal.. Dua daripadanya akan pulang dan satu yang akan tinggal yakni harta dan keluargamu akan pulang manakala amalmu akan tinggal bersamamu..
Renung renungkanlah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan