Ahad, 11 Disember 2011

Banding Anak Dengan Monyet

 

 Ana terdengar satu perbualan...

Monyet-monyet di rumah tu kalau cuti sekolah.. Bil melambung.. Televisyen hampir 24 jam buka.. Tak ade kerja lain.. Buat habis beras rumah aku je.. Ada anak macam tak ada je.. Sama je, monyet monyet tu ada rumah makin sepah ada.. Bukan nak tolong ringankan beban malah ditambahnya lagi.. Bil melambung, rumah kotor, pagi pun bangun nak kena kejut.. Buat menyusah je..

Dalam hati sabar je dengar..

Salah siapa tu.. Salah ibu bapa 99% sebenarnya..

Kenapa?? Sebab ----->

Anak yang lahir ibarat kain putih, ibu bapa yang mencorakkan mereka samada menjadi seorang insan yang baik atau tidak. Ibu mengandung menjaga minda dan emosinya kerana ia secara langsung akan mencorak minda anak yg sedang dikandung. Ayah juga tidak secara langsung mencorakkan juga pemikiran anak dr tingkah laku terhadap isterinya yg sedang mengandung itu. 
 
Semua emosi ataupun perasaan yg ada pada seseorang itu akan mengubah fisiology badannya secara kimia, emosi yg baik memberi manafaat dan emosi yg negatif adalah perosak. Di dlaam keadaan stress darah akan kurang mengalir kebahagian depan otak (frontal lobe) yang mana itu adalah otak yg berfikir, ini menyebabkan manusia lebih mengambil tindakan tanpa berfikir yg selalunya dari memori (yang dilihat atau didengar sebelum ini). Janin yg sedang membesar didalam kandungan juga turut merasa kesan emosi tersebut melalui placenta atau pun tali pusat. Placenta bukan setakat menyalurkan makanan ataupun untuk perkumuhan, semua yg dilihat, didengar, di rasai oleh ibu akan turut dirasai oleh janin kesan dari kimia-kimia emosi yg dirembes oleh otak (hipotalamus, pituatary) dan juga kelenjar adrenalin yang mengeluarkan hormon stress.
 
Jadi wajarkah kita ibaratkan anak anak kita dengan monyet.. Kita fikir mudah cukup.. Manusia dan monyet (haiwan) di beri otak cuma manusia diberi kelebihan sebagai khalifah muka bumi dan mempunyai akal.. Kita lahir dari keturunan nabi Adam bukan monyet macam teori orang puteh..  
 
Mendidik anak dengan ikhlas, sungguh-sungguh dan penuh kasih sayang akan memberi kesan psikologi yang dalam kepada anak. Anak-anak yang dibesarkan dengan kasih sayang akan membesar diiringi perkembangan emosi yang stabil. Malah anak-anak lebih cenderung mentaati dan menghormati ibu bapa yang menggunakan pendekatan yang sedemikian.

Sebuah hadis Rasulullah s.a.w bermaksud:

Sesiapa yang tidak menyayangi manusia, maka dia tidak akan disayangi oleh Allah
 
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak perlu dibesarkan melalui kasih sayang lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Peringkat remaja merupakan fasa yang kritikal kerana banyak pengaruh luar sedang menarik perhatian mereka. Menurut kajian, persekitaran dan rakan lebih berpengaruh berbanding ibu bapa pada usia remaja. Oleh itu Ibu bapa perlu menzahirkan kasih sayang tetapi hendaklah dalam bentuk yang sesuai, dan bukan dengan kebendaan semata-mata bagi meraih pengaruh daripada anak-anak. Walau bagaimanapun tempoh masa amat diperlukan bagi menzahirkan betapa anda mencintai dan menghargai mereka dengan kasih sayang.

8 tips mempamerkan kasih sayang ibu bapa kepada anak

1. Sentuhan

Sentuhan sederhana pada kepala, bahu atau belakang ketika bercakap dengan mereka. Kadang kala, sifat ego ibu bapa menghalang sentuhan di dalam sesetengah keadaan khususnya terhadap anak remaja. Sedangkan kesan sentuhan terhadap anak remaja adalah lebih ketara berbanding kanak-kanak yang lebih muda usianya.

2. Berbual

Berbual dengan mereka mengenai perkara yang mereka minati. Luangkan sedikit masa anda bersama untuk berbual mengenai kecenderungan dan minat mereka. Tawarkan bantuan dan tunjukkan sokongan sekiranya minat dan kecenderungan mereka tersebut merupakan sesuatu yang memberi manfaat buat mereka serta tidak bercanggah dengan ajaran agama.

3. Ungkapan

Zahirkan kasih sayang melalui ungkapan. Anda boleh memberitahu mereka bahawa anda mengasihi mereka. Mungkin juga sebuah ungkapan berbunyi – “Umi sayang pada Farid, Farid sayang umi tak?” Ungkapan seperti ini mesti disesuaikan dengan situasi yang tenang dan jauh daripada kebisingan supaya memberi kesan yang lebih baik.

4. Mendengar

Luangkan masa mendengar dengan aktif (mencerap) – Sifat ini sukar dipraktikkan bagi ibu bapa yang terlalu sibuk. Lima minit yang anda luangkan untuk mencerap terhadap keluhan, cerita dan bisikan daripada anak-anak akan memberikan makna dan kesan yang sangat baik untuk jangka panjang.

5. Menatap wajah
 
Melihat wajah anak ketika bercakap. Merenung mata dan wajah anak dengan penuh kasih sayang ketika bercakap, akan memberi kesan emosi yang dalam. Perhatian mereka terhadap percakapan ibu bapa juga meningkat dengan merenung wajah mereka ketika bercakap malah walaupun percakapan berbentuk memberi arahan. Malangnya, ada ibu bapa terlalu sibuk sehinggakan bercakap dengan anak tetapi muka mengadap ke komputer atau menoleh ke tempat lain.
Sedangkan Rasulullah mengajar kita supaya menghadap badan kepada seseorang ketika bercakap dengannya, bukan sekadar menolehkan muka kita kepadanya..

6. Berkongsi perasaan

Tidak salah kita berkongsi perasaan dengan anak-anak asalkan bersesuaian dengan tahap mereka. Walau bagaimanapun pastikan supaya perkongsian tersebut berunsur perkara-perkara positif yang mana dapat meningkatkan tahap kualiti emosi mereka. Ibu bapa yang bijak melayan perasaan anak-anak akan berjaya menawan hati mereka lantaran meningkatkan kecenderungan untuk sentiasa berkongsi masalah yang dihadapi oleh mereka dengan ibu bapa.

7. Suapkan makanan

Ketika anak masih kecil, sememangnya ibu bapa akan suapkan makanan dan merupakan aktiviti yang seronok. Cubalah suapkan makanan ke mulut anak sekali sekala walaupun mereka sudah remaja. Ramai pakar menyarankan supaya ibu bapa dapat makan bersama anak-anak sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.

8. Beri pujian

Beri pujian sekiranya mereka memperolehi sesuatu pencapaian walaupun sekecil-kecil alasan. Pujian merupakan penghargaan. Penghargaan yang diberi melambangkan sebahagian kasih sayang. Buktinya, orang yang tidak menyayangi kita, tidak akan memuji kita dengan ikhlas

Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapa yang bertanggungjawab mencoraknya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular