Mengetahui perkara itu.. Berat dan serabut fikiran.. Namun hadirnya ramadhan kurangkan sedikit bebanannya.. Anda rasa apa apabila ramadhan menyinggah? Pasti ada rasa menganggap ianya ramadhan terakhir? Pastinya aku juga begitu.. Merasakan begitu dan mahunya aku lakukan terbaik dalam ramadhan ini.. Namun sakit dan musibah yang Allah berikan itu sebenarnya buat kita lebih matang..
Astafirullah pelbagai yang dihadapi tahun ini.. Perit dan bahagia.. Bagaimana kalau kita menjadi 'ego untuk menjaga hati kita'? Yalah, kita tahu ragam orang disekeliling kita. Ada yang mengambil kesempatan atas kita dan tetiba membenci kita.. Asam dan garam hidup, perit dan jerit hidup ini perlu dihadapi tapi sejauh mana kita mampu. Sejauh mana kita mampu tanggung, sejauh mana kita sanggup hadapi.. Semalam Ana faham tentang jodoh.. Jodoh itu seperti rezeki.. Rezeki perlu dicari.. Dapat tak dapat itu lain cerita yang penting kita usaha.. Ana berusaha untuk jodoh.. Namun entahlah.. Mungkin belum lagi masanya.. Pelbagai halangan dan peristiwa.. Ana belum lagi temui jodoh yang sesuai walaupun Ana dah berusaha.. Ana masih selamanya pegang bahawa 'Allah tidak akan beri apa yang kita minta tetapi Dia akan beri apa yang kita perlu'.. Insya-Allah, carilah ketenangan diri untuk semakin bertenang buat hari hari akan datang.. Risau itu perlu tapi ada hadnya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan