Saat hatiku ingin bernikah.. kenapa bukan tajuk itu kuletak.. Benarkah aku sudah dalam katogeri wajib nikah? Susah nak kata apabila tiada calon yg sesuai.. Mana taknya hidung tak mancung, pipi tak tersorong sorong.. Bukan itu ukurankan dalam soal hati ini.. Tak tahulah.. Apabila sudah ada calon pelbagai yg berlaku.. Terguris benar hati ini.. Menangis kusendiri.. Mungkin belum masanya.. Kadang kadang cuba lupakan apa yang berlaku.. Cuba belajar ketenangan untuk bertenang.. Rasa teraniaya kekadang.. Apa salah diri.. Mungkin ada salah diri ini.. Ada terkhilaf suatu hari dulu.. Orang kata kalau susah nak jumpa jodoh ni kita akan jumpa yang benar benar molek buat kita suatu hari nanti..
Sabarlaha duhai hati yang 'terguris merindu untuk menikah'.. Allah telah tuliskan jodohmu.. Jauh atau dekat.. Sebelah atau sejengkal kalau terpisah maka akan bersua juga.. Jodoh rahsia Allah yang diibaratkan satu sampul surat putih di dalamnya kertas yang putih di mana ada satu nama yakni jodohmu dan surat itu milik Allah selain-Nya tidak layak membukanya..
Doalah semoga dikurniakan isteri solehah penyejuk mata penawar hati dan zuriat yang soleh/ solehah.. Di kesempatan ini Ana ucapkan tahniah buat sahabat Ana yang selamat diijab qabul pasangan Nooraini Amir Hassan dan Nizam.. Semoga kalian diberkati dan dirahmati.. Barakallahufikum..
Assalamu'alaikum wbt
BalasPadamMaaf segala salah silap, semuanya bagaikan mimpi. Tiada tanda dan amaran. Kita sahabat selamanya...