(Di pagi hari raya)
" Assalamualaikum w.b.r. Salam Eidul Fitri dan salam lebaran. Ana peribadinya memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki salah silap, dosa dan kekhilafan diri ini sepanjang mengendalikan blog ini. Juga memohon kemaafan kepada sesiapa yang mengenali diri ini dengan ucapan Selamat hari raya Eidul Fitri. Yang memandu hati hati memandu, yang bersuka ria berpada pada dalam kegembiraan dan diharapkan amalan ramadhan lalu dapat di istiqomahkan pada bulan syawal pula. Minal Eidil Wa Faizin dan taqqaballahu min qum.. "
Ucapan raya sahabat-sahabat (terima kasih)
Muhd Aizuddin
Setitik embun di pohon rimbun,
Diatap nipah air bergenang,
Dosa bertimbun mohon di ampun.
Silap & Salah jangan dikenang..
Salam Aidilfitri maaf zahir batin =) Take care
Ustaz Nazri
Kullu'Ann wan Antum bi Khaiir
Ustazah Sharifah Ilyani
Salam aidilfitri. maaf zahir batin
Norhashimaa
Saya juga ingin memohon maaf atas segala salah silap.
Salam eidulfitri.
Kamalia
Kama pun yea.. Eid Mubarak :-)
Ukhti R
Kepada sahabat2, akak2, adik2,
andai tersalah kate,
terlebih gurauan yang menyakitkan hati,
terambil barang tanpa disedari,
tercuri hati (erk, ni salah taip ni, hehe)
halalkan makan minum saya ya, harap raya tahun ni
memberi 1001 kegembiraan dan keberkatan pada semua
dan dalam kerahmatan Allah. Wasalam.
Mak angkat Perak
indah Ramadhan kerana keinsafan, Indah Aidilfitri kerana kemaafan..
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.. ikhlas dari kami sekeluarga..
Rafiequdin
Semoga Ramadhan yang bakal berlalu membawa rahmat kepada kita semua
dan semoga Syawal yang bakal menjelang mengeratkan lagi tali
persaudaraan sesama kita, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. =)
Ramzi
Kambing Biri2 naik LRT, katak pisang tercekik tulang,
walaupun sms saja yang diberi,
itulah tandanya ingatan tak hilang.. Selamat hari raya maaf zahir & batin.
Farhanah Hazwani & Asma
"Sebening air wudhu' sesuci Al -Quran, semerdu alunan zikir,
Seindah solat 5 waktu, setenang hati yang tiada rasa benci & dendam.
Juka tangan tak sempat berjabat, wajah tak sempat bertatap,
bukalah pintu kemaafan untukku, Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Syukri Bin Sohor
Memang esok hari raya, Burn dosa sudah di terima
Ku kirim mesej penganti kad raya
Harap saudara dapat terima
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin di Pinta.
Sharmimie Farhana Bin Marzuki
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
dalam gurau & senda tentu ada khilaf dan dosa,
MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN
DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI..
Noor Insyirah
Selamat hari raya maaf zahir batin juga. Shah tiada salah pun.
Ana minta maaf juga ye?
Amar Bin Hamid
1 Syawal menjelang tiba, takdbir bergema mengegar jiwa,
Sekiranya ada salah dan silap dosa,
ampun maaf dipinta, dihari mulia,
Selamat hari raya aidilfitri..
Maaf zahir dan batin dari saya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan