Rabu, 31 Ogos 2011

Bukan Syawal Kali Ini

 

Ramadhan telah dua hari pergi.. Syawal berkunjung dengan elok sekali namun entah syawal ini bukan untukku.. Untuk merasai syawal akan datang syaratnya menempuh ramdhan pada tahun akan datang maka masihkah ada ramadhan dan syawal buatku untuk tahun itu?

Setiap perkara bermula dengan hati.. Jika baik maka merujuk pada hati.. Jika buruk juga merujuk pada hati.. Syawal ni kemenangan bagi hati hati yang berjaya mujahadahkan nafsunya di bulan ramadhan.. Alhamdulillah.. Insya-Allah semuanya berjaya menempuh bulan ramadhan.. Dan ada sudah menyambung puasa 6.. 

Pelbagai ragam syawal ni terutama adik adik kita (kita pun pernah merasai zaman kanak kanak) bagi meraka masa ni nak 'kumpul' duit raya. Tapi elok elok ea jangan sampai kita meminta minta dan diam je walau  berapa yang tuan rumah sedekahkan.. Syawal ni satu lebaran baru sebenarnya.. Banyak amalan sedekah dalam bulan syawal ini.. Jika dahulu masa bulan ramadhan kita rajin bersedekah maka kita boleh teruskan amalan sedekah pada bulan syawal pula.. Begitu juga ibadah puasa.. Puasa yang diwajibkan hanya 30 hari di bulan raadhan namun usahlah kita hadkan ibadah itu. Kita teruskan meraih pahala dengan puasa 6 dalam bulan syawal pula serta boleh juga kita puasa sunat setiap Isnin dan khamis juga setiap pertengahan bulan bulan yang lain..

Seronok berkunjung pasti perut terisi.. Jaga jaga permakanan kita.. Risau bab bab makan sekarang ni.. Maklumlah negara kita ni negara yang terdapat pelbagai makanan.. Kueh sahaja pelbagai jenis belum lagi lauk pauknya.. Makanan beratnya..  Berat badannya pun bertambah.. Sakitnya pun pelbagai nanti.. Jagalah kesihatan anda di bulan syawal ni.. Kemas kinikan diri anda untuk kembali bertugas nanti.. Insya-Allah.. Taqqaballahu min qum..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular