Selasa, 23 Ogos 2011

Kerana Kau Isteriku


Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami. Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, di mana suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya.

Dalam setiap institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya. 

Memang isteri perlu taat pada suami tetapi taat yang mesti seiring dengan ajaran Islam. Bukan taat secara membuta tuli. Taat dulu kepada Allah S.W.T. lalu ketaatan itu dijanakan pula dengan tingkahlaku taat kepada suami.

Seorang isteri perlu menjadi seorang isteri yang baik sampai bila-bila. Jika apa yang terjadi padanya sebagai contoh didera, mereka perlu memikirkan bahawa ini adalah ujian dari Allah kepada mereka." - Ada yang masih sabar dengan suami.. (kata seorang wanita)
 
Setiap apa yang jadi ada hikmahnya. Seperti kisah Firaun dan Asiah. Firaun suami kepada Asiah dan dia mengaku dia itu Tuhan. Tetapi, akhirnya Asiah masuk ke syurga,katanya.
 
Diizinkan isteri didera seperti Asiah dan disuruh bersabar kerana itu ujian daripada Allah? Tak dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan supaya deraan itu segera dihentikan? Maaf la, tapi pada pengetahuan saya, itu bukanlah sebagaimana yang diajar dalam Islam! Bersabar memang perlu bersabar tetapi bukan bersabar sehingga dicederakan/dibunuh seperti Asiah didera Firaun.
 
Isteri acuan al-Quran taat pada suami yang soleh, bukan secara membabi buta.Dalam Islam, juga wajib bagi suami melayan isteri dengan baik dan memenuhi hak-hak isteri seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saw, dan tiadapun disuruh isteri bersabar sahaja apabila didera suami.
 
 Taat pada suami dalam erti yang tepatnya taat selagi suami tidak menyuruh melakukan perkara perkara yang boleh menyakiti dirinya dan melanggar perintah Allah.. Ada yang kata seorang isteri itu senang ke syurga pabila mana dia patuh atau taat perintah Allah, taat perintah ibu bapa dan taat perintah suami.. Tapi yang menjadi persoalannya fahamkan mereka caranya dan insya-Allah wanita kita makin matang dan makin kental mempertahankan agama yang ada dalam diri walaupun baru hanya sekelumit.. Wa'Allahualam..
 
(Ana tak berani nak mendalamkan Isu ini, isu sensitif pada wanita)..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular