Ilmu itu bagai haiwan yang liar dan tali pengikatnya adalah catatan... Dan Ilmu itu jika haiwan liar perlu ada Tuan menjinakkannya dan mengembangkan zuriatnya.. Sebarkan ilmu pastikan yang SHOHIH!!
Wahai Maryam, Taatilah Rabbmu ( Tuhanmu ), SUJUD dan RUKUKlah bersama orang2 yang rukuk... surah ali-imran ayat 43...
:: Mahu menjadi wanita SOLEHA,,,contohilah Maryam,,,mentaati Allah, banyak sujud dan rukuknya....Allahurabbi...wahai para wanita usaha jadi seperti Maryam...♥
Bagi yg sudah bernikah pernah tak menutup malam dengar surah al-mulk
bersama isteri? Pernah tak mengaji dan sujud buatnya tika dia 'tidak
boleh' ? Ana percaya wanita solehah dia tidak mengeluh apabila Allah anugerahkan 'kerehatan' yang kekadang melemahkan dan menyakitkan mereka. Malah, ada wanita solehah rindu akan sujud dan mengaji Al-Quran seperti kebiasaan yang dilakukkan.
Kita sebagai pelengkap diri mereka tidak ada salahnya mengubat kerinduaan pasangan kita dengan memperdengarkan bacaan
Al-Quran dan solat dihadapannya walaupun solat sunat agar kerinduaan dia
pada aktiviti mengaji dan bersujud terubat apabila dia 'tidak boleh'..
Insya-Allah.. Bina keluarga sakinah, mawardah dan warrahmah...
P/s : Suatu masa nanti, Tak 'owesome' lah bila lelaki lebih faham aurat wanita daripada wanita itu sendiri pabila melihat keadaan zaman sekarang ni..
Cari Cari Pilih Pilih.. Murah murah.. Tiga sepuluh.. Selonggok Sepuluh ringgit.. Murah murah.. Ops.. Ini suasana pasar malam.. Memilih pasangan hidup bukan macam ni.. Bukan murah murah.. Bukan tiga sepuluh.. Bukan kita (sama ada lelaki dan perempuan) nak guna si dia (sama ada lelaki dan perempuan) sehari dua tau.. Bukan setahun dua tau.
Bila kita mahu mencari seorang pasangan pastinya kita mahukan yang sempurna dari setiap sudut namun kita tahu sebenarnya tiada manusia sempurna di dunia ini dan si polan atau si pulina itu yang tertulis jodoh kita atau yang kita pilih sebagai pasanganhidup kita tidaklah sempurna yang kita harapkan tapi tiada salahnya renung dan rintai rintai bagaimana kita mahukan imam yang bakal memimpin kita bagi golongan hawa dan bagaimana makmum yang kita mahu mendampingi hidup kita bagi golongan Adam..
Bagaimana bakal imammu wahai hawa dan bakal makmummu wahai Adam ? Adakah dia mendirikan solat 5 waktu? Adakah kita tahu dan pernah kita tanya bakal pasangan kita yang kita pilih kerana agama tentang solatnya? Cukupkah 5 waktu? Di awal waktukah? Tidak mencuri dalam solatkah? Susahkan kita nak pastikan.. Tapi tiada salah kita bertanya jika kamu memilihnya kerana agama.. Tambahan lagi, Rajin tak dia ke masjid bila ada kelapangan? Malamnya lebih banyak tidurkah lebih banyak ibadah? Bagaimana bacaan Al-Qurannya? Puasa penuh tak dia? Kalau dia teralpa dalam puasanya, dia segerakan gantinya atau dia buat tak tahu sahaja? Semua ini penting sebenarnya daripada melihat rupa parasnya yang sejuk mata memandang, melihat dia pandai memasak atau tidak, melihat pekerjaannya, gajinya,.. Bukan soal sejuk mata memandang, memasak, kerja dan gaji itu tidak penting namun ada lagi penting daripada itu.
Juga bagaimana kelakuannya? Sejuk mata memandang bukan hanya di wajah tapi sejuk mata memandang dari kelakuannya. Sopan santunnya, lembut budi pekertinya.. Bagaimana makannya? Bunyi atau tidak? Bagaimana keadaannya? Dahulukan suami atau dahulukan mulutnya? Sebagai lelaki mahukan isteri yang sejuk mata memandang dari segi luaran lebih lebih lagi dalaman rohaninya, bagaimana pula seorang perempuan? Benar, bila memilih yang beragama maka perempuan sedia untuk di didik, diluruskan tulang rusuknya yang bengkok, sedia untuk di bentuk..
Namun kekadang tak mengerti dunia ni.. Kekadang manusia tahu dia salah namun dia sanggup hatinya kata sakit daripada menerima apa yang dinasihati untuk kebaikan dirinya.. Mulalah segala faktor diambil kira.. Nasihat secara kasarlah.. Memalukan dia depan umumlah.. Itu realitinya, bagaimana sebenarnya nak nyatakan kebenaran ketika zaman sekarang ini? Zaman di mana orang dah lupa dah nak berpesan pesan dengan kesabaran serta menerima dengan kesabaran.. Cari cari pilih pilih.. Soleh buat Solehah dan Solehah buat Soleh namun tidak mustahil dibahumu pria bakal mendidik wanita membentuk menjadi solehah.. Solehah tidak datang pada yang soleh dengan percuma.. Jika sudah miliki maka jaga dan didiklah dia serta pimpinlah dia ke syurga...
Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab dan amanah besar yang perlu dipikul oleh suami dan isteri. Tanggungjawab suami adalah lebih berat daripada tanggungjawab isteri meskipun ramai yang menganggap isteri lebih banyak beban berbanding suami. Namun begitu, hakikatnya di alam akhirat nanti suami mempunyai bebanan yang lebih berat lagi untuk dilaksanakan, di mana suami akan dipertanggungjawabkan atas segala yang berlaku ke atas isteri dan keluarganya.
Dalam setiap institusi rumahtangga, setiap pasangan suami isteri perlu menyedari bahawa masing-masing mempunyai hak tersendiri. Dalam Islam setiap suami wajib melayani isterinya dengan baik dan setiap isteri juga wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya.
Memang isteri perlu taat pada suami tetapi taat yang mesti seiring dengan ajaran Islam. Bukan taat secara membuta tuli. Taat dulu kepada Allah S.W.T. lalu ketaatan itu dijanakan pula dengan tingkahlaku taat kepada suami.
“Seorang isteri perlu menjadi seorang isteri yang baik sampai bila-bila. Jika apa yang terjadi padanya sebagai contoh didera, mereka perlu memikirkan bahawa ini adalah ujian dari Allah kepada mereka." -Ada yang masih sabar dengan suami.. (kata seorang wanita)
“Setiap apa yang jadi ada hikmahnya. Seperti kisah Firaun dan Asiah. Firaun suami kepada Asiah dan dia mengaku dia itu Tuhan. Tetapi, akhirnya Asiah masuk ke syurga,” katanya.
Diizinkan isteri didera seperti Asiah dan disuruh bersabar kerana itu ujian daripada Allah? Tak dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan supaya deraan itu segera dihentikan? Maaf la, tapi pada pengetahuan saya, itu bukanlah sebagaimana yang diajar dalam Islam! Bersabar memang perlu bersabar tetapi bukan bersabar sehingga dicederakan/dibunuh seperti Asiah didera Firaun.
Isteri acuan al-Quran taat pada suami yang soleh, bukan secara membabi buta.Dalam Islam, juga wajib bagi suami melayan isteri dengan baik dan memenuhi hak-hak isteri seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saw, dan tiadapun disuruh isteri bersabar sahaja apabila didera suami.
Taat pada suami dalam erti yang tepatnya taat selagi suami tidak menyuruh melakukan perkara perkara yang boleh menyakiti dirinya dan melanggar perintah Allah.. Ada yang kata seorang isteri itu senang ke syurga pabila mana dia patuh atau taat perintah Allah, taat perintah ibu bapa dan taat perintah suami.. Tapi yang menjadi persoalannya fahamkan mereka caranya dan insya-Allah wanita kita makin matang dan makin kental mempertahankan agama yang ada dalam diri walaupun baru hanya sekelumit.. Wa'Allahualam..
(Ana tak berani nak mendalamkan Isu ini, isu sensitif pada wanita)..
Rumah tangga yang menjadi idaman dan harapan setiap insan ialah rumah tangga yang didalamnya terdapat keindahan suasana sakinah, mawaddah dan rahmah. Setiap pasangan yang akan, sedang dan sudah mendirikan rumah tangga pastinya mendambakan sebuah Baiti Jannati yang dibina dengan disirami kasih sayang yang berpanjangan, harmoni dan sejahtera yang tiada tepian. Untuk mencapai hasrat tersebut setiap pasangan harus memahami konsep dan tujuan mereka berumah tangga.
Dimensi Perkahwinan
Terdapat tiga dimensi perkahwinan yang dicatatkan oleh Dr. Abdulullah Nasih al-Ulwan dalam kitabnya yang masyhur, Tarbiah al-Awlad fi al-Islam iaitu : ~
~ Perkahwinan adalah fitrah manusia.
~ Perkahwinan adalah Kepentingan dan Bermasyarakat.
~ Perkahwinan adalah penyucian dan pemilihan hati.
Perkhawinan itu :
~ Memelihara Benih Manusia
Institusi perkhawinan dapat memastikan kesinambungan keturunan manusia. Natijahnya akan bertambah dan bercabang-cabang salasilahnya antara satu dengan yang lain. Lantas, proses perkembangan ini seharusnya dipelihara daripada sebarang noda dan kerosakan. Oleh yang demikian adalah menjadia tanggungjawab pihak berkuasa untuk meletakkan dasar-dasar pendidikan dan perundangan yang mampu untuk menyelamatkan bangsa manusia daripada kerosakan akhlak, moral serta tubuh badannya jua.
Allah berfirman dalam surah An-Nisa ayat 1
"Wahai manusia. Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu, lalu dijadikan daripadanya pasangan (Suami Isteri) lalu diperkembangbiakkan daripada lelaki dan perempuan yang ramai."
~ Keharmonian Zuriat
Anak-anak yang lahir daripadaperkahwinan yang sahpasti berbangga dengan pertalian nasab kepada ayah mereka. Justeru itu, seseorang manusia pastinya dapat mengidentifikasikan dirinya dalam keadaan yang tenang dan tenteram kerana mempunyai harga diri yang mulia.
Tanpa perkahwinan yang disyariatkan oleh Allah, nescaya masyarakat hidup dalam keadaan porak-peranda dan lahirlah zuriat yang tidak mempunyai harga diri dan keturunan. Akibatnya masyarakat hidup dalam keadaan tersebarnya kemaksiatan dan kerosakan di atas muka bumi ini. Jangan pula kerana kejahilan ibu bapa yang melahirkan anak luar nikah mengakibatkan anak luar nikah yang tidak punya dosa dilema sepanjang hidupnya.
~ Benteng Penyakit Bahaya
Melalui Institusi Perkahwinan juga masyarakat akan terpelihara daripada penyakit yang menular dan membinasakan yang kini tersebar luas akibat perhubungan seks bebas. Hubungan haram ini telah menimbulkan bermacam-macam penyakit dalam masyarakat. AIDS, HIV dan seumpamanya antara penyakit yang sangat berbahaya yang lazimnya menghapuskan keturunan sekali gus melemahkan tubuh badan. Penyakit-penyakit ini juga boleh berjangkit kepada isteri dan seterusnya kepada anak-anak.
~Mendambakan Erti Kesucian
Islam tersurat di dalamnya undang-undang yang sungguh mulia dan teragung. Dalam proses perkahwinan, telah diletakkan di hadapan si peminang dan yang dipinang itu beberapa syarat dan hukum yang perlu diikuti. Jika ianya dipegang, diikuti dengan baik nescaya perkahwinan itu akan berjalan lancar dalam bentuk penuhmawaddahdan rahmah.
Lantas, terbinalah institusi keluarga yang terdiri daripada keturunan lelaki dan perempuan diliputi dengan kemuncak keimanan yang kuat, tubuh badan yang sihat, budi pekerti yang mulia, akal yang matang dan jiwa yang tenang.
Ucapan Umumku
Bila dua hati sudah terjalin,
Selamatlah pengantin Ana doakan,
Moga Redha Allah bersinar selalu,
Tanda bermula bahtera hidup baru..
Selamat pengantin baru...
P/s : Maklumlah bila menjelang je cuti sekolah pasti ada yang melangkah ke dunia perkahwinan dan tidak lupa juga buat Ustazah Ana (Siti Nora'aeshah Zakaria) yang menamatkan hari bujangnya pada 6 jun 2010 minggu lepas.. Semoga Ustazah dikurniakan rumah tangga yang Sakinah, Mawaddah dan Rahmah.. Insya-Allah.
Tabarruj ialah mendedahkan kecantikan rupa paras,sama ada kecantikan itu dibahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. AL-Bukhari rahmatullah ‘alaihi ada berkata: “tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.
Jika dirujuk Al-Quran, Allah menyatakannya secara kinayah dalam surah Al-Ahzab ayat 33:
Auzubulillahi minasyaiton nir rajim..
"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu."
Adapun ayat diatas merujuk maksudnya :
Isteri-isteri Rasul agar tetap di rumah dan ke luar rumah bila ada keperluan yang dibenarkan oleh syara'. Perintah Ini juga meliputi segenap mukminat. Mukminat yang dimaksudkan adalah Wanita-wanita, anak-anak perempuan dan sekaum dengannya.
Dalam Surah An-Nur Ayat 31:
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."
OLEH ITU...
Larangan ini adalah untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj.
Bagi golongan lelaki juga tidak terlepas dari konsep ini di mana ada yang memakai perhiasan dan cara permakaian mengikut wanita seperti lelaki bersubang, bergelang dan berantai.. Yang lagi #Q#Q$Q$ ialah lelaki bertindik..
Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah.(khusus kepada wanita). Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oelh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-Nya.
SIKAP SUAMI PADA ISTERI YANG TABARRUJ
Lajnah Daimah ditanya : "Seorang laki-laki yang menikah dengan perempuan yang senang bertabarruj dan ia telah menasihati agar komitmen dalam menjalani ajaran Islam khususnya masalah hijab, sementara isteri tersebut telah boleh melaksanakan solat tetapi masih payah untuk melengkapkan dirinya dengan penutupan aurat yang sempurna.Apakah saya harus lakukan? Bolehkah saya mentalaknya? Apakah saya (si suami) akan menanggung dosa Tabarujj si isteri?
JAWAPAN :
Setiap suami wajib memerintahkan isterinya berhijab, sebab mengenakan hijab adalah wajib dan ia harus terus menasihati Si Isteri mengenakan hijab kerana setiap lelaki adalah pemimpin bagi keluargnya dan harus bertanggungjawab terhadap keluarga yang dipimpinnya. Insya-Allah, Allah meberkahi usahanya.
"dan barang - siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya Allah menjadikan baginya kemudahan dalam urusannya."
(At-Tallaq ayat 4)
Dari Nabi s.a.w.:
"Setiap kallian adalah pemimpin dan ia harus bertanggungjawab atas kepimpinannya"