Sabtu, 12 Jun 2010

Baiti Jannati Sakinah, Mawaddah & Rahmah

Membina Jannati Al-Bait

Rumah tangga yang menjadi idaman dan harapan setiap insan ialah rumah tangga yang didalamnya terdapat keindahan suasana sakinah, mawaddah dan rahmah. Setiap pasangan yang akan, sedang dan sudah mendirikan rumah tangga pastinya mendambakan sebuah Baiti Jannati yang dibina dengan disirami kasih sayang yang berpanjangan, harmoni dan sejahtera yang tiada tepian. Untuk mencapai hasrat tersebut setiap pasangan harus memahami konsep dan tujuan mereka berumah tangga.

Dimensi Perkahwinan
Terdapat tiga dimensi perkahwinan yang dicatatkan oleh Dr. Abdulullah Nasih al-Ulwan dalam kitabnya yang masyhur, Tarbiah al-Awlad fi al-Islam iaitu : ~
~ Perkahwinan adalah fitrah manusia.
~ Perkahwinan adalah Kepentingan dan Bermasyarakat.
~ Perkahwinan adalah penyucian dan pemilihan hati.

Perkhawinan itu :

~ Memelihara Benih Manusia

Institusi perkhawinan dapat memastikan kesinambungan keturunan manusia. Natijahnya akan bertambah dan bercabang-cabang salasilahnya antara satu dengan yang lain. Lantas, proses perkembangan ini seharusnya dipelihara daripada sebarang noda dan kerosakan. Oleh yang demikian adalah menjadia tanggungjawab pihak berkuasa untuk meletakkan dasar-dasar pendidikan dan perundangan yang mampu untuk menyelamatkan bangsa manusia daripada kerosakan akhlak, moral serta tubuh badannya jua.

Allah berfirman dalam surah An-Nisa ayat 1

"Wahai manusia. Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu, lalu dijadikan daripadanya pasangan  (Suami Isteri) lalu diperkembangbiakkan daripada lelaki dan perempuan yang ramai." 

 ~ Keharmonian Zuriat

Anak-anak yang lahir daripada perkahwinan yang sah pasti berbangga dengan pertalian nasab kepada ayah mereka. Justeru itu, seseorang manusia pastinya dapat mengidentifikasikan dirinya dalam keadaan yang tenang dan tenteram kerana mempunyai harga diri yang mulia.

Tanpa perkahwinan yang disyariatkan oleh Allah, nescaya masyarakat hidup dalam keadaan porak-peranda dan lahirlah zuriat yang tidak mempunyai harga diri dan keturunan. Akibatnya masyarakat hidup dalam keadaan tersebarnya kemaksiatan dan kerosakan di atas muka bumi ini. Jangan pula kerana kejahilan ibu bapa yang melahirkan anak luar nikah mengakibatkan anak luar nikah yang tidak punya dosa dilema sepanjang hidupnya. 

~ Benteng Penyakit Bahaya


Melalui Institusi Perkahwinan juga masyarakat akan terpelihara daripada penyakit yang menular dan membinasakan yang kini tersebar luas akibat perhubungan seks bebas. Hubungan haram ini telah menimbulkan bermacam-macam penyakit dalam masyarakat. AIDS, HIV dan seumpamanya antara penyakit yang sangat berbahaya yang lazimnya menghapuskan keturunan sekali gus melemahkan tubuh badan. Penyakit-penyakit ini juga boleh berjangkit kepada isteri dan seterusnya kepada anak-anak.

~ Mendambakan Erti Kesucian 

 Islam tersurat di dalamnya undang-undang yang sungguh mulia dan teragung. Dalam proses perkahwinan, telah diletakkan di hadapan si peminang dan yang dipinang itu beberapa syarat dan hukum yang perlu diikuti. Jika ianya dipegang, diikuti dengan baik nescaya perkahwinan itu akan berjalan lancar dalam bentuk penuh mawaddah dan rahmah.

Lantas, terbinalah institusi keluarga yang terdiri daripada keturunan lelaki dan perempuan diliputi dengan kemuncak keimanan yang kuat, tubuh badan yang sihat, budi pekerti yang mulia, akal yang matang dan jiwa yang tenang


Ucapan Umumku

Bila dua hati sudah terjalin,
Selamatlah pengantin Ana doakan,
Moga Redha Allah bersinar selalu,
Tanda bermula bahtera hidup baru..

Selamat pengantin baru...

P/s : Maklumlah bila menjelang je cuti sekolah pasti ada yang melangkah ke dunia perkahwinan dan tidak lupa juga buat Ustazah Ana (Siti Nora'aeshah Zakaria) yang menamatkan hari bujangnya pada 6 jun 2010 minggu lepas.. Semoga Ustazah dikurniakan rumah tangga yang Sakinah, Mawaddah dan Rahmah.. Insya-Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular