Rabu, 9 Jun 2010

Sohih.. Setiap Amalan Bermula Dengan NIat..


Diriwayatkan daripada Amirul Mukminin Abu Hafsh 'Umar bin Khahtab r.a., ia berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

" Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan setiap orang hanya memperolehi apa yang ia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya kerana Allah dan RasulNya maka hijrahnya itu kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang akan ia memperolehinya atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu kepada apa yang dihijrahkan kepadanya"

Hadith ini diriwayatkan oleh dua Imam, iaitu:
  • Imam Al-Bukhari (Abu 'Abdullah Muhammad Bin Isma'il)
  • Imam Muslim (Abu Husain Muslim bin Al-Hajjaj)
Sisipan Sinar Harian Edisi Pahang hari ini : ~

"Pulang dari Gaza dengan Misi yang gagal, dapat pula gelaran "Pengwira Bangsa Negara". Adakah niat kita salah atau pemberi yang salah menafsir? Sebenarnya tak perlu wujud gelaran-gelaran ni. Buang masa sebenarnya. Kenapa perlu penghargaan setiap yang kita buat? Cukuplah Allah menilai dan jauhilah daripada manusia menilai. Dalam perjuangan hanya dua yakni Syahid dan Hidup."

Renungilah wahai pemerintah dan orang bakal menerima gelaran...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular