Selasa, 15 Jun 2010

Sekarang atau Tak Selamanya..


Sifat 'biasa'

Satu sifat yang biasa yang menjadi kebiasaan. Dalam hidup kita tidak boleh biasakan sifat yang menghampiri kepada sifat mazmumah. Kita kene ubah daripada biasa ke tak membiasakannya. Misal kata kita sudah terbiasa bercakap perkara yang kurang sedap di telinga mendengarnya seperti perkataan mencarut dan menghina. Pasti apabila di tanya kenapa kita mengeluarkan perkataan itu dan jawapannya mudah "Dah biasa". Tahukah anda perkara yang kita yang kita jawab 'biasa' tadi sebenarnya apabila dah menjadi biasa maka ianya sebati dalah hidup kita. Kekadang perkara yang kita anggap 'biasa' tadi kita buat pun kita tak sedar kerana ia lebih kepada sifat spontan. Spontan itu bermakna kita buat perkara itu tanpa kita rancang. Amat mudah membiasakan perkara yang negatif tapi sukar membudayakan sifat positif. Adakah kita sedemikian? Tanya Iman dan fikirlah..

'Biasa' dalam Maaf dan Taubat

Bagaimana 'biasa' di dalam maaf dan  taubat. Secara lumrahnya kosa kata maaf kita  tujukan untuk manusia seperti "saya minta maaf" dan taubat/ampun kita tujukan buat Allah S.W.T seperti "Ampunkan dosaku Ya Allah, aku bertaubat". Mungkin itu biasa dan kebiasaan. Dan menjadi kebiasaan juga kita mudah melakukan salah/dosa kepada manusia dan Allah S.W.T. Itu biasa dan menjadi kebiasaan juga malah mudah kita meminta maaf kepada manusia kerana dosa kita pada manusia hanya manusia yang boleh terhapus setelah minta maaf kepadanya. Dan dalam sesetengah keadaan kita melebihkan manusia daripada Allah S.W.T. Kenapa Ana berani kata macam tu? Kerana Kita kebiasaannya mendahulukan manusia dalam meminta maaf daripada kita meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Mungkinlah kerana kita takut 'tak sempat' minta maaf dengan manusia lebih tinggi peratusannya daripada kita minta ampun dan bertaubat kepada Allah. Mungkin itu fenomenanya.

Sekarang atau Tak Selamanya..

Namun walau apa pun keadaannya. Mulalah sekarang. Mulalah diwaktu masih ada usia kita. Mulalah ketika waktu Allah masih beri kita nikmat untuk menyedut oksigen-Nya. Mulalah sekarang meminta kemaafan kepada manusia dan berusaha tidak mengulanginya dan juga memohon ampun/taubat kepada Allah S.W.T. sekarang tanpa ada rasa kebiasaan untuk menangguh dan mengeluarkan kosa kata "kejap lagi" dan "nantilah" serta seumpamannya kerana jika tidak sekarang atau tidak selama-lamanya.

Peringatan Pendek

"Kemaafan itu hanya untuk hari ini..
Bukan buat semalam atau esok..
Dosa itu taubatnya hari ini bukan di tangguh lagi..
Sekarang atau tidak selamanya.."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular