Sabtu, 5 Jun 2010

Aku Mahu Jadi Seperti Semut Yang Mencintai Gula

Aku MencintaiMu Seperti Semut Mencintai Gula

Siapa Kita?
Kita sering memperkatakan tentang kejadian manusia sebagai makhluk Allah subhanahu wa taala dan fungsi manusia, atau tujuan manusia diciptakan Allah. Mengikut ajaran Islam, manusia dijadikan Allah adalah untuk menjalankan peranannya sebagai hamba Allah, dan dalam masa yang sama menjadi khalifah-Nya untuk mentadbir dan membangunkan dunia ini mengikut perintah dan ajaran Allah dan Rasul-Nya.

Allah berfirman:

"Dialah (Allah) yang menjadikan kamu sebagai para khalifah di bumi, dan mengangkat beberapa darjat sesetengah kamu di atas sesetengah (yang lain) agar Dia dapat menguji kamu di atas apa yang kamu lakukan"

(Al-An'am, ayat 165).

Ayat ini dengan jelas menerangkan bahawa makhluk Allah yang bernama manusia ini telah diamanahkan oleh Allah agar menjadi khalifah untuk mengatur kehidupan di muka bumi sesuai dengan ajaran-Nya. Maka di antara umat manusia itu pula, Allah akan mengangkat darjat mereka sesuai dengan apa yang mereka lakukan dalam menunaikan tanggungjawab tersebut.

Maka tugas khalifah ialah untuk memakmurkan alam, mengambil manfaat daripada kejadian langit dan bumi, lautan dan daratan, di atas muka bumi dan di dalam perutnya, mentadbir umat manusia supaya dapat berfungsi sebagai umat yang berakhlak dan berkemajuan, bertamadun dan berilmu. Tugas ini merupakan tanggungjawab manusia ketika diberikan amanah untuk mentadbirkan alam ini dengan sebaik-baiknya.

Bagaimana dikatakan "Mengambil Manfaat"?

Allah mencipta/mewujudkan/mengadakan sesuatu dimuka bumi ini sama ada yang hidup (Living Things) mahupun yang tidak hidup (Non-Living Things) tidaklah sengaja atau sia-sia. Sebenarnya manusia yang berjaya itu belajar daripada kehidupan dan persekitaran. Sarat dan padat Ustaz Pahrol Mohd Juoi (Nota Zikir Untuk Fikir) mengupas banyak kisah terladan dari haiwan yang tidak punya akal tetapi punya strategi dan tidak kurang hebatnya karya-karya Dr. Danial serta Karya Harun Yahya yang membincangkan related nya sains dengan kehidupan manusia.

Semut dan Gula

"Di mana ada gula di situ ada semut". Dua teman ini memang akrab walaupun satu bernyawa dan satu tidak bernyawa. Semut menyintai gula sepenuh hatinya. Lihatlah balang-balang gula dirumah anda. Adakah ada semut di dalamnya? Pasti ada. Tidak boleh tidak mesti ada beberapa ekor yang asyik bercinta dengan gula. 

"Ku Mecintaimu lebih dari apa pun"

Itulah kata-kata tulus dari hati luahan semut kepada gula sehinggakan ada sahaja semut-semut yang mati di dalam pelukan kekasihnya gula. Begitu akhirnya riwayat seekor pencinta yang setia.

Aku Pencinta Setia


"Aku Mahu Jadi Seperti Semut Yang Mencintai Gula" Kenapa semut? Kenapa gula? Kita sebagai manusia sebenarnya kene malu kepada haiwan ciptaan Allah. Semut sanggup berjuang, mempertahankan dan sehidup dan semati dengan kekasihnya. Tapi kenapa tidak kita? Kenapa kita takut mati kerana agama kita? Kenapa kita takut mati kerana perjuangkan agama Allah? Hinanya kita kalau nak dibandingkan dengan semut. Kerana cinta kita kepada manusia kita sanggup korban apa sahaja. Bak kata P.Ramplee "berkorban apa saja. Harta atau Nyawa". Tiada salahnya kata Allahyarham itu bahkan benar cuma perlulah pengorbanan itu ke arah sumber yang benar.

Syahid atau Sanjungan? 
Sering gegendang telinga ini mendengar kata-kata kesanggupan untuk turut sama berjuang dan syahid kerana agama Allah, kerana Islam. Alhamdulillah. Penglafaz kata-kata itu bukan menyebutnya saja-saja bahkan mereka maksudkannya. Setiap yang melakukan sesuatu yang mendapat manfaat kepada Islam tanpa memperdulikan tenaganya, masa dirinya, dan hatta nyawanya sekalipun untuk menegakkan agama Allah, insya-Allah, mereka-mereka ini dijanjikan syurga dan digelar syahid jika mereka terkorban. Kejarlah syahid bukan sanjungan manusia.

Teman-temanku fikirlah..

1 ulasan:

  1. assalamualaikumm..
    sy pn ader 1 kisah tentang semut tak tau lar shahfizzat pnh dgr atau tak.
    kisahnya pd zaman nabi, tak ingat nabi apa.
    pd suatu hari baginda berjumpa dgn seekor semut, baginda bertanya berapa besarkah kau makan dlm masa setahun (tak silap sy lar) kepada semut itu. semut itu menjawap sebesar gandum..
    kemudian baginda memasukkan mknan sebesar gandum dan semut itu ke dlm balang.
    selepas sethn baginda pergi ke balang itu u melepaskan semut itu.. baginda dapati makanan y baginda berikan kpd semut itu hanya di mkn separuh..
    baginda pun bertanya knp kau tak habis makanan kau? semut itu menjwp krn aku risau jika kau lupa u membuka balang itu slps sethn..
    jika aku di luar balang aku tak risau kerana rezeki Allah dimana2 shj..
    p/s: sy tak pasti ttg kisah ni.. rasanya mcm tu lar.. sy ingat2 lupa...
    wassalamu.

    BalasPadam

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular