Memaparkan catatan dengan label Jom.. ku seru.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jom.. ku seru.... Papar semua catatan

Jumaat, 9 Ogos 2013

Jadual Kuliyah UAI bulan OGOS



Assalamualaikum dan bismillahir rahmanir rahim, meskipun jadual UAI banyak berkuliyah di Negeri Terengganu namun mingkin dalam mood raya ini anda berada di kawasan disebutkan maka moh ramai ramai pergi..  :)

Sekadar perkongsian..

Jumaat, 1 Mac 2013

Rabu, 16 Januari 2013

Jadual Ustaz Azhar Idrus Bulan Januari



BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM...

Ambe dah masuk doh dalam CATATAN ambe UAI 

di tempat ambe 21/1 di Masjid Qaryah, Balok..

Deme deme mcm mana?


JOM ke KULIYYAH.. :))

Ahad, 15 Januari 2012

Mari Mari Majlis Ilmu II

 

Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya para malaikat menaungi dengan sayapnya orang yang mencari ilmu, dikeranakan reda kepada apa yang dicari. (Hadith Hasan Riwayat Ahmad)
 - Hanya tolong sebarkan

Ahad, 19 Jun 2011

Atas Segala Cinta-Nya

 

Anda kecewa bila CINTA anda ditolak? Anda marah bila tiada CINTA Allah timbulkan antara engkau dan si dia? Fikir semula? Siapa yang kau mahu tudingkan jari menyalahkan pihak mana? Fikirlah wajar ke orang putus hanya terputus cinta kepada manusia ada sanggup meraung menangis, ada yang sanggup meratapi kesedihan berbulan bulan lamanya dan yang paling tak dapat diterima akal yang matang dan logik terputusnya cinta manusia ada yang sanggup bunuh diri.. Menayangkan aksi ngeri yang pertama dan terakhirnya yakni terjun bangunan sampai berbelas tingkat.. Semuanya kerana bila terputusnya cinta manusia tiada back up cinta Allah.. Salah siapa? Salah diri..

Sujud syukur padaMu atas segala cinta. Berapa ramai yang bersyukur apabila dia tiada dijodohkan dengan gadis atau jejaka pilihannya? Berapa ramai? Tak ramai bahkan kurang sekali. Bukan tak boleh sedih tapi jangan sampai kesedihan itu menjauhi kita dari Allah.. Selangkah kita dekat dengan Allah maka bertapak tapak Allah menghampiri kita.. Satu sahaja perlu diingat agar jangan  terlalu leka  dengan cinta manusia (bukan mengalakkan bercinta sebelum nikah) namun di saat mengenal hati banyak dugaan sampaikan ada kawan yang dijodohkan dengan pilihan keluarganya dan ditunangkan namun dalam pertunangan itu dia merendam air bakal suaminya dipanggil terlebih dahulu dipanggil Allah.. Muhasabah cinta pada diri dan kepada-Nya..

^_^

Rabu, 4 Ogos 2010

Jum Pakat Pakat Mai


Julung kali di adakan di KIPSAS :

Aktiviti-aktivi yang menarik di sediakan seperti :
1) Jualan Buku oleh pengedar buku seperti PTS, Alaf 21, Creative Enterprise dan banyak lagi.

2) Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

3) Lakonan drama dan penyampaian sajak serta puisi. 

4)  Persembahan nasyid dan pertandingan bercerita

5) Dan macam macam lagi...


MOh pakat pakat mai boh!!!!

Khamis, 4 Februari 2010

Ready For War!!! Be prepared...

(Tidak mewakili mana mana syarikat)

Assalamualaikum Sahabat/sahabiah.. Mari mari.. Buka mata, buka fikiran dan buka hati serta ketepikan nafsu. Kalau kita nak bercakap pasal gigih? Saya memuji golongan Yahudi yang gigih.. Bukan saya kata saya menyokong mereka tapi gigih mereka mecari 1001 cara jalan membuat Allah S.W.T murka terhadap mereka. (Nauzibillah). Kenapa saya berani kata begitu? Mereka gigih mencari jalan menghancurkan agama Allah yakni Islam.

Jadi apa peranan kita? Duduk diam dan tersenyum? Kita Islam juga kene gigih.. Gigih apa? Gigih mengkaji, gigih mengembangkan minda kita, gigih membaca.Kita juga perlu tahu kerosakan dan kebinasaan mereka wujudkan dan bakal dilaksanankan. Kene gigih mengkaji dengan membaca dan ambil tahu. Bukankah ilmu itu penting? Bukankah ilmu itu penawar kepada kejahilan? Maka, tepuk dada tanya diri " Adakah aku di kalangan golongan orang yang ambil tahu? " Bukan ambil tahu pasal gosip artis, pasal terjahan terhadap hiburan tapi tentang Islam dan Ideologi semasa.  Apa itu Ideologi? Adakah kita tahu? Adakah kita hanya boleh eja dan sebut I.D.E.O.L.O.G.I sahaja. Adakah itu mencukup? Tanya diri.. Ukur ilmu kita pada diri kita bukan pada orang lain..

Ayuh, moh, jom.. Aku menyeru.. Wahai sahabat/sahabiah mari menuntut ilmu. Mari membaca.. Mari mengkaji.. Mari buka mata, buka hati dan buka minda serta ketepikan nafsu..

Wa'Allahualam..

Wassalamualaikum w.b.r..



Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular