Bismillahir Rahmanir Rahim..
Firman Allah : "Wahai orang-orang yg beriman! Rukuklah,sujudlah, dan sembahlah Tuhanmu; dan berbuatlah kebaikan, agar kamu beruntung"
(Surah Al-Hajj ayat 77)
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Solatlah kamu sepertimana kamu melihat aku solat"
(Bukhari dan Muslim)
Allah menyeru hanya orang beriman sahaja untuk solat maka orang yg mendirikan solat itu orang yg beriman Insya-Allah..
1)Jika Engkau hendak berdiri untuk solat maka sempurnakanlah wudhu' kemudian menghadapkanlah ke kiblah lalu bertakbirlah.(Bukhari dan Muslim)
2)Berdiri (Al-Baqarah 238),Diperbolehkan Solat duduk jika sakit
atau kesulitan berdiri (Bukhari,Abu Daud,Ahmad)
3)Pahala orang yang
duduk, separuh dari solat orang yang berdiri (Bukhari, Abu Daud,
Ahmad)
4)Diperbolehkan juga solat sambil duduk di atas perahu (Al-Bazzar,
Daruqutni)
5)Jika imam solat dengan duduk kerana sakit,maka makmum wajib
solat dengan duduk walaupun mereka mampu berdiri (Bukhari dan Muslim)
Akhirnya nak tanya ni... Dah solat ke belum?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan