ASSALAMUALAIKUM DAN BISMILILLAH
Ustazah Nurhafizah Musa, ustazah yang lemah lembut tutur katanya,
boleh memujuk hati yang gelisah dan berdosa tatkala mendengar kalam ilmu
ustazah. Pagi jumaat ini, dengarlah radio ikim tak pasti tajuknya tapi
ustazah sebut biarlah apabila kita dihadapkan kepada kematian nanti yang
datang bila bila masa saat itu kita redha. Ini bukan pasal mati yang
pasti sahaja tapi mati yang diredhai. Kita redha menerima mati, Allah
redha menerima kita.
Mana milik kita, puas dah persoalan ini
kita tanya & ulang. Mana ada milik kita, semua Allah punya sudah
pun kita tahu tapi mengapa kita seolah olah mengejar dunia seolah olah,
ni aku nak bawa nanti, itu aku mahu miliki nanti. Orang ada aku mesti
ada, aku tak dapat, orang lain tak boleh dapat.
Dengar kata Ustazah Hafizah pun kurang sihat, ada masalah jantung kalau
tak silap dan masih berubat, kalam ilmu ustazah bagaikan daeiah yang
datang dan akan pergi. Apabila ustazah bercerita tentang redhanya kita
akan mati & Allah redha kematian kita maka itu mati yang dinanti,
yang paling baik.
Seperti hati kita redha dgn ujian, tidak memberontak, tidak melatah malah sabar. Seperti anak yang masuk darjah 1 redhanya dia ke sekolah, mula seisi pembelajaran, makan bekal & minuman di sediakan serta pulang ikut waktu ditetapkan, maka redhalah dgn mati yang akan datang dan lengkapkan diri dgn ilmu redha itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan