Rabu, 25 Ogos 2010

Kembalikan Nostagia Mengirim Kad Raya


(Koleksi Kad Raya Zaman Sekolah Dulu)

Assalamualaikum w.b.r... (hehe..)

Selamat berpuasa semua. Dah masuk 15 hari terakhir dah. Sampai ada yang kata dah masuk fasa kedua dah puasa. Dan kalau solat terawih tu dah kene serta qunut dah dalam solat witir pada rakaat ketiga tu. Dan di bulan puasa ni ramai yang gemar beli di bazaar ramadhan yalah ibu ibu kita di rumah tiada idea dah masak dirumah.. Sudah hampir semua hidangan dan masakan sudah di masak di rumah.. (Maaf Ibu ibu.. Ampun)

Kembalikan Nostagia Kad Raya.. Seronok sebenarnya menerima sesuatu daripada seseorang. Tak kisahlah daripada keluarga (ibu bapa & Adik adik), kawan, sahabat atau pun orang yang kita sayang. Tak kisahlah, sesuatu yang kita dapat itu kecil ke besar atau sebagainya yang pasti kita akan rasa dihargai dan dalam masa yang sama kita menghargai si pemberi dan kita sentiasa mengenang nostagia lalu.

SMS VS Kad Raya

Bagaimana? Siapa menang? Hehe.. Yang mana lebih terlekat di hati. Bagi saya peribadinya memilih kad raya kerana ia lebih berharga dan lebih bernilai walaupun agar payah memilikinya. Lagipun, sedekahlah sikit duit anda beli stamp untuk gaji si posmen. Posmen pun ada anak bini jadi posmen pun seorang bapa yang nak menyara keluarganya.. (Hehe.. Betulkan?

Hehe.. Apakah nastogia anda yang berkaitan dengan kad raya? Sukar untuk mendapatkan alamat rumah untuk mengirim kad raya? Malu untuk sampaikan melalui tangan kad raya Anda? Berkorbanlah sikit demi mengeratkan hubungan silaturrahim.. Selamat berpuasa dan menulis kad raya.. Hehe..


P/s : Insya-Allah sahabat dan  sahabiah.. Ana akan kirim kan kad raya buat sahabat dan sahabiah yang rapat dengan Ana.. Nantikan ea??

Wa'Allahualam .. Salam... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular