(Gambar Hiasan )
Bazaar Pasti ada yang marah.. Wooi, asal pulak bazaar Maksiat?? Bukan Bazaar Ramadhan.. Sesuki hati kau je pi tambah tamboh.. Sab0r, bowo tene adik, abe, akok, mok cik dan pok cik weii.. Dengor dulu hambo nok citer ni weii, tene tene gok.. Gitu ar.. Siang tadi sempat poyeii ke bazaar bersama pekerja Abi bagi membeli beberapa jenis juadah berbuka. Lewat dah masa tu. Tengok jam kejap. (Pukul berapa datuk harimau) Pukul 6.13 detik tu. Penuh orang, berhimpit dan macam ikan sardin arr sen0ng n0k khab0r.
Yang tak sedap mata memandang dan hati merasa ialah sampai ada yang berebut rebut membeli makanan. Innalillah.. Lapar sangat ke? Rezeki tak larilah.. Kalau banyak mana pun kita beli, sesedap mana pun makan yang kita beli kalau Allah tak izinkan kita merasai nikmat kesedapan makanan tersebut maka kita dikalangan orang yang rugi dan malu kepada Allah. Yang berebut tu pula ada yang bertudung, tak bertudung dan ada yang lelaki berebut dengan perempuan pun ada. Nauzubillah ~~
Ramadhan tak ramadhan sama jer.. Bazaar dah jadi pasar malam.. Dengan riuhnya penjual teriak mencari pelangan dan dengan sakit matanya melihat pasangan-pasangan kononnya membeli juadah berbuka tapi siap pegang tangan, aurat tak tutupnya, yang bertudung pun selambe ye ye je pegang tangan si lelaki, yang macam tak cukup kain pun ada. Masa berada dalam suasana ini, jujur kata mood nak membeli tak ada dah. Sesedap mana makan yang dihidang depan mata pun tak lalu nak beli apa lagi nak makan. Inilah tika bazaar ditambah maksiat di dalamnya.
Tambah Tradisi pra - Maksiat Baru (Oh tidak..)
Bukan niat nak mengajar mana mana pihak sebenarnya. Cukuplah dengan berleluasanya orang yang tak puasa walaupun dalam Ic dia trang tang tang menunjukkan dia Islam. Dan kini tradisi pra-maksiat terbaru ialah umat Islam berbuka puasa di padang. Ini berlaku berleluasa di tempat Ana. Selepas balik bazaar tadi lalulah di kawasan padang ni dan yang tak sukanya ada pula pasangan bukan muhrim berbuka puasa bersama seakan-akan berbahagialah konon di samping rasa tak malunya duduk berdua duaan walaupun di sekelilingnya ada keluarga yang berderet anak anaknya ampai tikar mahu berbuka puasa . Tradisi kita ceduk mana ni? Tiada rumah ke? Yang couple tu pula puasa setakat tahan lapar dan dahaga je ke? Harap haraplah ada pihak berwajib yang dapat bentaras perkara ni sebelum bertambah parah pula.
P/S : Minta tolong banyak banyak.. Bann teee rasss cepat!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan