Assalamualaikum Semua.. Alhamdulillah, Ana selamat pergi dan selamat pulang seperti banyak doa disedekahkan pada Ana oleh kekawan. Terima kasih yang mendoakan. Alhamdulillah kembali dengan tenang walaupun berubah cuaca, berubah suasana dan berubah keadaan sekeliling.
Alhamdulillah.. Maaf, tiada sangat entry bulan ni. Ana balik dah habis separuh bulan. Jadi tak dapat ramal apa yang akan terisi di blog ini bulan ini. Ini pun baru balik tak berapa stabil lagi. Tak tahu apa nak buat dulu. Semuanya masih baru. Hati ini masih rindu. Persekitaran masih hiba, Ana sendiri masih rasa 1001 rasa.. Betullah jika sendiri tidak alami maka Ana sendiri tak dapat nak bercerita macam mana keadaan disana. Ana begitu takjub kerana selama ini menyakini kiblat kita berpandukan Makkah Al-Mukkaramah hanya sekadar kiblat tapi di hari hari sebelum hari ini benar benar Ana solat mengadap kiblat yang nampak dan yang gah berdiri semestinya juga kiblat para Nabi dan para sahabat terdahulu..
Syukur sangat pernah menjadi tetamu Rasulullah dan tetamu Allah. Ana diterima dengan senang hati tanpa banyak diduga namun pengalaman di sana membuatkan insya-Allah suatu masa nanti akan sampai lagi Ana ke sana dengan harapan masih lagi menjadi tetamu Rasulullah dan tetamu Allah.
P/S : Insya-Allah, lembaran ilmu akan bermula kembali..
Alhamdulillah. Akhirnya akhie dapat juga ke sana. best kan. Saya amat merindui sana. Nak2 lagi ketika berada di Raudhah. terasa dekat bersama Rasulullah. mesti byk pengalaman di sana. InsyaAllah, ada rezeki sy ingin ke sana lagi. Doakan sy^_^
BalasPadamAlhamdulillah.... =)
BalasPadamsalam....
BalasPadamtahniah adik...adik tak gtaw akak pun adik ke sana..
seronok akak tgk..
^_^
alhamdulillah Ustaz dah ke sana...
BalasPadamana pon teringin utk ke sana..
Doakn ana supaya ke sana juga...
ameen...