Ahad, 20 Mac 2011

Dialog Perkhawinan Rabiah Al-Adawiyah

 

(Gambar dari Internat - Maaf Muka di Tutup Bukan Mengambarkan Rabiah Al-Adawiyah yang sedang berpurdah - Hanya gambar hiasan
 
 
Pernah juga berlaku kepada Rabiah, seorang datang bagi berdialog dengannya. Selepas dapat bertemu dengan Rabiah, pemuda itu lantas bertanya, "Wahai Rabiatul Adawiyah, apakah sebabnya kamu menghindari pernikahan?
 
Pemuda itu mungkin mahu menguji Rabiah, ataupun mungkin juga ada niat tersirat di hatinya. Rabiah menjawab dengan penuh berhikmah kerana dia sedar sekiranya dijawab dengan jawapan yang lemah, pasti dirinya menjadi bualan.
 
"Saya akan berkahwin juga.
"Benarkah?"
 
"Benar, sekiranya mereka yang mahu mengahwini saya itu mampu mecari jalan bagi mengeluarkan, menyelamatkan dan mengubati saya daripada tiga kerisauan dan dukacita sedang saya hadapi.
 
Pemuda itu kelihatan teruja kerana sangkanya umpan sudah mengena. 
 
"Sekiranya begitu, khabarkan."
Rabiah diam seketika sambil matanya terpejam, dengan perlahan-lahan dia mengangkat mukanya seraya membuka mata dan berkata, "Pertama, saat malaikat maut mencabut nyawa yang tunggal ini, apakah dirinya dapat menjamin saya mengadap Allah dengan keimanan yang sempurna?
 
Pemuda itu terkedu dan mulutnya terkunci rapat. Melihat pemuda itu tidak bersuara, Rabiah meneruskan perbiacaraanya. "Kedua, sejurus berada di padang masyhar, dapatkah dirinya memastikan saya menerima buku amalan sepanjdang kehidupan dengan tangan kanan?" 
 
Sekali lagi tiada jawapan daripada pemuda itu, Hanya bunyi tiupan angin di padang pasir sahaja yang menerobos ke gegendang telinga mereka. Kemudian Rabiah menyambung kata-katanya. 
"Yang ketiganya adalah, selepas hisab di padang masyhar, golongan yang soleh akan dimasukkan ke dalam syurga manakala golongan yang kufur dihumban ke dalam neraka. Apakah dia dapat menjamin yang saya berada di syurga?"
 
Pemuda itu menjawab lemah, "Ternyata hanya kamu dan Allah yang mengerti apa yang kamu lakukan."
 
P/S : Tidak membelakangi Sunnah namun Allah dan Wali-Nya (Rabiah Al-Adawiyah) lebih mengerti tindakannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular