Memaparkan catatan dengan label Cerita Semangat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Semangat. Papar semua catatan

Selasa, 22 Mac 2011

Malu Kepada Allah

 

Rabiah Al-Adawiyah menegur Sufia al-Tsauri

Rabiah berkata : "Andai diri kamu tiada keinginan pada dunia, nescaya kamu tergolong dalam golongan mereka yang suci" 

Sufia al-Tsauri berfikir sejenak. Dirinya berbalah sesama sendiri, hingga beberapa ketika barulah dia bertanya pada dirinya sendiri, "Apakah diri ini mempunyai keinginan duniawi sepertimana yang dibicarakan oleh Rabiah?"

Tanpa disedari, air mata insaf mengalir laju membasahi kepingan pipi dan janggut Sufian al-Tsauri. Dalam ratapan seorang insan yang takutkan dirinya tidak mendapat kasih Allah kerana ada sedikit keinginan dia berkata, "Ya Allah, aku mohon keredaanMu."

Tiba-tiba sekali lagi Sufian al-Tsauri ditegur oleh Rabiah. 

"Tidakkah kamu berasa malu kerana memohon keredhaan Allah sedangkan kamu belum melaksanakan amalan yang diredhaiNya?"

"Maksud kamu?" 

"Bagaimana mungkin kita sebagai hamba mengucap reda Allah selagi mana kita masih mengeluh dan tidak reda dengan ujian daripada Allah. Apa yang terjadi itu kehendak Allah, apakah patut kita sebagai hambanya berkeluh-kesah atas ketentuan qadak dan qadar Allah."

Kemudian fahamlah Sufian al-Tsauri yang manusia hanya mendapat reda Allah apabila mereka mampui untuk redha pada semua yang berlaku atas dirinya. Sama ada perkara itu baik mahupun tidak, mereka wajib yakin yang itulah yang terbaik buat diri mereka.



Ahad, 20 Mac 2011

Dialog Perkhawinan Rabiah Al-Adawiyah

 

(Gambar dari Internat - Maaf Muka di Tutup Bukan Mengambarkan Rabiah Al-Adawiyah yang sedang berpurdah - Hanya gambar hiasan) 
 
 
Pernah juga berlaku kepada Rabiah, seorang datang bagi berdialog dengannya. Selepas dapat bertemu dengan Rabiah, pemuda itu lantas bertanya, "Wahai Rabiatul Adawiyah, apakah sebabnya kamu menghindari pernikahan?" 
 
Pemuda itu mungkin mahu menguji Rabiah, ataupun mungkin juga ada niat tersirat di hatinya. Rabiah menjawab dengan penuh berhikmah kerana dia sedar sekiranya dijawab dengan jawapan yang lemah, pasti dirinya menjadi bualan.
 
"Saya akan berkahwin juga." 
"Benarkah?"
 
"Benar, sekiranya mereka yang mahu mengahwini saya itu mampu mecari jalan bagi mengeluarkan, menyelamatkan dan mengubati saya daripada tiga kerisauan dan dukacita sedang saya hadapi." 
 
Pemuda itu kelihatan teruja kerana sangkanya umpan sudah mengena. 
 
"Sekiranya begitu, khabarkan."
Rabiah diam seketika sambil matanya terpejam, dengan perlahan-lahan dia mengangkat mukanya seraya membuka mata dan berkata, "Pertama, saat malaikat maut mencabut nyawa yang tunggal ini, apakah dirinya dapat menjamin saya mengadap Allah dengan keimanan yang sempurna?" 
 
Pemuda itu terkedu dan mulutnya terkunci rapat. Melihat pemuda itu tidak bersuara, Rabiah meneruskan perbiacaraanya. "Kedua, sejurus berada di padang masyhar, dapatkah dirinya memastikan saya menerima buku amalan sepanjdang kehidupan dengan tangan kanan?" 
 
Sekali lagi tiada jawapan daripada pemuda itu, Hanya bunyi tiupan angin di padang pasir sahaja yang menerobos ke gegendang telinga mereka. Kemudian Rabiah menyambung kata-katanya. 
"Yang ketiganya adalah, selepas hisab di padang masyhar, golongan yang soleh akan dimasukkan ke dalam syurga manakala golongan yang kufur dihumban ke dalam neraka. Apakah dia dapat menjamin yang saya berada di syurga?"
 
Pemuda itu menjawab lemah, "Ternyata hanya kamu dan Allah yang mengerti apa yang kamu lakukan."
 
P/S : Tidak membelakangi Sunnah namun Allah dan Wali-Nya (Rabiah Al-Adawiyah) lebih mengerti tindakannya.

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha

Tegaknya Islam kerana Islam Satu-satunya Agama Yang Allah Redha
Letakkan Al-Quran sebagai Panduan Hidupmu dan As-Sunnah sebagai gaya hidupmu

Antum/Antuna semua (ukhwah fillah)

Artikel - Artikel Popular